SEMUA
ORANG BOLEH MENUNGGANG KUDA
Saya yakin ramai insan di luar
sana yang teringin untuk menunggang kuda. Ya, kini semua orang boleh menunggang
kuda dengan hanya RM 5 untuk sekali pusingan manakala kelas menunggang kuda
adalah serendah RM 395 untuk 8 kali kelas yang perlu anda hadiri.
Semua ini hanya yang terbaik di
Pusat Ekuin UTM, Skudai. Datanglah beramai-ramai pada setiap hari Sabtu dan
Ahad iaitu pada jam 8:30-10:00 pagi dan 4:30-6:00 petang. Satu hari ada dua
sesi. Terbuka untuk orang awam.
18 April 2015 adalah hari
bersejarah bagi saya kerana pertama kali menunggang kuda. Teruja sungguh, bukan
kanak-kanak saja malah orang dewasa pun turut sama mendapat peluang sebegini.
Bermula dengan taklimat tentang
sejarah kuda, jenis-jenis dan kebaikannya ia sudah cukup menggembirakan hati
kami yang mendengarnya kerana banyak perkara baru yang kami pelajari.
Pelbagai jenis kuda yang ada,
bukan semua kuda itu sama tugasnya. Binatang ini juga perlu di sekolahkan untuk
memudahkan petugas mengendalikan dan menjaganya. Ada kuda khas untuk masuk
hutan, kuda khas untuk aktiviti sukan seperti ‘jumping’, ada kuda untuk tarik
kereta kuda dan sebagainya.
Antara pantang larang yang mesti
kita elakkan semasa berada berhampiran dengan kuda ialah kita tidak dibenarkan
untuk berdiri di belakang kuda kerana dikhuatiri akan ditendang, elakkan
daripada dipijak oleh kuda kerana ke hospitallah kita jawabnya, dilarang menyua
makanan berkali-kali dengan rasa takut kerana kuda pun tahu marah ya sebab ia
merasa dipermain-mainkan, tidak menyepak-nyepak kuda sewaktu menunggangnya dan
paling penting kita tidak dibenarkan untuk membuat bising di kawasan kandang
kuda.
Biasalah tu kan, manusia pun tahu
marah kalau orang buat bising. Betul tak? Hehe..
TEKNIK MEMBERI MAKAN KEPADA KUDA
Ok, bab ni jangan main-main tau.
Hanya kuda yang sudah di sekolahkan sahaja dibenarkan untuk kita beri makan
kepadanya. Nak tahu apa yang kuda ni suka?? Rumput?? Ishh..apa kerlas…hehe
Kuda pun ‘demand’ tau, dia makan
‘carrot’. Haaa…bukan arnab je yang makan lobak, kuda pun sama makan lobak merah
ni.
Cara yang betul untuk menyuap
makanan kepada kuda ialah dengan cara meletakkan lobak di atas tapak tangan
kita dan membuka tapak tangan seluas-luasnya. Jangan takut…kuda yang dah di
sekolahkan ni memang pandai dan dia tak akan gigit tangan kita sebaliknya
mengambil makanan tersebut menggunakan bibirnya sahaja.
Tetapi AWAS! Sekiranya anda
takut-takut dan menarik-narik tangan anda daripada member makan kepadanya, ini
boleh membuatkannya marah dan dikhuatiri tangan anda akan digigit.
Tariklah nafas, baca bismillah
dan bercakap dengannya baik-baik. In shaa Allah dengan hati yang tenang pasti
anda dapat lakukannya dengan seronok. Mesti berkali-kali anda akan beri makan
kepadanya..cubalah..
TEKNIK MENUNGGANG KUDA BERSAMA
PETUGAS
Pastikan anda naik atas kuda
dengan cara yang betul. Sebelum itu, anda perlu memakai topi keledar khas untuk
menunggang kuda demi keselamatan.
Setelah itu, pegang tali yang ada
pada badan kuda dan semasa kuda sedang berjalan fokuskan diri anda untuk
memandang ke hadapan. Jangan sekali-kali memusing-musingkan badan dan kepala
kerana untuk mengelakkan daripada terjatuh.
Kemudian turun kuda dengan
perlahan-lahan, buka topi keledar keselamatan dan tepuk bahu kuda serta usap
kepalanya. Bab ni kuda memang suka tau.
KEBAIKAN DARI SEGI KESIHATAN
Ø Berkuda
amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala
hingga ke kaki dan dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Ø Bentuk
lekuk belakang kuda (tempat di tunggang) amat baik untuk merawat segala masalah
tulang belakang manusia.
Ø Semasa
pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari,
menyebabkan vertebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain
dalam keadaan harmoni dan meransang saraf-saraf tulang belakang seolah-olah
diurut sedangkan pakar chiropraktik pun
tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang vertebra semasa orang
menunggang kuda.
Ø Seluruh
anggota: tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral termasuklah sistem
penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary,
organ perkumuhan malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara
optimum untuk menjadi semakin sihat.
Ø Penunggang
kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau bergelumang
dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut
mencerahkan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan
galloping kuda.
Hakikatnya semua orang boleh
menungang kuda. Ini adalah salah satu daripada amalan sunnah Rasulullah s.a.w.
yang perlu kita tahu. Semoga dengan info yang dikongsikan ini memberi manfaat
kepada kita semua sama ada yang sudah bergiat aktif dalam bidang ini atau yang
baru mula untuk berjinak-jinak dengan aktiviti ini.
Perkongsian saya seterusnya
adalah tentang aktiviti memanah. Nak tahu?? Haaa…tungguuu…
Anda sedang mengalami sakit-sakit badan atau sakit-sakit sendi? Dapatkan AJHT, OMEGA dan OSTEMATRIX. In Shaa Allah ianya dapat membantu untuk memberikan kelegaan kepada anda seterusnya menguatkan otot-otot badan dengan kandungan dan bahan-bahan semulajadi yang digunakan.
Salam Mesra,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com
trimaksih buat penjelasanya gan,,,
ReplyDeletesangat membantu,,
ada lagi ke ni utk 2017?
ReplyDeleteIn shaa Allah 2017 ada tambahan aktiviti yang lebih menarik. Nantikan kemunculannya.
ReplyDeleteIn shaa Allah 2017 ada tambahan aktiviti yang lebih menarik. Nantikan kemunculannya.
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.