Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 15 December 2014

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Berkesan

Salam sejahtera kepada pembaca semua. Hari yang indah lagi ceria dengan angin sepoi-sepoi bahasa ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang tips-tips untuk menurunkan berat badan dengan berkesan.

Untuk makluman anda semua, saya yang dikenali sebagai Azu Naurah mempunyai kepakaran untuk membantu ibu-ibu selepas bersalin mengembalikan berat badan ideal dan kekal langsing.

Wow!! memang seronok jika kita dapat sahut cabaran ini sebenarnya. Tiada yang mustahil, apa yang penting ialah anda mesti mematuhi syarat dan petua-petua yang diperturunkan ini untuk menjamin keberkesanannya ke atas diri anda.

Di antara tips-tips yang ingin saya kongsikan ialah

1. Kunyah makanan lebih lama daripada biasa supaya anda berasa cepat kenyang dan seterusnya dapat mengurangkan pengambilan makanan.


2. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya proses detoks badan anda dapat berjalan dengan lebih baik dan lancar.


3. Elakkan daripada menahan diri daripada makan apabila tiba waktu makan. Ini kerana sebenarnya anda telah menurunkan kadar metabolisma badan anda seterusnya proses detoksifikasi tidak dapat berjalan seperti biasa.

4. Apabila tiba waktu makan, ambillah nasi dalam kadar jumlah yang sedikit supaya anda dapat mengawal nafsu makan dengan sesuka hati.


5. Sekiranya anda terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam dan berasa lapar, elakkan daripada mengambil makanan yang banyak lemak dan berminyak, sebaliknya minumlah air masak ataupun buah-buahan seperti epal dan pisang.

6. Buang tabiat suka makan lewat malam. Sebaik-baiknya ambil makan malam di awal waktu dan pastikan cukup 3 jam selepas makan barulah anda masuk tidur.

7. Kawal pengambilan makanan anda dengan dengan 'protein shakes' supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari. Seelok-eloknya diambil sebelum makan bagi mengurangkan nafsu makan yang melampau.


8. Lakukan pergerakan yang anda suka dan rasa enjoy seperti naik tangga turun tangga, berjalan cepat dan laju, 'skipping', 'sit up' dan 'push up', bermain kejar-kejar bersama anak-anak dan sebagainya . Tidak perlu terlalu skema dengan pergi ke pusat-pusat penjagaan berat badan. Walaupun hanya di rumah, anda pasti boleh mendapatkan berat badan yang ideal. Jika anda punyai waktu lapang, anda digalakkan untuk beriadah di taman permainan atau taman rekreasi.


9. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air berkarbonat (bergas), gula-gula, makanan ringan dan sebagainya

  

10. Pengambilan set slim. Jika anda tergolong dalam golongan yang sukar untuk membuang toksin di dalam badan, maka anda sangat digalakkan untuk mengambil set ini. Secara tidak langsung, dengan suplemen itu nanti dapat membantu anda membakar dan menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan.

  
  

 

 

11. Tingkatkan amalan rohani. Sebagai tanda insan yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian daripada-Nya, luangkanlah masa untuk 'bercakap' dengan-Nya di sepertiga malam. Allah sentiasa mendengar permintaan hamba-Nya. Sujudlah dan rayulah agar anda memiliki ketenangan hati, jiwa dan perasaan untuk melalui proses penurunan berat badan ini. Istiqamahlah dalam amalan, in shaa Allah anda pasti dapat menikmati hasilnya dengan rasa puas hati.


Semoga tips-tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan yang lebih ceria dan sihat bersama keluarga terutamanya untuk suami tersayang. Hargailah diri anda, kerana 'dirimu begitu berharga'. 

Usah dipersia-siakan peluang yang ada dan sentiasa terbuka di depan mata. Selamat mencuba!!

Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat dan kepakaran saya dalam proses penurunan berat badan ideal, hubungi saya di talian tertera. 

Love,
Azu Naurah
012 6705753
(Pakar Berat Badan Ideal Anda)
azunaurah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel