Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 26 May 2014

Carotomax mempertingkatkan tahap penglihatan..

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog azunaurah yang dikasihi mudah-mudahan kita semua berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah setiap masa..

Hari ni saya nak kongsikan info tentang carotomax. Memandangkan carotomax sudah kembali lagi dalam stok saya, jadi tugas saya untuk memberikan maklumat ini kepada anda semua.

Antara manfaat pengambilan carotomax yang perlu anda tahu ialah:

* Ianya lebih selamat dari Vitamin A

*Mempertingkatkan tahap penglihatan

*Meredakan penyakit kulit

*Melindungi Epithelial iaitu ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.

*Melawan kanser dan oksidasi

*Mnghalang infeksi iaitu dengan merangsang enzim untuk membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, athma, flu dan selsema.

*Menggalakkan perkembangan normal dan sihat iaitu merangsang perkembangan kanak-kanak atau remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi serta penghasilan sperma yang sihat.

Saya memang berikan carotomax ni untuk abah. Bila teringat cara dia membesarkan kami adik beradik seramai 8 orang dengan mengait kelapa sawit memang sangat sedih. Sebesar-besar mata dia buka untuk mendongak ke langit bagi mendapatkan hasil kelapa sawit untuk membesarkan kami semua.

Terima kasih abah, kami tak mampu nak balas jasa abah mencari rezeki untuk kita sekeluarga dengan keadaan yang sungguh memeritkan ini.

Anda juga nak hadiahkan pada ibu bapa anda??
Hubungi Azu Naurah untuk konsultasi Shaklee secara percuma

012 670 5753

Monday 19 May 2014

Set menyusu dan meal shake....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...terima kasih kepada pembaca blog saya....
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat di sisi Allah s.w.t.

Hari yang penuh keceriaan ni, saya nak kongsikan sedikit kisah dan pengalaman saya menyusukan ketiga-tiga anak saya secara fully Bf....(susu badan sepenuhnya)

Sedih dan terkilan juga, saya tidak dipertemukan dengan set menyusu seperti set menyusu Shaklee yang saya promote pada sahabat2 di luar sana. Alhamdulillah kini setelah anak saya yang ke 3, barulah saya berjumpa dengan set menyusu SHAKLEE dan terus serius untuk buat bisnes...

Seronok sangat dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang. Walaupun mempunyai pekerjaan yang tetap tapi hati saya sangat terpaut untuk berkongsi kebaikan dan kisah kejayaan bersama SHAKLEE.

Ok, berbalik kepada kisah saya menyusukan anak yang pertama. Pada mulanya setelah melahirkan puteri sulung yang diberi nama Zulfa Hanis Binti Lokman Nor Hakim, saya mula mencari alat mengepam susu sebab saya sekali-kali tidak akan beri susu formula pada anak saya sehingga saya mula bekerja setelah habis tempoh berpantang. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan set mengepam susu Spectra 3 dan saya masih lagi meneruskan penggunaannya untuk anak yang ketiga.

Rezeki Zulfa untuk menikmati susu saya terhenti seketika setelah berumur setahun kerana memberi laluan kepada adiknya yang sedang membesar di dalam kandungan saya. Hajat di hati ingin meneruskan penyusuan badan kepadanya sehingga adiknya lahir tapi hajat tidak kesampaian kerana Zulfa sudah selesa dan serasi dengan susu formula yang saya beri selepas berusia 1 tahun.

Teringat lagi saat untuk memisahkan sementara penyusuan badan dengannya. Sayu hati kerana kecetekan ilmu, saya memutuskan susu badan dengannya secara drastik....Maafkan ibu...along...

Setelah adiknya Muhammad Lutfi Hadi Bin Lokman Nor Hakim lahir tepat jam 2.00 pagi, saya sekali lagi bertekad untuk memberinya susu badan sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun. Alhamdulillah, Lutfi Hadi memang mendapat bekalan saya secukupnya selama tempoh 2 tahun.

Apabila cukup 2 tahun, badan saya mula terasa keletihan yang amat sangat kerana anak2 masih kecil dan sangat-sangat memerlukan perhatian. Sedikit demi sedikit saya mencuba pelbagai cara untuk memisahkan Lutfi Hadi daripada terus menyusu kerana saya disahkan mengandung anak yang ketiga. Lutfi Hadi belum pandai berkata-kata tetapi setiap patah yang saya katakan padanya, dia sangat faham dan tahu apa kehendak saya. Setiap kali ingin menyusu saya akan katakan padanya "sekejap je minum susu ye, tak boleh lama2". Dia mengangguk-anggukkan kepalanya dan berkata "em"....maksudnya ya la tu.

Akhirnya lama kelamaan Lutfi Hadi boleh menerima kenyataan dan diberi susu formula seperti kakaknya. Tibalah kisah anak yang ketiga, nama puteri saya yang ketiga diberi nama Nur Syuhada Nafisah Binti Lokman Nor Hakim. Seawal kandungan, semasa mengandungkannya, perut saya tidak besar dan nampak seperti tidak mengandung. Pada masa ini saya masih belum lagi dipertemukan dengan SHAKLEE. Saya hanya bergantung pada asid folic yang diberi oleh jururawat di klinik sahaja.

Saya memang anti dengan suplemen masa tu. Pada saya, makan suplemen ni menghabiskan duit sahaja dan tentunya membazir. Ubat kan ada. Itulah mentaliti saya seelum gembira bersama Shaklee seperti sekarang.
Berat Syuhada semasa lahir 3.1kg, Alhamdulillah beratnya tidaklah terlalu ringan dan tidaklah terlalu berat.
Semasa menyusukannya selepas 6 bulan, saya mulai rasa yang susu saya hasilkan semakin berkurangan setiap hari. Tapi untuk sedapkan hati, saya kata pada diri sendiri bahawa ini mungkin sebab tekanan dan bebanan kerja. Setiap kali masa mengepam susu, saya cepat letih dan terasa putus asa disebabkan susu yang dipam hasilnya tidak seberapa.

Terpaksa akur, Syuhada terpaksa saya campur beri susu badan dan susu formula selepas setahun. Saya join Shaklee bukan sebab kenal dengan set menyusu tapi sebab memang nak cari bisnes yang boleh buat saya jadi insan yang maju dalam hidup.

Kini semuanya telah berubah, anak2 saya membesar dengan susu ibu dan susu formula. Alhamdulillah walaupun begitu, Shaklee juga ada menghasilkan produk yang sesuai dengan kanak-kanak dan itulah yang saya berikan pada anak-anak saya tanpa henti sejak bulan Januari yang lepas sehingga sekarang. Hanya yang terbaik saya berikan pada mereka dan itulah aset berharga yang Allah anugerahkan buat saya dan suami. Saya tak pernah kira berapa rm yang saya laburkan untuk mereka, asalkan mereka membesar dalam keadaan sihat, cergas, ceria dan aktif sudah cukup membahagiakan saya dan suami.

Kini promosi meal shake beli 6 percuma 1.....
Saya harap anda di luar sana tidak berkira untuk berikan hanya yang terbaik untuk si manja. Mudah-mudahan mereka ini menjadi insan yang berguna untuk membantu perjuangan Islam suatu hari nanti.
In Shaa Allah.....






Saya sedia membantu anda untuk memberi konsultasi terbaik tentang produk Shaklee
Azu Naurah
012 6705753

Sunday 18 May 2014

Multivitamin Terbaik di dunia

Kenali Vitalea...

Assalamualaikum.....terima kasih buat tetamu-tetamu saya yang istimewa. Semoga tetamu-tetamu saya berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat rahmat dari Yang Maha Esa.

Hari ini saya akan berkongsi tentang Vitalea. Untuk pengetahuan semua, Vitalea Shaklee adalah multivitamin yang pertama dicipta di dunia. Tentu anda pernah dengar tentang Spirulina kan? Tablet Vitalea ini disaluti  dengan serbuk nutrisi spirulina.

Penting untuk anda ketahui bahawa Vitalea merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Kenapa saya memilih Vitalea?

Pada mulanya saya ambil vitalea secara xsengaja dan tak tahu langsung fungsinya tetapi saya teruskan juga amalkan makan vitamin ini setiap hari. Sehinggalah bermulanya bulan promosi Vitalea beli 6 percuma 1 pada bulan Februari 2014 yang lepas.

Saya mula mencari bahan bacaan untuk kenalpasti fungsi multivitamin ini. Apa yang paling membuat saya tertarik ialah tentang elemen penting pada sel tubuh.

Kenapa?....Begini, vitalea ni menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan keseluruhan.

Apa lagi manfaat Vitalea yang paling bagus???

Kalau anda nak tahu, Vitalea ni juga dapat memberi tenaga tambahan, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
Vitalea juga sebagai pelengkap Nutrisi. Maklumlah tubuh badan kita ni sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

Keupayaan Sistem Produktif- vitalea ini juga penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah metabolisma, vitalea sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. Wah! Dapat extra lagi anti penuaan tu...

Paling penting Vitalea  ni juga melindungi organ iaitu dengan cara melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Apa yang saya alami sekarang dengan kesan pengambilan Vitalea ialah, rambut saya terlalu kurang gugur. Tak macam selalu, bila sikat penuh rambut di sikat dan bertaburan di lantai. Kuku pula dah kurang pecah-pecah dan kulit jadi cantik.

Selain itu, untuk rambut lebat juga saya minum ESP, ambil B Complex dan gunakan syampu Prosante. Memang berbeza daripada sebelum mengamalkan Vitalea ni.

Sebulan selepas amalkan Vitalea ni, saya xkonsisten amalkan makan setiap hari 1 biji. Nak tahu apa kesannya?? Rambut saya mulai gugur seperti sediakala, kuku juga kerap pecah-pecah dan kulit jadi kurang berseri.

Kini saya kembali konsisten dengan VITALEA. Alhamdulillah....

Sebarang tips eksklusif SHAKLEE anda boleh dapatkan daripada saya.

Azu Naurah.
012 670 5753






Saturday 17 May 2014

Keperluan Makanan Tambahan

"Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tetapi bersedekahlah agar menjadi kaya. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur, tetapi bersyukurlah agar bertambah berjaya"

Kepentingan ambil SUPLEMENT...

Kesihatan bermula dengan nutrisi yang baik. Ingat ye, kita adalah apa yang kita makan. Saya mula tergerak hati nak amalkan makan suplemen sejak tengok terlalu ramai orang post tentang suplemen SHAKLEE di FB. Hari-hari diorang kongsi kebaikan tentang makanan tambahan ni.

Alhamdulillah, terbuka juga hatiku untuk merubah kehidupan diri dan keluarga dengan mengamalkan makanan tambahan ni. Zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Tak fresh macam dulu. Jadi nak tak nak kena juga ambil suplemen ni sebagai amalan gaya hidup sihat.

Sekian untuk petang ini...nanti saya singgah banglo yang ceria ni lagi...

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik

Assalamualaikum....buat sahabat-sahabat yang singgah di blog saya. Terima kasih diucapkan. Hari ini saya nak berkongsi testimoni tentang pengambilan Omega Guard oleh anak-anak saya.

Alhamdulillah, kini masuk 5 bulan saya memberikan anak-anak Omega Guard yang kita sudah sedia maklum banyak manfaatnya.

Semalam, saya ambil anak-anak seperti biasa dari TASKA. Lutfi memang mengantuk sangat selepas minum susu dan dia pun ada beritahu saya sampai rumah nanti nak tidur.

Saya pun mengiakan apa yang dia kata. Maklumlah dah tengahari, semuanya lemau. Sampai di rumah saya pun memberikan Omega sorang satu pada anak-anak. Sambil menyusukan Nur Syuhada, saya pun terlelap tapi telinga saya xsunyi daripada suara Zulfa dan Lutfi.

Punyalah seronok segar bugar langsung tak rasa nak berehat pun. Bila saya suruh tidur, Dua-dua masih lagi bermain dan ketawa keriangan. Senang cerita xmakan saman dah banyak kali ditegur.

Mulalah saya terfikir dan cuba ingat kembali kelebihan Omega Guard yang saya beri pada mereka. Oh! padanlah jadi macam ni, rupa-rupanya sel otak anak-anak sedang berhubung. Keaktifan mereka menjadi-jadi. Salah masa pula bagi budak-budak ni makan Omega.

Memang sah ini kesan Omega. Saya mula rujuk buku nutrisi, setelah dihadam beberapa kali Omega ini kesimpulannya membantu perkembangan kesihatan mental seterusnya bagi kanak-kanak ia sangat membantu dalam menangani autism dan kanak-kanak hiperaktif seterusnya memberikan kesegaran pada otak mereka. Patutlah anak-anakku ini cergas semacam dan tidak mengantuk....Hanya 1 biji sehari untuk simanjaku...


Sunday 4 May 2014

Anak-anak sihat dan cergas bersama meal shake

Sarapan pagi yang penuh berkhasiat...

Tak sempat menyediakan sarapan pagi untuk si kecil anda??

Apa kata, bagi ibu-ibu yang bekerja...bekalkan anak-anak anda atau hidangkan saja meal shake+susu atau meal shake +milo...
Pasti anak2 gembira dan bertenaga untuk terus menuntut ilmu kan!

Untuk pengetahuan, meal shake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
Sudah tentu ia diperbuat daripada bahan semulajadi- buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya (lactalbumin) sejenis susu dan lan-lain.

Siapakah insan yang sesuai dengan meal shake??

Meal shake dihasilkan untuk semua golongan.- bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, orang yang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

Apakah kelebihannya??

Nutrisi lengkap: Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Membekal nutrisi kepada sel tubuh: Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

Membantu tumbesaran: Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel proses tumbesaran.

Anti-oksida: YEHU!!...mesti dapat extra kebaikan pada setiap produk Shaklee kan...sebab ia mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan...NAK KE TAK NAK??

Mengembalikan seri wajah: WAU! ini pun best juga ni...mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel -sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah dan kulit yang lebih cantik....ha ambik KAU! CANTIK terus....

Detoksifikasi: Proses detox ni pasal pembuangan sisa2 yg xdiperlukanlah ye...jangan xtau pula..ia kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Kelazatan rasanya: Wuish!! bau VANILLA dia memang mencengkam JIWA raga U...minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

LAZAT weh!!! PASTInya sesuai untuk semua golongan.....GRAB RIGHT NOW TODAY!!!

Promosi bulan MEI beli 6 percuma 1......UNTUNG berbaloi2 untuk bekalan puasa seisi keluarga....

Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur atau dikisar bersama-sama buah-buahan, ESP atau apa-apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati bersama air sejuk mahupun suam...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel