Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Friday 19 December 2014

7 Sebab Kenapa Wanita Suka Slim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah masih dapat menunaikan tanggungjawab untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. Sedar tak sedar kita sedang melangkah ke tahun masihi yang baru iaitu tahun 2015. Semoga segala perancangan hidup kita yang diimpikan akhirnya menjadi kenyataan.

Sebelum tu, cuba anda tanya diri sendiri kenapa aku suka slim???
Haaa...sila jawab dalam hati dengan jujur dan ikhlas tau...

Antara sebab-sebab yang saya perolehi melalui pengalaman sendiri dan melalui bahan-bahan bacaan ialah:

  • Keyakinan Diri yang Tinggi

Apabila kita bercakap tentang keyakinan diri ni sebenarnya ada sebab-sebabnya. Orang akan pandang kita dari atas hingga ke bawah dan dari situ orang akan nilai diri kita. 

Tidak dinafikan orang yang berbadan besar ini sering ditertawakan oleh orang lain. Kadang-kadang sampai dijadikan bahan ketawa. Padahal bukan salah atau jadi dosa pun bila berbadan besar, cuma bagi yang tak suka dipermain-mainkan, ini sangat BAHAYA.

Dengan ini secara tidak langsung boleh membuatkan diri wanita itu berasa rendah diri walaupun petah berbicara di khalayak. Di hadapan orang mungkin dia tak tunjuk tapi di belakang sebenarnya hati bagaikan dirobek dan dihiris-hiris.


  • Mudah untuk mengurus diri
Wanita yang berbadan kurus mudah untuk menguruskan dirinya sendiri. Berjalan jauh pun tidak mengeluh kerana badan terasa ringan. 

Pengalaman saya sendiri berhadapan dengan wanita yang berbadan besar, dia sendiri akui bahawa tumitnya sering sakit disebabkan berat badannya berlebihan.


  • Jimat duit
Dari segi ekonomi, wanita berbadan kurus atau slim ini tidak memerlukan makanan yang banyak untuk kenyang. Cukup hanya sekadar sahaja. Dengan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan duit poket sendiri atau duit poket suami. Untung ke untung?


  • Suami sayang 
Ungkapan sayang daripada suami mungkin sukar untuk didengari, tetapi percayalah bahawa suami sangat sayang pada isterinya yang pandai menjaga badan untuk suami. Urusan suami juga mudah kerana tidak perlu mengeluarkan kos 'maintainance' untuk isteri setiap bulan.

Tambah pula jika isteri dia yang slim ni RAJIN. Haa...sayang sangatlah dia kat awak tu.


  • Saiz ukuran normal
Saiz juga memainkan peranan penting bagi penampilan diri seseorang wanita. Bagi yang bersaiz normal, biasanya akan memakai saiz S, M, L dan XL. Manakala wanita yang berbadan besar memerlukan pakaian yang agak besar saiznya dan kadangkala sukar untuk mendapat pilihan pakaian yang digemari dengan saiz ukuran badan sedia ada. 

Maka dengan ini, terpaksalah sarung sahaja pakaian yang sesuai dengan saiz badan walaupun di hati tidak menepati citarasa.

  • Mengelakkan penyakit
Perkara ini sangat penting untuk semua kaum wanita ketahuinya. Berbadan besar dan gemuk lebih mudah untuk menghidap penyakit kronik jika pemakanan tidak dijaga.

Kebanyakan wanita apabila menikmati makanan kurang untuk beringat tentang kesan yang akan diperolehinya daripada makanan tersebut.



  • Rasa ringan
Wanita slim mudah untuk melakukan sebarang aktiviti riadah seperti sukan lasak. Ini kerana tubuh badan mereka terasa ringan dan aktiviti yang mereka lakukan tidak dibebani dengan berat badan yang berlebihan.

Selain itu, wanita yang yang berbadan besar juga cepat merasa letih dan tidak bermaya untuk membawa diri mereka ke mana sahaja.


Sesungguhnya cantik dan menawan itu sangat subjektif, tetapi slim dan berisi orang tahu membezakannya secara tepat.

Pilihan di tangan anda, jika anda berasa selesa dengan berat badan sedia ada maka jagalah berat itu dengan sebaik-baiknya. 

Saya tidak ada hak untuk mengatakan bahawa orang yang slim adalah orang yang terbaik. Apa yang boleh saya katakan ialah ramai wanita yang inginkan berat badan ideal demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup.

Hubungi saya jika anda merasakan saya mampu untuk membantu anda hidup lebih sihat. 

Salam ukhwah,
Azu Naurah
012 6705753

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel