Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Thursday 20 November 2014

Gemuk dan Kaitannya dengan Ibadah

Selamat sejahtera semua. Hari ini terasa ingin saya kongsikan bersama anda semua isu KEGEMUKAN atau OBESTI. Bagaimanakah seseorang itu dikatakan GEMUK atau OBESITI?

OBESITI bukan lagi perkara biasa yang dapat diterjemahkan sebagai sihat secara fizikal. Namun ia telah menjadi masalah yang sinonim dengan penyakit tidak berjangkit yang lain. Apakah penyakit yang tidak berjangkit itu? Rasa tak sabar nak tahu kan?... Sebelum itu, hati-hatilah yer dengan setiap pengambilan makanan yang akan terus masuk ke dalam tubuh seterusnya menjadi darah daging.


Obesiti merupakan satu masalah kesihatan awam yang serius kerana boleh melibatkan komplikasi penyakit lain yang dikategorikan sebagai penyakit moden. Paling membimbangkan, obesiti menular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Tidak ketinggalan juga orang dewasa yang sememangnya dari kecil sudah kelihatan gempal dan sangat-sangat berisi. Betul kan...kalau masa kecil budak yang badan gebu-gebu ni memang sedap sangat kita peluk cium dia. Cubit pipi apatah lagi....eeiii gerammmmnya....hehe

Walaupun bukan penyakit berjangkit tetapi pola pemakanan dan gaya hidup seseorang menyebabkan permasalahan terus merebak dalam sesebuah komuniti. Ishhh...merebak?? renung-renungkanlah yer..

3 G

Jika sedari kecil lagi telah mengalami masalah obesiti, tidak dikawal dan tidak mengambil usaha pencegahan, maka tidak mustahil Malaysia akan melahirkan lebih ramai generasi yang gebu, gemuk dan gempal (3G) pada masa akan datang. Sebab itulah dari kecil lagi kita sepatutnya memantau pengambilan dan pemakanan anak-anak supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang terutamanya obesiti.

Fenomena 3G ini sudah pun berlaku tetapi ia mungkin akan berterusan sekiranya tiada langkah pencegahan yang mampu dirintis oleh masyarakat. Malah, lebih memburukkan lagi jika individu yang tidak memiliki tahap kesihatan yang baik, semestinya dia tidak mampu menunaikan tanggungjawab untuk beribadah kepada Allah dengan sempurna. Terasa sungguh rugi jika kita beralasan tidak larat nak solat atau sentiasa nak duduk dan tak boleh berdiri lama-lama kerana badan berat dan cepat mengah.


Bukanlah saya bermaksud untuk merendahkan dan memperlekehkan golongan obesiti ini tetapi fikir-fikirkanlah keadaan yang sepatutnya dan sesuai ketika kita hendak melakukan ibadah. Gemuk atau kurus???....pilihan bijak di tangan anda.

Pada pendapat saya, sebaik-baiknya biarlah berat badan kita itu mengikut BMI (Body Mass Index) yang sepadan dengan ketinggian. Ini juga bagi memudahkan pergerakan dan urusan kerja serta tugasan seharian sebagai khalifah Allah di muka bumi. Usah menzalimi diri sendiri dengan bebanan yang kita cipta sendiri.


Umum mengetahui bahawa badan yang berat akan memenatkan. Beban berat badan akan memberi kelelahan kepada diri sendiri. Beribadah turut menjadi berat. Tidak mustahil kemalasan akan datang seiring dengan kepenatan dan terhadnya pergerakan. Penyakit akibat obesiti juga membataskan kemampuan untuk beribadah dengan sempurna. Jadi, obesiti memang memberi impak yang mendalam kepada ibadah dan tuntutan hidup yang lain.

Ibadah Sempurna

Abu Hurairah pernah menukilkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Pada hari kiamat, akan datang seorang yang berbadan besar lagi gemuk. Namun, di sisi Allah timbangannya tidak melebihi berat sayap seekor nyamuk".

Seiring itu, wajar kita mengambil iktibar bahawa beban membawa berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kemalasan bersarang dalam diri seseorang. Ia menjadi penghalang untuk melaksanakan suruhan Allah dengan lebih sempurna, berkualiti dan optimum. Allahu akbar...alangkah sedihnya jika amalan kita ditimbang hanya seberat sayap nyamuk itu.


Namun, barangkali ada yang berpendapat, sekiranya makan dengan banyak maka akan menghasilkan tenaga dan stamina yang tinggi untuk beribadah. Malangnya, sifirnya tidak pernah sebegitu. Ramai di antara kita, apabila makan pasti berlebihan. Makan bukan sekadar untuk menguatkan diri malah akan membebankan perut dan diri secara fizikal.

Ibn Hajar menyatakan dalam Fath al-Bari: "Kerana kebiasaan orang yang gemuk lemah kefahamannya dan berat untuk beribadah." Tambahan pula, The Annals of Neurology 2010 telah membuktikan bahawa wujudnya hubungkait antara saiz otak yang lebih kecil dan peningkatan risiko demensia dengan aras lemak yang lebih tinggi dalam badan. Maka, tidak dapat disangkal wujud kemungkinan jika seseorang mengalami masalah berat badan, daya ingatan dan penumpuan juga akan berkurangan.


Bukanlah menafikan bahawa faktor genetik juga menjadi punca obesiti. Namun, yang menjadi permasalahan kini ialah kebanyakan kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat sedangkan ia merupakan tuntutan dalam ajaran Islam. Akhirnya menyumbang kepada masalah dan kemudaratan diri sendiri. Kadangkala kita menyedari tentang hal tersebut, namun masih lagi bertangguh untuk melakukan perubahan.


Pada satu sudut lain, berapa ramai di antara ibu bapa pada hari yang menjadikan "electronic babysitter" seperti televisyen dan komputer menjadi teman rapat kepada anak-anak? Semakin lama anak-anak meluangkan masa menonton televisyen, kecergasan otot mereka akan semakin berkurangan dan ukur lilit pinggang semakin meningkat disebabkan kegemukan apabila menghampiri usia remaja. Ia berpotensi menyebabkan masalah kesihatan apabila menginjak dewasa.

Dalam mendidik anak-anak, kadangkala ibu bapa tidak perasan bahawa mereka telah menyediakan satu spektrum pendidikan gaya hidup tidak sihat secara tidak formal. Antaranya membiarkan anak-anak menghabiskan masa di hadapan televisyen, tidak mempedulikan aktiviti kecergasan di luar dan tidak prihatin kepada apa jua jenis makanan yang anak-anak makan.


Secara tidak sedar sebenarnya ibu bapa pada hari ini telah pun memulakan usaha mewujudkan generasi yang tidak sihat pada masa akan datang. Pasti kita tak mahu anak-anak menyalahkan kita pada suatu hari nanti bukan?

Anak-anak yang mengalami obesiti dan berlebihan berat badan akan cenderung untuk diejek oleh rakan sebaya. Ini akan memberi kesan kepada jati diri, menyebabkan tertekan dan kurang keyakinan terhadap penampilan diri serta menyebabkan berlakunya gangguan tekanan mental kepada kanak-kanak dan remaja.


Dalam hal ini sewajarnya kita menilai semula apakah makanan yang dijamah dan disuapkan ke mulut pada setiap hari sama ada untuk diri mahu pun keluarga di bawah tanggungan kita.


Sejauhmana ia memberi nilai tambah kepada kesihatan? Atau lebih buruk lagi jika kita tidak mampu mengubah pola pemakanan dan gaya hidup selama ini walaupun telah menyedari akan peri pentingnya menjaga kesihatan.

Ketahuilah bahawa walaupun berdikit-dikit dalam membuat perubahan ke arah kesihatan, ia adalah lebih baik dan akan memberi kesan yang besar daripada langsung tidak melakukan apa-apa tindakan. Mengawal berat badan, pemilihan makanan yang terbaik dan berkat, mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit, adalah komitmen kita untuk memerangi obesiti dan penyakit tidak berjangkit lain daripada terus bermaharajalela.


Semua usaha ini adalah untuk merangka dan merancang bagi mencapai kesihatan yang optimum agar ibadah yang kita laksanakan lebih baik dan berkualiti serta diterima oleh Allah. Saya doakan anda semua sihat dan istiqamah dalam beribadah.

Jom sertai cabaran slim dan hebat bersama saya di Grup Golden Dreams!!
Anda akan temui cara dan tips berkesan untuk menjadi insan yang lebih sihat, slim dan berjaya dunia dan akhirat....In Shaa Allah...

Salam ukhwah,
Azu Naurah
012 6705753






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel