Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Saturday 29 November 2014

Bahaya Darah Tinggi

Salam sejahtera semua. Hari ini suami saya sakit kepala. Dari malam sampailah ke siang hari sakit kepalanya tak hilang lagi. Jadi saya rasa sangat terpanggil untuk kongsikan bersama anda tentang penyakit darah tinggi yang kita tidak boleh ambil mudah.



Hipertensi atau tekanan darah tinggi membunuh secara senyap, selalunya tanpa sebarang simptom tetapi kita masih boleh mengesan penyakit ini dengan tanda-tanda awal.

Ia membebankan sistem kardiovaskular yang membawa kepada pembesaran kebuk jantung dan merosakkan salur darah yang membekalkan darah ke jantung.
Peningkatan tekanan di dalam salur darah menyebabkan pendarahan intrakranium dan boleh merosakkan organ-organ penting termasuk hati, ginjal, otak dan paru-paru.

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama kematian di rantau Asia Tenggara dan meragut sehingga 1.5 juta nyawa setiap tahun.

Di Malaysia pula, 32 daripada rakyat negara ini yang berumur 18 tahun ke atas menghidap tekanan darah tinggi. Tengok, seawal 18 tahun ya kawan-kawan. Bukan hanya pada usia senja sahaja.


Risiko penyakit tersebut tidak sepatutnya menjadi begitu tinggi kerana ia boleh dielak.
Pencegahan dan kawalan adalah jauh lebih murah dan selamat berbanding rawatan seperti pembedahan pintasan kardium atau dialisis, yang mungkin diperlukan jika tekanan darah tinggi gagal dikesan dan dirawat awal.

Seperti penyakit tidak menular yang lain, kesedaran mampu membantu pengesanan awal. Justeru, adalah sangat perlu kita mengawal seluruh ahli keluarga kita untuk menjaga tabiat pemakanan dengan baik seperti mengambil makanan tambahan dan menyediakan makanan seimbang untuk mereka.

Adalah sangat digalakkan setiap rumah mempunyai alat pemantau tekanan darah sendiri yang berkualiti bagi membantu pengawasan kawalan tekanan darah yang lebih baik. Selain itu, kita juga digalakkan untuk membeli alat pemantau tekanan darah yang dilengkapi penunjuk degupan jantung yang tidak teratur serta menggunakan Klasifikasi Tekanan Darah WHO yang memudahkan pemantauan di rumah.


Sehubungan dengan itu, ia dapat mendidik dan membantu mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan mereka yang berisiko untuk menghidapnya.

Amalan pemantauan sendiri bagi mengawal tekanan darah tinggi sangatlah digalakkan bagi memastikan kita sentiasa peka dan sedar terhadap tahap kesihatan diri.

Hakikatnya, pemantauan dan kawalan hipertensi di rumah dengan sokongan pusat jagaan kesihatan adalah penting untuk hasil yang lebih baik dan membentuk gambaran lebih tepat tentang kesihatan keseluruhan seseorang. Walaubagaimanapun, saya tetap mencadangkan anda supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapat nasihat dan rawatan supaya tekanan darah anda dalam keadaan terkawal.


Akhirnya, saya berjaya juga bagi suami makan Omega Guard hari ni. Isteri mana yang tak risau tengok suaminya sakit kepala berdenyut-denyut. Mungkin juga darah tinggi sebab ubat P*****l dah makan tapi sakitnya masih berbisa lagi. Al-maklumlah suami saya jenis yang susah nak makan ubat dan suplemen ni.

Nak tahu apa suplemen yang sangat sesuai untuk orang ada darah tinggi atau hipertensi?
Ok jom saya jamu mata anda dengan suplemen TERBAIK daripada Shaklee khas untuk anda.

 


 


Pilihan di tangan anda, saya sedia membantu...

( Tepat pada waktunya )

Betullah memang sangat tepat waktunya PROMOSI OMEGA bulan ini.
Bulan yang penuh dengan jemputan kenduri kendara di sana sini...
Hidangannya pula memang tak jauh beza di mana-mana...
Menu utama yang pastinya adalah daging, tak kiralah daging ayam, lembu atau kambing...
Cara masakannya juga berbeza...
Rasanya??? Ya, tetap juga berbeza...
Ada yang terLEBIH garam, terkurang garam...
Ada yang terlebih gula dan terkurang gula...
Kesannya pada badan kita???
Hebat sekali.....
Darah tinggi, kolestrol tinggi....
Membawa pula kepada kencing manis dan sakit jantung....
Parah-parah....apa lagi yang boleh kita lakukan jika semua penyakit ni hinggap pada diri kita....Ada NILAI lagikah padahal umur masih muda????
Saya tak paksa anda, renung-renungkanlah demi kesihatan anda sekeluarga. 
Salam ikhlas daripada
Azu Naurah
012 6705753

azunaurah@gmail.com

Friday 28 November 2014

Doa Jangan Minta Disegerakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda semua dilindungi Allah dan sentiasa beroleh rahmat daripada-Nya.

Ok, hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya sangat yakin ramai dah tahu dan mungkin ada juga yang baru tahu. Tajuk harini berkaitan dengan doa. Sedar tak sedar setiap hari kita berdoa, mohon pada Allah dan minta apa-apa pun semua melalui-Nya.


Pernah ke pernah terlintas di fikiran kita, setiap kali berdoa akan terdetik di hati kita yang sebenarnya kita minta doa itu segera atau cepat-cepat dimakbulkan? Atau mungkin juga kita berputus asa dan menukar doa lain yang lebih mudah dicapai dan dimakbulkan.

Jika anda pernah lalui situasi begini, beristighfarlah dan ambil masa untuk renung sejenak.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Kuperkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.”
(Surah Ghafir 40:60)

Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah menyatakan dalam risalah Qushairiahnya: “Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan.”


Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya.

Bilakah doa hendak dimakbulkan?

Semua insan inginkan semua doa-doanya dimakbulkan Allah. Ada yang berdoa kerana inginkan anak, inginkan kejayaan, inginkan rumah besar, inginkan kerjaya yang bergaji besar dan macam-macam lagi permintaan yang kita semua inginkan. Memang tidak salah untuk meminta, mintalah apa sahaja daripada Allah Yang Maha Esa tanpa menyekutukan-Nya.

Syeikh Ibn Athaillah menyatakan di dalam al-Hikam yang bermaksud: “ Jangan berputus asa jika Allah s.w.t. melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.”


Inilah hakikat doa yang kita panjatkan kepada-Nya. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik di sisi-Nya buat makhluk yang tidak berdaya ini. Oleh itu kita sangat dituntut untuk sentiasa berkeyakinan dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menerima segala ketentuan-Nya. Maka bersangka baiklah kita kepada Allah dalam setiap masa dan ketika.

Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam surah Yunus ayat 88 dan 89 yang menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah s.w.t. dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.

Empat puluh tahun berdoa sahabat-sahabat, bayangkanlah betapa lamanya masa yang diambil untuk menghadapi situasi berhadapan dengan Firaun.


Begitu juga dengan doa Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 2 hingga 10 bahawa doa Nabi Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya.

Subhanallah! Maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginan-Nya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaan-Nya dan jangan sekali-kali kita berputus asa. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, ‘Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?” (Muttafaqun ‘alaih)


Justeru itu berdoa dan bersangka baiklah dengan Allah, kerana banyak hikmah yang terselindung di sebalik sesuatu yang kita ingini itu. Wallahu ‘alam.

Salam mesra,

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com

Saturday 22 November 2014

Tips Elak Mabuk dan muntah naik kenderaan

Salam sejahtera semua. Saya pasti anda semua tak sabar-sabar menunggu saat untuk bercuti bersama keluarga tercinta. Di sini saya kongsikan tips-tips yang terbaik untuk membantu anda menghadapi situasi perjalanan yang kurang selesa. 

( Tips Elak Mabuk dan muntah naik kenderaan )

Jom baca kisah saya...dulu sayalah orang yang paling tak suka naik kereta dan bas. Senang cerita, apa-apa kenderaan yang berbumbung mesti saya anti. Naik motor suka sebab dapat banyak angin. Kalau dah terpaksa naik kereta atau bas tu cepat-cepat saya buka tingkap. Selagi angin tak masuk selagi tu kepala saya pusing 360 darjah....hahaha...
Dah lama sangat tak naik bas la ni....
Teringat zaman2 dulu...
Bas lah pengangkutan awam yang paling setia ku gunakan...
Bau asap, enjin bergegar semua tu dah lali...
Hari ni bila naik bas rasa pening2 lalat dibuatnya....
Al maklumlah bas sekolah, kalau bas persiaran sedap sikit...huhu
Nak tau tips elak mabuk bas?
1. Jangan set di minda yg anda akan pening bila naik bas
2. Tampal plaster berubat atau (biasanya orang panggil koyok) di pusat



3. Makan keledek mentah...hehe..mak bagi saya makan masa rombongan tadika dulu...
4. Sediakan minyak angin

5. Telan peppermint ginger plus


Sekiranya dengan tips-tips yang saya kongsikan ini tidak memberi kesan kepada anda, maka segeralah berjumpa doktor. Siapa ada tips lagi boleh kongsi di ruangan komentar ya...


Ingin membantu insan lain yang sangat memerlukan bantuan?
Ingin menjana pendapatan sehingga 4, 5 dan 6 angka?
Ingin menjadi warga yang kaya dan berjaya?
Jom sertai saya!!!

Azu Naurah
0126705753
azunaurah@gmail.com



Friday 21 November 2014

Percutian Menarik!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Sempena cuti sekolah akhir tahun ni saya yakin anda semua sangat teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk menghabiskan masa bersama keluarga ke tempat-tempat percutian yang menarik samada di dalam atau di luar negara.


Tidak kurang hebat juga jika anda menghabiskan cuti bersama keluarga di kampung. Ini kerana di kampung juga banyak tempat-tempat menarik yang mungkin belum anda pernah nikmati sepanjang tinggal di bandar.

Apa-apapun Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan hidup di muka bumi ciptaan Allah bersama keluarga tercinta.

Suka di sini ingin saya kongsikan bersama anda tentang adab-adab sebelum musafir. Wah!!! Bunyinya macam nak pergi padang pasir pulak...hehe...Musafir ni dalam Bahasa Arab, dalam Bahasa Melayu disebut orang yang berjalan ke suatu tempat atau orang yang mengembara.


Adab Sebelum Musafir

Pertama sekali apa yang perlu kita pelajari dan ketahui bahawa adab ini yang membezakan antara musafir orang Islam dengan musafir orang bukan Islam. Alangkah indahnya hidup dalam agama Islam kerana kita semua dipandu dan dipimpin untuk menjadi khalifah Allah yang bertaqwa.

Di antara adab-adabnya ialah:
  • Niat yang baik. Setiap perjalanan yang disertakan dengan niat yang ikhlas akan membuahkan pahala dan dinilai sebagai ibadah.
  • Tidak bermusafir dengan tujuan maksiat.
  • Lakukan istikharah. Meminta petunjuk daripada Allah dalam setiap perkara mubah (harus) yang dilakukan adalah antara adab yang amat dianjurkan dalam Islam.
  • Musyawarah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ".....jika ia meminta nasihat, maka berikanlah nasihat kepadanya." (Riwayat Bukhari dan Imam Ahmad)
  • Melunaskan semua hak-hak manusia yang terbeban pada seseorang. Jika ada hutang maka langsaikanlah dahulu dan jika ada amanah maka kembalikanlah kepada pemiliknya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum hijrah. Selain itu juga, mohonlah juga kemaafan daripada mereka yang berkenaan.
  • Meminta izin. Seorang anak hendaklah meminta izin kedua-dua orang tua atau penjaganya, manakala seorang isteri pula perlu meminta izin daripada suaminya.
  • Berwasiat amat dianjurkan melalui sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidaklah dibenarkan seorang Muslim yang memiliki sesuatu untuk diwasiatkannya, ia bermalam dua malam melainkan wasiat itu sudah tertulis di sisinya." (Muttafaqun 'alaih) Jika berwasiat digalakkan dalam keadaan bermukim, maka apatah lagi dalam keadaan bermusafir, ia lebih-lebih lagi digalakkan.
  • Melantik orang yang menguruskan keluarga yang terdiri daripada orang yang boleh dipercayai dan meninggalkan nafkah yang mencukupi untuk keluarga yang ditinggalkan.
  • Mempersiapkan diri dan bekal serta membawa wang yang secukupnya sehingga tidak perlu meminta-minta daripada sesiapa.
  • Mendoakan keluarga dan saudara mara yang ditinggalkan. Ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w., apabila Baginda ingin meninggalkan ahli keluarganya, Baginda mendoakan: "Aku menitipkan kalian kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya." (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Seandainya kita tidak dapat menuruti kesemua adab-adab bermusafir di atas, buatlah mana yang termampu. Selain itu kita juga sangat digalakkan untuk solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan dan kemudiannya diiringi dengan doa ketika menaiki kenderaan.



Selamat bercuti dan semoga perjalanan anda semua selamat tiba dan pulang ke destinasi masing-masing dengan hati yang gembira.

Salam ukhwah, 

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel