Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Saturday 6 December 2014

Tenang....Bagaimana Untuk Meraihnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Di hari yang indah dan berbahagia ini saya ingin kongsikan bersama anda semua tentang SIFAT TENANG. Banyak persoalan-persoalan yang bermain di minda tentang bagaimanakah untuk mendapatkan sifat ini sedangkan manusia sentiasa diuji.

Jom kita gali satu persatu....
  • Lemah Lembut
Rahmat dan belas kasihan kepada orang yang bersalah serta berlemah lembut dengannya. Firman Allah s.w.t. kepada Nabi-Nya s.a.w. yang bermaksud: 

"Maka disebabkan rahmat daripada Allah jua kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonlah keampunan bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-'Imran 3:159)

Manusia tidak mungkin akan bersatu kecuali atas dasar rahmat dan lemah lembut. Maka wajib kita mendidik diri dan nafsu agar sentiasa redha, sabar, berlembut dan bertolak ansur. Ini adalah sifat asas seseorang insan itu untuk cuba menjadi seorang yang benar-benar bersifat pemaaf.

  • Berlapang Dada
Antara perkara yang dapat menghilangkan kemarahan adalah dengan berlapang dada dan punyai kepercayaan baik terhadap orang lain. Ini boleh menjadikan seseorang itu pemaaf atas kesalahan orang lain.

Berkata bijak pandai:" Sebaik-baik akhlak yang mulia ialah kemaafan daripada orang yang berkuasa dan sifat dermawan orang yang memerlukan."

Nabi Yusuf a.s. berkata kepada saudaranya setelah mereka berada di bawah kekuasaannya, sedangkan mereka dahulu menganiayanya dengan meninggalkan dia di dalam telaga. 

Kata-katanya dirakamkan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dia (Yusuf) berkata: 'Pada hari ini tidak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu) dan Dia adalah Maha Penyayang antara para penyayang." (Surah Yusuf 12:92)

Inilah contoh akhlak agung yang telah diamalkan oleh para rasul dan anbia yang mulia.

  • Menjaga Kemuliaan Diri serta Mempunyai Keazaman dan Semangat yang Tinggi
Apabila seseorang insan itu menjaga dirinya daripada memaki hamun dan mencerca orang lain, ini dengan sendirinya akan mengangkat dirinya daripada martabat tersebut. Ini kerana orang yang tidak menjaga keperibadiannya akan mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, bahkan merendahkan kedudukan dirinya.

Hendaklah kita membiasakan diri menghadapi cercaan. Jangan sembunyikan wajah kita. Hadapilah ia dengan senyuman dan hati yang terbuka. Kita juga hendaklah melatih diri secara amali untuk mengawal kemarahan, bukan sekadar teori dan kata-kata sahaja.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu senang mahupun susah, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali-'Imran 3:134)

  • Mencari Keredhaan Allah
Sesungguhnya melahirkan kemarahan itu perlu bertempat seperti ketika berjuang fi sabilillah, semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. dari segi pahala dan ketinggian darjatnya.

Mu'az bin Anas al-Juhani meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu menahan marah sedangkan dia berkuasa untuk melaksanakannya, Allah s.w.t akan memanggilnya pada hari kiamat kelak di hadapan khalayak ramai serta menyuruhnya memilih bidadari mana yang dikehendakinya." (Riwayat Ahmad)

Oleh itu, janganlah kita menjadi seperti orang yang 'cakap tak serupa bikin!'. Biarlah kemarahan kita itu disandarkan kepada tempat yang betul untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. seperti marah apabila hukum Islam dipermain-mainkan.

  • Tidak Berdendam Malah Mendoakan
Pada kita manusia biasa memang agak sukar untuk mempunyai sifat dendam apatah lagi untuk mendoakan orang yang kita dendami itu. 

Walau bagaimana keadaan sekalipun sahabat-sahabat, sifat dendam itu adalah antara sifat-sifat mazmumah yang perlu kita hindari. Sebagaimana peristiwa Nabi s.a.w. disakiti dan dihina di Taif, iaitu ketika Rasulullah s.a.w. menyeru kaum Thaqif  tetapi mereka tidak menyahut seruan Baginda.

Pada hari itu, Baginda berasa sungguh sedih dan kecewa lalu berjalan membawa diri. Baginda mendongakkan wajahnya ke langit untuk melihat awan yang datang memayunginya secara tiba-tiba.

Di dalamnya, Baginda melihat Jibrail a.s. memanggilnya sambil berkata: "Allah s.w.t. mendengar dan mengetahui apa yang telah kamu lalui. Dan Allah telah menghantar malaikat penjaga gunung untuk kamu pinta apa-apa sahaja yang kamu kehendaki terhadap kaummu."

Lalu malaikat penjaga gunung berseru kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Wahai Muhammad, perintahlah apa sahaja jika kamu mahu aku akan menjatuhkan al-Akhsyabain (dua buah bukit yang besar di Makkah iaitu Bukit Abi Qubais dan Bukit Qaiqa'an) ke atas mereka." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Jangan, tetapi aku memohon kepada Allah s.w.t. agar akan ada daripada kalangan anak cucu mereka nanti yang beriman dan hanya menyembah Allah s.w.t. sahaja." (Riwayat al-Bukhari)

  • Memaafkan Orang Lain
Sesungguhnya hati yang berada dalam dada kita boleh dilatih supaya menjadi kuat dan gagah. Maka latihlah hati kita agar banyak memaafkan, bertolak ansur dalam beberapa hak, tidak terlalu mengikut keinginan hawa nafsu dan cuba memenuhi hati dengan kasih sayang. 

Sekiranya kita mampu untuk menyayangi seluruh makhluk Allah, maka jangan biarkan hati kita berasa sempit kerananya. Bahkan kita akan berasa luas dan lapang dengan kehadiran setiap tetamu baru dalam hati kita. Sesungguhnya hati itu luas dan mencukupi untuk setiap orang yang berhak mendapat tempat di dalamnya.

Ini ada satu tips terbaik...jom kita amalkan...

Pada setiap malam sebelum tenggelam dalam tidur, latihlah nadi hati kita supaya memberi kemaafan, kemudian biarkan mata tertutup lena dalam tidur yang tenang dan mengasyikkan. Maafkan setiap orang yang bersalah terhadap kita, menzalimi kita, memusuhi kita, melanggar hak kita, melupai kebaikan kita, bahkan lebih daripada semua ini. 

Teruskan berdoa dengan ikhlas kepada Allah s.w.t. agar dosa-dosa mereka diampunkan, dibaiki keadaan mereka dan diberi petunjuk kepada mereka. Kita akan dapati kitalah orang yang paling beruntung dan bahagia.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memandang kepada rupa dan harta kamu tetapi memandang kepada hati dan amalan kamu." (Riwayat Muslim no. 2564)

Maka basuhlah hati kita dan bersihkanlah kolam jiwa kita daripada sebarang anasir negatif yang boleh merosakkan hidup kita daripada kebaikan dan ketenangan.


  • Menamatkan Sebab-sebab yang Boleh Membawa kepada Kemarahan
Tenaga yang kita gunakan untuk menjawab orang yang mencerca kita tidak pernah memberi natijah yang baik jika dibandingkan dengan orang yang bersifat diam. 

Sesungguhnya dengan bersikap diam, kita telah menjaga lidah, waktu dan hati kita. Kerana itulah Allah s.w.t. telah berfirman kepada Maryam, ibu Nabi Isa a.s. sewaktu dicerca oleh kaumnya agar berdiam diri dan tidak menjawab cercaan mereka.

"Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: 'Sesungguhnya aku telah bernazar untuk berpuasa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini." (Surah Maryam 19:26)

Oleh itu, usahlah kita hanya sibuk mengeluarkan kenyataan, membalas kata-kata, menjawab dan membantah perkataan orang lain kerana ia hanya akan merosakkan hati dan keburukannya lebih banyak daripada manfaat.

  • Menjaga Maslahah Umum
Menjaga maslahah umum itu boleh membawa manusia kepada penyatuan dalam masyarakat dan menjauhkan daripada perpecahan.

Sepertimana Rasulullah s.a.w. telah memuji cucunya al-Hasan bin Ali r.a. dengan sabdanya yang bermaksud: "Anakku ini adalah sayyid (pemimpin). Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan menjadikannya sebab perdamaian antara dua kumpulan Muslimin (yang bertelagah)." (Riwayat al-Bukhari no. 3629)

Sikap ini terbukti kepada al-Hasan apabila beliau telah menarik diri daripada jawatan khalifah mengganti ayahandanya, Ali bin Abi Talib r.a. dan menyerahkannya kepada Mu'awiyah. Semua ini semata-mata untuk menjaga maslahah (kepentingan) umum iaitu perdamaian.

  • Mengingati Kebaikan Orang Lain Walaupun Sedikit
Sebagai manusia biasa, memang tidak dinafikan betapa kita mudah lupa kebaikan dan jasa seseorang terhadap kita. Hanya dengan sedikit kesilapan dan keburukan yang terjadi, segala kebaikan lain yang sebenarnya lebih banyak dan besar berbanding kesilapan itu akan terhapus dan dilupakan. Manusia mudah lupa dan ingkar nikmat yang diperolehinya. Benarlah kata pepatah, "Panas setahunb akan hilang dek kerana hujan sehari."

Semoga Allah s.w.t. memberi hidayah dan inayat-Nya agar kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur atas nikmat dan rahmat Tuhannya serta tidak lupa terhadap jasa dan kebaikan sesama hamba yang lain.


-Sumber daripada Majalah Solusi Isu no. 31&32

Kita semua berhak untuk meraih ketenangan jiwa dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Hanya dengan ketenangan dapat membantu kita melaksanakan amalan dan pekerjaan lebih berkualiti. Setiap amalan dan pekerjaan yang dilaksanakan dalam keadaan yang gundah gulana, hati gusar, tergopoh gapah dan bermacam-macam lagi sifat negatif maka ia hanya akan mengundang nestapa dan kedukacitaan yang melampau.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah s.w.t. setiap masa agar hati kita sentiasa terjaga dan terpelihara daripada kegelisahan.

"Manfaatkan ilmu untuk kesejahteraan hidup di sana"

Wallahu 'alam.

Salam sayang, 
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel