Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

AKTIVITI

19 September 2014
MEE GORENG IBUNDA

Petang ni saya nak kongsikan cara-cara membuat Mee Goreng Ibunda. Sangat senang dan lazat.
Anak-anak dan suami saya sukakannya.

Biasalah, bila tengahari dah makan nasi, malam mesti nak makan yang goreng-goreng je. Apalagi, masakan yang paling mudah dan pantaslah jadi pilihan.

Bahan-bahannya:

Mee kuning yang bersaiz kecil (saiz halus)
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili giling
Ikan Bilis
Udang Kering
(Semua bahan di atas hendaklah dikisar)
Ayam dipotong dadu
Udang
Telur (diasingkan, untuk dijadikan telur mata)
Sayur Sawi
Taugeh
Lobak Merah

Caa-caranya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling hingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang sudah dipotong kecil, lobak merah.
3. Masukkan sayur sawi dan udang.
4. Masukkan mee yang telah dicelur tadi ke dalam bahan-bahan tumisan.
5. Akhir sekali bolehlah masukkan taugeh.www.facebook.com/azu naurah


Semua bahan-bahan tu digoreng seperti biasa. Mesti korang semua dah pandai kan...
Selamat Mencuba!!




____________________________________________________

18 September 2014
PICNIC 2014

Sebenarnya saya buat karipap ni untuk dibawa berkelah bersama keluarga. Bukan main seronok anak-anak bermain air. Nampak gaya saya hanya menjadi pemerhati je lah...

Bergerak dari rumah seawal pagi, dan sebelum tu sempat menggoreng karipap ibunda..
Lepas main air, mulalah perut masing-masing lapar. Satu bekas penuh tupperware tu habis licin.

Seronoknya kali ni, kami tak perlu bayar apa-apa sebab masuk PERCUMA...hihihi

Lain kali boleh pergi lagi, nak sampai ke tempat ni boleh sesat dibuatnya. Padahal jalannya cukup senang.

Ok lah, nak masak tengahari ni, nanti saya kongsi resipi lagi...





______________________________________________________

17 September 2014
RESIPI KARIPAP IBUNDA

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Hari ni saya nak kongsi dengan anda yang belum pernah cuba untuk hasilkan karipap dari air tangan sendiri.

Bagi yang dah expert tu, silalah komen sebab saya ni suka try n error...hihihi

Ok kita teruskan bahan-bahan yang perlu anda dapatkan ialah:

(Untuk kulit Karipap)

Tepung
Marjerin
Minyak
Garam
Gula
Air

(Untuk Inti Karipap)

Keledek
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit Halia
Rempah kari ikan
Daun kari
Udang Kering
Ikan Bilis
Garam
Gula
Sedikit perasa (optional)
Air

Senang sangat tau cara nak buatnya.

Ok, pertama sekali biasanya saya buat inti terlebih dahulu. Potong keledek berbentuk dadu.
Hanya tumiskan bahan-bahan yang dinyatakan dan akhirnya masukkan keledek bersama air. Kita boleh agak sendiri air tu nak letak banyak mana sebab air tu fungsinya nak mempercepatkan keledek tu empuk. Bila dah empuk, bubuhlah garam, gula dan sedikit perasa.

Sangat mudah!! ingat tau, jangan fikir susah, nanti tak jadi...

Sekarang untuk doh pula...

Macam kita nak buat kuih donat, agak-agak je sebab yang nak makan tu kita n famili..tak perlu risau salah ke apa.

Ulikan tepung, marjerin dan sedikit minyak kemudian letakkan garam di dalam air dan masukkan sekali dengan tepung tadi. Kacau rata dan uli sehingga menjadi doh yang cantik. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Oh ya, nak letak gula sedikit pun boleh untuk mesrakan rasa karipap tu..

Apabila kulit dan inti sudah menjadi, haaa mulalah operasi mengisi inti di dalam karipap serta buat 'klim' tepi karipap tu....selebihnya boleh disimpan di dalam peti ais tau..kalau lapar2 tu senang je tinggal goreng.

Part ni yang best sebab ramai yang tolong... Alhamdulillah...bila dah siap semua bolehlah digoreng...
Eh...nak jual pun boleh tau....hihihi


Aktiviti ni memang menyeronokkan sebab saya lakukan bersama suami dan anak-anak...

Silalah cuba!!






______________________________________________________

16 September 2014
RESIPI MEE SUP sepantas kilat!!

Alhamdulillah, malam tadi puaskan hati-hati insan tersayang dengan masakan sepantas kilat.

Tengahari kami semua dah makan nasi, malam-malam saya pilih untuk masak masakan yang paling mudah, ringkas dan yang paling penting mestilah sedap pada tekak orang yang menelannya.

Mesti anda semua nak tahu sangat apakah bahan-bahan yang saya gunakan, betul ke betul?
Tengok betul-betul dan pastikan bahan-bahannya terdapat di rumah anda ye.

1/2 kilo mee kuning (saiz kecil, sebab yang ni sedap)
1 biji kentang
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu lada putih (sulah)
1/2 kiub ayam
2 biji telur
sedikit sayur sawi
sedikit lobak merah
sedikit ayam
sedikit udang
sedikit garam
sedikit gula

Cara-caranya:
1. Celurkan mee sehingga hilang warna rasa kapur. Tak perlu lama sangat sebab mee akan kembang.
2. Kentang, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan lobak merah.
5. Masukkan sedikit garam, gula dan kiub ayam.
6. Masukkan pula sayur sawi dan udang. Kemudian pecahkan 2 biji telur dan terus dimasukkan ke dalam periuk satu persatu. Tunggu sehingga telur masak dan timbul, kacau perlahan-lahan.
7. Siap!!

Selamat Mencuba!!
Ingat ya, telan Lecithin dulu bagi sesiapa yang sedang dalam program diet.
Bagi yang nak jaga paras kolestrol, sila telan Phytocol ST terlebih dahulu...

Azu Naurah
012 6705753



15 September 2014
RESIPI YANG SUPERB!!!

Alhamdulillah, saya sangat teruja ingin kongsikan resipi Smoothies Banana ini bersama anda. Kadang-kadang kita ni nak rasa ada kelainan sikit daripada orang lain. Haa...barulah istimewa namanya. Betul ke betul?

Ok lah hari ini resipi Smoothies Banana akan membantu anda untuk lebih sihat, cantik dan bertenaga. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1 sudu kecil Vivix
1 sachet Collagen
2 sudu besar ESP
1 sudu besar Meal Shakes
2 sudu besar Ovaltine atau secukup rasa
Beberapa potong buah pisang (Banana)

Kesemua bahan-bahan ini hendaklah di 'blender' sehingga menjadi jus.
Akhirnya, terhasillah Smoothies Banana yang sangat sedap dan mantap. Sangat sesuai seisi keluarga.
Cubalah sendiri di rumah anda hari ini. Pasti nak lagi!!!

Ummmmpppphhhh.......Delicious









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel