Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Wednesday 24 December 2014

9 RAHSIA Pencuci Mulut Untuk Slim

Salam sejahtera semua. Pencuci mulut..ermm ramai yang suka pencuci mulut. Tapi masih belum tahu ada pencuci mulut khas untuk slim langsing.

Untuk hari indah yang mendung lagi menyejukkan ini, saya ingin MEMBONGKAR sebuah rahsia yang ramai sangat ingin tahu sebenarnya. Betul ke betul? Mestilah betul kan, bab-bab slim ni memang sangat-sangat diminati.

Memberi faedah seperti mengambil makanan dan rasanya seperti menikmati PENCUCI MULUT. Wow, Hebatnya!!!...Lepas ni tak payahlah nak buat pencuci mulut yang susah-susah bagai. Hanya perlu tuang dan bancuh.

Inilah dia....CINCH SHAKE MIX...Ummmmphhh, rasanya yang ENAK lagi menyegarkan. Ada 3 perasa iaitu Vanilla, Cafe Latte dan Coklat. Saya paling suka cafe latte. Coklat juga saya dah pernah merasainya. Bagi peminat Vanilla, anda bolehlah merasainya sendiri.

Setiap kali anda minum Shaklee cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

Satu perkara yang anda harus tahu juga ialah makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine iaitu nutrisi penting di dalam cinch untuk keperluan tubuh kita.

9 RAHSIA CINCH SHAKE untuk wanita kekal langsing

Suplemen yang sesuai membantu tubuh anda kekal langsingweight

Sunday 21 December 2014

10 Kebaikan Lecithin Kepada Wanita

Salam sejahtera kepada anda semua yang dihormati dan dikasihi. Semoga anda semua berada di dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Yang Maha Esa. Aamiin..

Tajuk yang saya yakin anda benar-benar ingin tahu. Kenapa wanita sahaja yang perlu tahu? Sebenarnya tidak terhad kepada wanita sahaja, jika anda ingin memberitahu manfaat lecithin ini kepada kaum Adam pun boleh. Tiada masalah..

Tak sabar rasanya nak tahu, kan?

Rahsia Lecithin

Friday 19 December 2014

7 Sebab Kenapa Wanita Suka Slim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah masih dapat menunaikan tanggungjawab untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. Sedar tak sedar kita sedang melangkah ke tahun masihi yang baru iaitu tahun 2015. Semoga segala perancangan hidup kita yang diimpikan akhirnya menjadi kenyataan.

Sebelum tu, cuba anda tanya diri sendiri kenapa aku suka slim???
Haaa...sila jawab dalam hati dengan jujur dan ikhlas tau...

Antara sebab-sebab yang saya perolehi melalui pengalaman sendiri dan melalui bahan-bahan bacaan ialah:

  • Keyakinan Diri yang Tinggi

Monday 15 December 2014

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Berkesan

Salam sejahtera kepada pembaca semua. Hari yang indah lagi ceria dengan angin sepoi-sepoi bahasa ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang tips-tips untuk menurunkan berat badan dengan berkesan.

Untuk makluman anda semua, saya yang dikenali sebagai Azu Naurah mempunyai kepakaran untuk membantu ibu-ibu selepas bersalin mengembalikan berat badan ideal dan kekal langsing.

Wow!! memang seronok jika kita dapat sahut cabaran ini sebenarnya. Tiada yang mustahil, apa yang penting ialah anda mesti mematuhi syarat dan petua-petua yang diperturunkan ini untuk menjamin keberkesanannya ke atas diri anda.

Di antara tips-tips yang ingin saya kongsikan ialah

1. Kunyah makanan lebih lama daripada biasa supaya anda berasa cepat kenyang dan seterusnya dapat mengurangkan pengambilan makanan.


2. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya proses detoks badan anda dapat berjalan dengan lebih baik dan lancar.


3. Elakkan daripada menahan diri daripada makan apabila tiba waktu makan. Ini kerana sebenarnya anda telah menurunkan kadar metabolisma badan anda seterusnya proses detoksifikasi tidak dapat berjalan seperti biasa.

4. Apabila tiba waktu makan, ambillah nasi dalam kadar jumlah yang sedikit supaya anda dapat mengawal nafsu makan dengan sesuka hati.


5. Sekiranya anda terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam dan berasa lapar, elakkan daripada mengambil makanan yang banyak lemak dan berminyak, sebaliknya minumlah air masak ataupun buah-buahan seperti epal dan pisang.

6. Buang tabiat suka makan lewat malam. Sebaik-baiknya ambil makan malam di awal waktu dan pastikan cukup 3 jam selepas makan barulah anda masuk tidur.

7. Kawal pengambilan makanan anda dengan dengan 'protein shakes' supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari. Seelok-eloknya diambil sebelum makan bagi mengurangkan nafsu makan yang melampau.


8. Lakukan pergerakan yang anda suka dan rasa enjoy seperti naik tangga turun tangga, berjalan cepat dan laju, 'skipping', 'sit up' dan 'push up', bermain kejar-kejar bersama anak-anak dan sebagainya . Tidak perlu terlalu skema dengan pergi ke pusat-pusat penjagaan berat badan. Walaupun hanya di rumah, anda pasti boleh mendapatkan berat badan yang ideal. Jika anda punyai waktu lapang, anda digalakkan untuk beriadah di taman permainan atau taman rekreasi.


9. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air berkarbonat (bergas), gula-gula, makanan ringan dan sebagainya

  

10. Pengambilan set slim. Jika anda tergolong dalam golongan yang sukar untuk membuang toksin di dalam badan, maka anda sangat digalakkan untuk mengambil set ini. Secara tidak langsung, dengan suplemen itu nanti dapat membantu anda membakar dan menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan.

  
  

 

 

11. Tingkatkan amalan rohani. Sebagai tanda insan yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian daripada-Nya, luangkanlah masa untuk 'bercakap' dengan-Nya di sepertiga malam. Allah sentiasa mendengar permintaan hamba-Nya. Sujudlah dan rayulah agar anda memiliki ketenangan hati, jiwa dan perasaan untuk melalui proses penurunan berat badan ini. Istiqamahlah dalam amalan, in shaa Allah anda pasti dapat menikmati hasilnya dengan rasa puas hati.


Semoga tips-tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan yang lebih ceria dan sihat bersama keluarga terutamanya untuk suami tersayang. Hargailah diri anda, kerana 'dirimu begitu berharga'. 

Usah dipersia-siakan peluang yang ada dan sentiasa terbuka di depan mata. Selamat mencuba!!

Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat dan kepakaran saya dalam proses penurunan berat badan ideal, hubungi saya di talian tertera. 

Love,
Azu Naurah
012 6705753
(Pakar Berat Badan Ideal Anda)
azunaurah@gmail.com

Thursday 11 December 2014

Perlukah kita mengambil antibiotik?

Salam sejahtera semua. Pastinya anda ternanti-nanti perkongsian ilmu antibiotik bersama saya hari ini kan. Sebelum itu, saya doakan anda semua sentiasa senyum walau dalam apa jua keadaan yang sedang menimpa anda. Ok, senyum sekarang...hehe.

Sebenarnya saya sendiri kenal antibiotik ni pun sebab selalu doktor akan bagi pada kita dalam set ubat demam. Doktor selalu sarankan supaya antibiotik ini dihabiskan dalam masa seminggu sahaja. Ermmm...tapi kami sekeluarga tak dapat nak habiskan pun antibiotik ni. Bila dah baik demam, segala ubat-ubatan pun tolak tepi.


Saya juga pernah terbaca di dalam artikel sebuah majalah yang menyatakan tentang antibiotik dan kesannya. Cuma apabila hanya membaca sekadar ambil tahu sahaja tanpa mencari maklumat antibiotik secara detail, saya tertanya-tanya kenapakah antibiotik yang dikatakan ada kesan sampingan ini masih tetap diberi oleh doktor?

Ok, jom kita cari jawapannya bersama-sama ya...

Antibiotik merupakan sejenis ubat yang dapat membantutkan pertumbuhan dan memusnahkan mikroorganisma atau kuman. Antibiotik kerap kali digunakan untuk merawat jangkitan penyakit yang boleh didapati di hospital dan juga di kalangan masyarakat. Para doktor dikehendaki untuk menjalankan pemeriksaan klinikal kesihatan yang terperinci seperti mengambil sejarah penyakit pesakit, menjalankan pemeriksaan kesihatan fizikal, dan ujian-ujian kesihatan yang tertentu, untuk mengetahui jenis penyakit yang dihidapi setiap pesakit yang datang kepada mereka.

Jika punca utama tanda-tanda penyakit atau simptom yang terdapat pada pesakit adalah disebabkan oleh jangkitan kuman, doktor itu akan cuba meramal organisma yang menyebabkan jangkitan tersebut dan memilih antibiotik yang paling sesuai untuk memusnahkan organisma yang mungkin menyebabkan jangkitan itu tadi.


Antibiotik akan berkesan jika digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, jangkitan kulat yang tertentu dan beberapa jenis jangkitan parasit yang lain. Walaubagaimanapun, antibiotik tidak akan berkesan untuk merawat jangkitan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus.

Antibiotik tidak sepatutnya diberikan kepada pesakit apabila penyakit itu bukan disebabkan oleh jangkitan  bakteria, seperti apabila pesakit mengalami sakit selsema dan batuk biasa sahaja. Menggunakan antibiotik untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus tidak akan menyembuhkan simptom penyakit tersebut, tetapi ia akan menyebabkan tubuh anda mengalami rintangan kepada antibiotik itu pula!


Telah sedia maklum, penggunaan antibiotik atau penyalahgunaan antibiotik merupakan pendorong utama terjadinya masalah rintangan tubuh terhadap antibiotik. Kini, ia telah menjadi fakta yang tetap dan diiktiraf benar. Oleh itu, semua doktor and pesakit perlu berhati-hati dan mengambil kira beberapa faktor sebelum mengambil antibiotik yang diperskripsikan.

Ada di kalangan pesakit yang mengambil ubat mengikut kelapangan dan ada juga terus berhenti dan tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan atas alasan sudah berasa semakin sihat. Hanya pengambilan kesemua dos antibiotik yang diberikan, mengikut masa ditetapkan akan membunuh kesemua bakteria yang menjangkiti pesakit. Jika pesakit ‘melangkah’ masa yang ditetapkan atau tidak menghabiskan semua dos antibiotik yang diberikan, berkemungkinan akan menyebabkan jangkitan berulang yang lebih teruk.

Ini kerana sebahagian antibiotik yang diambil pada awalnya telah membunuh semua bakteria yang lemah tetapi gagal membunuh bakteria yang lebih ‘tegar’. Kumpulan bakteria yang lebih kuat ini akan membiak semula, mengisi kekosongan yang ditinggalkan bakteria yang telah dibunuh antibiotik, menyebabkan pesakit lebih sukar dirawat, serta memerlukan jumlah ubat yang lebih banyak dan masa lebih lama untuk pulih.



Sebagai orang awam dan ibu bapa, kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada dengan setiap ubat yang kita perolehi daripada klinik atau hospital. Sebab itulah ilmu asas perubatan ini kita perlu tahu, taklah kita terima semuanya bulat-bulat tanpa fikir kesan jangka panjang terhadap kesihatan kita. Betul ke betul?

Adakah antibiotik diperlukan?

Hendaklah terdapat bukti atau syak yang kuat bahawa ejen penyebab penyakit adalah disebabkan oleh mikroorganisma atau kuman yang menyebabkan tanda-tanda dan gejala jangkitan, serta harus ada keputusan makmal yang positif terhadap mikroorganisma tersebut.

Jenis antibiotik yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan doktor yang merawat anda terhadap jenis organisma atau kuman yang paling biasa dan kerap menyebabkan penyakit-penyakit tertentu. Mengetahui mengenai jenis organisma yang biasanya menyebabkan penyakit tertentu juga bermakna kecenderungan mengetahui jenis antibiotik yang terbaik untuk mengubati penyakit tersebut.

Spektrum Ubat Antibiotik

Spektrum ubat antibiotik adalah rangkaian pelbagai jenis organisma yang dapat dirawat dengan menggunakan ubat antibiotik tersebut. Memilih spektrum antibiotik yang sesuai bergantung kepada banyak faktor seperti  tahap teruknya penyakit tersebut, mikroorganisma yang terlibat dan sama ada pesakit mempunyai faktor-faktor kesihatan yang lain seperti mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lain-lain.


Kos yang efektif

Memilih antibiotik yang salah atau memberi antibiotik yang tidak diperlukan akan menyebabkan peningkatan kos penjagaan rawatan kesihatan (kos keseluruhan dan kos-kos antibiotik yang disebabkan oleh kegagalan rawatan dan kesan sampingan yang berkaitan dengan penggunaan ubat yang tidak sesuai) yang tidak berpatutan. Manakala, penggunaan antibiotik yang optimum dan bila perlu sahaja, bukan sahaja membawa manfaat dari segi klinikal, malah juga membawa manfaat kepada ekonomi, kerana pesakit dapat sembuh lebih cepat dan kembali ke aktiviti harian sertakerja mereka dengan lebih awal.

Bila dengar tentang kesan sampingan semua rasa takut, tapi percayalah bahawa kita akan diberi antibiotik oleh doktor mengikut keperluan. Jadi, tak perlulah kita risau. In Shaa Allah selamat.

Mengambil antibiotik hanya untuk beberapa hari dan tidak menghabiskan tempoh lengkap antibiotik, akan menyebabkan antibiotik itu hanya mampu membunuh sejumlah kecil bilangan bakteria di dalam badan anda sahaja, atau langsung tiada! Bakteria yang masih hidup di dalam tubuh anda pula akan menjadi lebih kebal terhadap keupayaan antibiotik. Bakteria-bakteria yang kebal rintangan ini pula akan merebak ke ahli masyarakat yang lain.


Apabila bakteria menjadi kebal kepada rawatan barisan pertama, risiko komplikasi dan kematian meningkat. Kegagalan antibiotik barisan pertama untuk merawat penyakit bermakna para doktor perlu menggunakan antibiotik barisan kedua dan ketiga. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan dikaitkan dengan lebih banyak kesan sampingan berbanding dengan antibiotik barisan pertama.

Oleh itu, jika anda mengalami selsema biasa pada masa depan, sila ingat bahawa kemahiran dan pengetahuan doktor anda mengetahui jenis antibiotik yang sesuai, amatlah penting untuk memastikan anda menerima rawatan yang terbaik. Antibiotik hanya perlu dimakan apabila keadaan pesakit memerlukannya. Sebagai seorang pesakit, pengetahuan mengenai keperluan dan kepentingan penggunaan antibiotik yang betul adalah penting untuk membantu dalam memerangi penyalahgunaan antibiotik dan mengelak daripada rintangan antibiotik daripada terus berleluasa.


Jika antibiotik digunakan untuk merawat penyakit di mana ia tidak sepatutnya digunakan, seperti selsema, batuk atau penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus, maka antibiotik tersebut akan menjadi kurang berkesan terhadap bakteria yang sepatutnya ia dapat ubati. Satu lagi faktor penyumbang ke arah masalah rintangan antibiotik adalah pesakit yang tidak mengambil antibiotik mengikut dos dan jangka masa yang betul dan telah ditetapkan.

Sumber: Dr. Hidayatul Radziah Ismawi merupakan Ketua Editor “The Malaysian Medical Gazette”


Kenali Antibiotik Shaklee (GARLIC)


Anda semua mesti nak tahu kan, Shaklee juga ada menghasilkan antibiotiknya yang tersendiri. Mungkin daripada artikel di atas anda masih ragu-ragu tentang kesan sampingan yang bakal diperolehi selepas mengambil antibiotik daripada klinik dan hospital. 

Jadi, untuk menghilangkan keraguan anda tentang antibiotik, saya suka kongsikan bersama anda tentang antibiotik daripada Shaklee ini iaitu Garlic. Ok, jom kita semak betul ke betul Garlic Shaklee ini tidak memberikan kesan sampingan?


Perbezaan Shaklee:

Dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas.
Ia dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil daripada kombinasi dua ekstrak herba (Rosemary dan spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.Setiap dua tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan dua ulas garlic segar.

Manfaat utama:

  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.
  • Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi - Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang Alergi - Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, athma, selsema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.
  • Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2 - 4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum, kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah daripada kemusnahan logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Menurunkan Kolestrol - Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah Kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  • Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita


Dari manakah asal bau Garlic?

Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri daripada bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Inilah asal bau garlic.




Anda ingin hidup ceria dalam berbisnes?
Anda ingin join bisnes yang enjoy tanpa stress?
Anda ingin mendapatkan sumber pendapatan kedua dengan BONUS HEBAT?
Anda ingin menjadi ahli GROUP JUTAWAN dan membina empayar legasi bisnes sendiri seperti saya?

Semuanya ada bersama saya di Golden Dreams....

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat konsultasi percuma selepas pembelian apa-apa sahaja produk Shaklee bersama Azu Naurah, anda bolehlah menghubungi talian hotline ini 012 6705753.

Love,
Azu Naurah
azunaurah@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel