Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Friday 20 March 2015

KESAN SOYA GMO DAN SOYA NON-GMO

Selamat sejahtera kepada anda semua. Hari ini saya akan kongsikan testimoni hebat daripada diri saya sendiri. Testimoni ini bukan dibuat secara melulu tetapi melalui pemerhatian saya ke atas anak-anak yang saya kandungkan selama 9 bulan.

Dulu semasa mengandungkan zulfa (anak pertama), saya minum soya setiap hari. Disebabkan tidak tahu kesan akibat pengambilan soya GMO yang terlalu banyak, maka anak saya yang pertama mendapat alergi pada kulitnya. Untuk pengetahuan anda semua, masa itu saya terdengar orang kata "kalau nak anak yang lahir tu putih, minumlah soya".

Ya, zulfa lahir dengan kulitnya yang bersih dan gebu serta cerah. Memang betullah tu, tapi rupanya saya tersalah pilih soya dan soya itu adalah soya GMO.

Begitu juga apa yang jururawat pernah beritahu pada kawan-kawan saya bahawa jika minum soya (GMO) terlalu banyak semasa mengandung, anak yang lahir itu bakal mendapat masalah pada kulitnya dan saya sendiri sudah mengalaminya. Ermm..nak buat macamana, saya terlambat dapat info tu.

Apa yang saya perasan, masa zulfa kecil dulu apabila kena gigit nyamuk atau luka-luka kecil, lambat sangat nak baik. Terlalu banyak parut pada tangan dan kakinya. Saya hanya sapu ubat dan letak bedak merah saja untuk hilangkan gatal-gatal pada kulitnya. 

Hanya setelah dia berusia 5 tahun baru saya mengenali Shaklee. Untuk pulihkan lukanya, saya mandikan dia dengan beberapa titik basic H dan sapu Herbal Blend selepas mandi.

Semasa mengandungkan anak yang kedua dan ketiga, saya tidak lagi minum soya setiap hari walaupun pada masa itu saya tidak tahu tentang kesan pengambilan soya GMO. Masa mengandungkan anak yang kedua saya sudah tak kisah tentang kulit anak yang bakal lahir, apa yang saya harapkan ialah dia sempurna dan sihat. Alhamdulillah, badannya sihat dan semangat tapi kulitnya tak secerah si kakak...hehe.



2 tahun kemudian saya mengandungkan anak yang ketiga, pada masa itu saya belum lagi mengenali Shaklee tapi pernah nampak botol-botol vitamin itu di atas meja rakan sekerja. Sehinggalah dia lahir dan berumur setahun setengah barulah saya mengenali Shaklee seterusnya menjadi ahli. Kini, anak yang ketiga masih menyusu badan dan saya peminum tegar soya non-GMO iaitu ESP. Alhamdulillah kulitnya tidak bermasalah malah lebih cerah dan gebu.




Terima kasih kepada Shaklee kerana menyediakan produk terbaik yang diterima ramai masa kini.

Salam ukhuwah, 
Azu Naurah
Boleh hubungi saya untuk testimoni hebat ini...
012 6705753
azunaurah@gmail.com

Thursday 19 March 2015

UBAT PENYEMBUH JIWA

Selamat sejahtera kepada anda yang sentiasa dahagakan ilmu yang bermanfaat sebagai pengisian rohani untuk diri sendiri dan insan lain. Tahniah kerana anda juga telah berjaya memecahkan tembok keegoan untuk mencari ilmu disegenap pelusuk blog yang ada di dunia maya ini.

Perkongsian untuk hari ini adalah berkisar tentang UBAT. Bagaimana ubat berfungsi untuk merawat sesuatu penyakit? Teruskan bersama saya ya...



Kebodohan ialah satu penyakit. Kebodohan memang tidak merosakkan tubuh badan, namun merosakkan hati dan fikiran. Ubatnya ialah ilmu dan ilmu hanya dapat diperoleh jika kita rajin bertanya kepada ahlinya.

Hasan al-Basri berkata, "Pertanyaan adalah setengah daripada ilmu." Berkata Abu Sulaiman al-Ghanawi, "Tanyalah kepada orang pandai, maka engkau akan menjadi pandai sepertinya."



Kaedah tersebut disedari dan dilaksanakan oleh Ibn Abbas. Sejak kecil, beliau sangat rajin bertanya kepada Nabi SAW dan para sahabat Nabi yang lebih tua daripadanya. Beliau bercerita, "Seringkali aku bertanya kepada 30 orang sahabat Nabi tentang satu perkara yang sama."

Sebagaimana kita tidak boleh malu bertanya, kita juga tidak boleh malu berkata, "Saya tidak faham," jika kita memang tidak atau belum memahami sesuatu perkara. Bagi seorang penuntut, sikap ini bukan aib. Malah sikap tidak faham ini merupakan sifat terpuji yang akan bermanfaat untuk dirinya sendiri.

Seseorang yang tidak faham namun enggan bertanya ibarat seorang pesakit yang malu mengaku diri tengah sakit dan enggan meminta ubat. Akhirnya, dia akan terus sakit dan tidak pernah sembuh.

(Petikan daripada buku Ikon Syabab oleh Umar Muhammad Noor)

Bergitulah perumpamaannya, kita tidak boleh berdiam diri tanpa berkata apa-apa sekiranya kita tidak tahu dan tidak faham. Sifat berani juga harus dipupuk dalam diri supaya kita menjadi orang Islam yang kuat bukan sahaja dari segi fizikal malah kuat dari segi emosi dan spiritual juga.



Adakah anda memerlukan ubat hari ini?
Pilihan bijak di tangan anda!
Berubahlah hari ini demi masa depan yang lebih gemilang untuk masa akan datang.

Salam ukhuwah fillah,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com





Tuesday 17 March 2015

5 SEBAB KENAPA WANITA BUNCIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda lebih sihat dan ceria dipagi hari yang indah ini. Apabila bercakap isu kesihatan wanita, pastinya ia berkisar kepada berat badan seseorang. Al- maklumlah, wanita dan berat badan memang tidak dapat dipisahkan. Teruskan membaca perkongsian saya untuk anda fikir-fikirkan.

Kenapa wanita begitu mengambil berat tentang berat badan dirinya sendiri?
1. Untuk kelihatan lebih anggun, slim lagi bergaya
2. Memudahkannya untuk menguruskan diri dan keluarga
3. Tidak mahu mendengar kata-kata orang yang tidak enak untuk didengar
4. Suka dipuji sama ada oleh suami atau orang lain
5. Memudahkannya untuk beribadat




Kenapa wanita akan kelihatan BUNCIT setelah melahirkan anak?
1. Tidak menjaga pengambilan makanan harian
2. Faktor pemakanan
3. Tidak bersenam
4. Kurang minum air
5. Badan kurang cergas

Apabila bercakap tentang pengambilan makanan harian, bukan semua makanan wanita tidak dibenarkan untuk mengambilnya. Tetapi ia lebih kepada pengurangan makanan yang diambil setiap kali menikmati makanan.

Apa yang saya perhatikan, wanita akan makan mengikut seleranya tanpa memikirkan kesan selepas pengambilan makanan yang terlalu banyak setiap hari. Bagi saya, kita bukan sekat untuk wanita makan tetapi kurangkan kadar pengambilan makanan agar kita dapat mengawal nafsu makan kita dengan sebaik-baiknya.


Faktor pemakanan juga penting. Pilihlah makanan yang berkhasiat terlebih dahulu supaya badan kita lebih cergas perut kita mudah untuk menghadamkan makanan yang diambil setiap hari. Selang selikan makanan yang diambil setiap hari seperti makanan yang mengandungi lemak, gula dan kadar kolestrol yang tinggi. Ingat! perut adalah tempat bermulanya sesuatu penyakit. Oleh itu, kawal makanan yang anda ambil setiap hari supaya penyakit tidak mudah menjengah ke dalam diri anda.

Senaman amat penting baik untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Lakukanlah senaman 3 kali seminggu agar badan anda lebih segar dan cergas. Regangan otot mesti dilakukan pada waktu ini untuk memberi kelegaan kepada urat-urat dan sendi-sendi yang sudah lama tidak bekerja.

Luangkanlah masa ini bersama anak-anak dan suami untuk anda menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan serta bebanan kerja. Nikmatilah anugerah alam ciptaan Allah untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Para wanita khususnya para ibu hendaklah minum air kosong dengan secukupnya mengikut jumlah berat badan masing-masing. Caranya mudah saja untuk mengetahui tahap keperluan air pada tubuh seseorang iaitu setiap 25 kg berat anda adalah bersamaan 1 liter air. Contohnya berat badan anda adalah 60 kg bermakna anda hanya memerlukan 2.5 liter air sahaja untuk sehari. Mudah bukan?



Tubuh yang mempunyai masalah dehidrasi akan mudah terdedah kepada masalah-masalah kesihatan yang lain seperti badan letih dan lesu, lemah, tidak lawas, kulit kering dan sebagainya. Hal ini seterusnya akan mengundang kepada kepelbagaian penyakit lain dalam tubuh anda.

Para wanita perlu lebih cergas dan bersemangat dalam menguruskan rutin harian terutamanya dalam menguruskan rumahtangga. Bayangkan jika anda jatuh sakit, seluruh sistem pengurusan di dalam rumah anda akan berubah. Jadi, sebagai wanita yang pentingkan kesihatan anda disarankan untuk mengambil makanan tambahan yang terbaik agar kesegaran tubuh badan anda dapat dikekalkan setiap hari.

Betapa pentingnya diri anda kepada keluarga. Ingatlah bahawa kesihatan wanita perlu dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana diri andalah tunjang kepada kekuatan sesebuah keluarga.
Oleh itu, hargailah diri anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat demi insan tersayang.



Jika anda perlukan makanan tambahan yang TERBAIK, BERKESAN dan diyakini, hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan hadiah ISTIMEWA secara PERCUMA. Niat saya untuk membantu anda lebih sihat dan bahagia akan tercapai sekiranya anda memilih untuk berubah kepada yang lebih baik.

Salam sayang,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com







Sunday 15 March 2015

Cinta dan Pengorbanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tajuk paling hangat apabila bercakap tentang hubungan suami dan isteri. Apa yang paling penting untuk saya kongsikan di sini adalah berkaitan dengan hubungan suami isteri yang semakin berkurang dan hambar hari demi hari.

Sesungguhnya cinta itu memerlukan pengorbanan sama ada pengorbanan dari sudut hati dan perasaan, masa, tenaga, belaian jiwa dan sebagainya. Sebagai pasangan yang sudah diijab kabulkan, pastinya anda inginkan kebahagiaan dan kesejahteraan di dalam rumahtangga bukan?



Saya yakin dan percaya bahawa semua pasangan inginkan yang terbaik untuk diri mereka. Untuk makluman anda semua, usah dibelenggu dengan rasa rendah diri dan rasa kerisauan yang berpanjangan hingga mengganggu hubungan baik antara suami dan isteri.

Justeru, saya menyarankan anda supaya perbanyakkan bertenang dan solat. Solat itu menjadi penghubung kepada kesejahteraan diri anda dan keluarga. Di samping itu terdapat juga cara untuk mengembalikan keharmonian rumahtangga anda yang bagaikan retak menanti belah. Perbaikilah dalaman anda dengan makanan tambahan yang In Shaa Allah mampu memberi kelegaan kepada tubuh anda yang sedang bergolak itu.

VITAMIN CINTA

Bagi yang masih tercari-cari vitamin yang mampu mengembalikan seri di wajah anda suami isteri, saya cadangkan anda untuk mengambil SET VITAMIN CINTA. Ianya mampu memulihkan dalaman anda yang sedang bergolak dan mampu membuatkan anda tersenyum gembira di samping pasangan tercinta.


Vitamin-vitamin tersebut adalah Vivix, ESP, B Complex, Alfalfa, Vitamin E dan Zinc. Niatkan untuk memulihkan keadaan anda dan pasangan, In Shaa Allah ianya dapat membantu meringankan bebanan masalah anda.




Cubalah hari ini dan dapatkan konsultasi PERCUMA dengan setiap pembelian bersama saya. Saya akan berikan khidmat konsultasi berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada. Semua ini akan saya berikan kepada anda dengan cara yang terbaik demi kesejahteraan keluarga anda.

Ingatlah bahawa tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuma bagaimana cara kita untuk memilih jalan yang terbaik bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak itu adalah yang paling utama.

Salam sayang,
Azu Naurah
012 6705753






Suami Makin Sayang

Assalamualaikum semua. Selamat pagi buat anda yang masih menyayangi diri sendiri dan insan tersayang. Kita sebut 'sayang' saja hari ini ok...hehe.

Sebenarnya ada perkongsian menarik buat anda semua tentang 'sayang'. Apa hakikat sayang ini yang sebenar?. Ya, kita mengambil berat dan ambil tahu akan setiap perkara yang dilakukan oleh orang lain dengan rasa penuh cinta ingin menjaga mereka sebaik-baiknya.



Buat para isteri, tentu sekali anda amat menghargai dan menyayangi seorang insan yang bergelar suami dan anak-anak. Tanpa mereka, dirimu pasti akan sepi walau kalian cuba untuk menyembunyikannya.

Berbalik kepada isu sayang tadi, saya ingin bertanya kepada para suami dan juga isteri. Apakah penghargaan yang kalian pernah berikan buat pasangan masing-masing hingga kalian berdua hanya dapat dipisahkan oleh takdir Yang Maha Esa? Sila jawab sendiri dengan jujur dalam hati ya...

Pernahkah kalian terfikir bagaimana untuk memuaskan hati pasangan masing-masing? Jawapannya tentu pernah bukan? Untuk itu saya menyeru kepada semua pasangan agar meneliti setiap pengambilan makanan yang hadir ke dalam perut anda. Dari manakah sumbernya? Adakah ianya benar-benar selamat dan menyihatkan anda supaya kasih sayang anda kekal berpanjangan?



Wahai para isteri, mesti anda semua ingin berikan kasih sayang terbaik buat suami kan? Saya sekadar ingin membantu agar kita semua menjadi insan penyayang sekaligus disayangi oleh suami tercinta. Maklumlah, tugas kita sentiasa berjalan tanpa cuti. Nak tak nak kena jaga dalaman dan juga luaran.

Inilah masanya kita nak menghargai kasih sayang suami pada kita. Jaga dalaman dan luaran dengan cara yang betul dan terbaik. In Shaa Allah, anda pasti teruja. Ramai yang dah cuba dan BERJAYA. Kalau nak tahu anda boleh mencuba hari ini. Anda boleh dapatkan konsultasi percuma bersama saya tapi ada syaratnnya. Nak tau??

Syaratnya ialah anda kena yakin bahawa anda berubah bukan kerana siapa-siapa tetapi ingin berubah untuk si dia demi mendapat keredhaan Allah. Anda kena ingat, taat Allah, taat suami, taat ibu bapa, In Shaa Allah ke syurgalah kita nanti.

Pesanan saya buat anda para isteri yang dikasihi, badan kita tidak boleh ditukar ganti. Inilah kurniaan Allah dari dahulu hingga kini. Manfaatkan masa yang ada selagi anda boleh berbakti. Jika anda benar-benar yakin saya mampu untuk membantu anda, anda boleh hubungi saya secara personal.



Salam ukhuwah,

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com








Tuesday 10 March 2015

RAHSIA KECANTIKAN

Selamat sejahtera semua. Perkongsian yang menarik ini akan saya perturunkan kepada anda semua. Nak tahu?

Hahaha.....Supprise!!

Ok, selama ni kita memang dah makan VITAMIN C, VITALEA, B COMPLEX dan minum ESP. Bagi sesiapa yang belum pernah cuba 4 benda 'best' ni, haaaa...cepat-cepatlah 'grab' sekarang. UNTUNG TAU!

Apa yang sebenarnya saya nak bagi tahu di sini adalah setiap vitamin yang kita ambil ini ada dos-dosnya yang tertentu. Jika terkurang kita ambil, maka kesannya juga kurang, tapi bila kita ambil dalam kuantiti dos yang sangat menepati maka hasilnya memang SUPERB!

AWAS!...jika anda terlebih dos sekalipun atau tersilap ambil vitamin ( jenama Shaklee sahaja ), anda tidak akan mendapat kesan yang buruk. Ini kerana produk Shaklee adalah selamat dan berkesan untuk digunakan atau dimakan.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, saya cadangkan anda mengambil set lengkap ini mengikut dos yang ditetapkan.

Langkah-langkah untuk menjaga kecantikan sedia ada yang Allah kurniakan mudah saja:

1. Minum ESP diawal pagi sebanyak 3 sudu besar sekali minum. Kemudian 3 sudu besar lagi sebelum tidur. Maksimum 9 sudu, tetapi 6 sudu setiap hari sudah mencukupi. Tengoklah nanti, pastinya kulit anda akan lebih halus, mulus dan GEBU.



Sudah setahun saya amalkannya. Hasilnya sangat 'superb!'. Memang terbaik. Bayangkan anda sudah mengambilnya bertahun-tahun, FUHH...memang cun habis!

2. Ambil Vitamin C sebanyak 6 biji dalam masa 1 hari. Tetapi ingat!, sebaik-baiknya telan 2 biji terlebih dahulu sekali makan pada waktu pagi selepas sarapan, 2 biji lagi pada waktu tengahari selepas makan dan 2 biji lagi pada waktu petang atau malam.



Kenapa saya membuat pembahagian ini? Sebenarnya, ia untuk penyerapan yang terbaik kerana vitamin C ini akan terurai melalui air kencing. Jadi, sangat rugi jika kita makan sekaligus. Ingat! semua ni kena ada ilmu tau.

3. Vitalea pula sangat berkesan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kalau dulu selalu picit-picit 'black head' kat hidung tu tapi jika anda amalkan Vitalea, semua itu anda tidak perlu lakukan lagi. Jika ada pun, ia sangat sedikit berbanding jika anda tidak mengambil apa-apa makanan tambahan.



Dos yang sangat efektif adalah sebanyak 4 biji sehari. Saya cadangkan anda ambil 2 biji sekali makan untuk 2 kali sehari. Vitalea sangat mudah larut dan meresap dalam badan walaupun pada zahirnya kita nampak pil ini agak besar. Tak perlu takut kerana ia dijamin selamat dan berkesan.

4. B Complex pula merupakan pelengkap bagi set kesihatan optimum termasuklah juga untuk set kecantikan. Pil ini bukan sahaja sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung malah sangat sesuai untuk kita semua. Tekanan hanya akan memburukkan keadaan. Saya cadangkan anda supaya mengambil B Complex ini sebanyak 4 biji sehari dengan 2 kali pengambilan.


In shaa Allah, anda akan berasa tenang, kurang 'stress' dan 'mood' baik punya. Sebab itulah untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran kita sangat perlukan B complex. Apabila 'mood' baik, mudah untuk kita sentiasa menjaga senyuman dan diri kita akan betul-betul berada dalam keadaan terapi minda yang sangat selesa. Haaa...barulah semua cas-cas positif senang melekat pada kita.

Itulah serba sedikit 4 cara mudah untuk kita semua melengkapkan keperluan nutrisi tubuh kita dengan lebih baik dan berkesan.

Saya akan kongsikan lagi bagaimana 4 jenis makanan tambahan ini akan lebih cepat MERESAP dan BERKESAN pada diri anda.

Tungguuuuuu...

Sekiranya anda ingin mendapatkan set kecantikan ini bersama konsultasi PERCUMA, sila hubungi saya pada bila-bila masa.

Salam ukhuwah,

Azu Naurah
012 6705753






Sunday 8 March 2015

Mencari Kebaikan ESP

Assalamualaikum semua. Selamat bercuti hujung minggu. Seronoknya hari ini sampai menaip pun rasa teruja. Al-maklumlah, sebentar tadi baru terima order dari customer setia yang mahukan Energizing Soy Protein atau namanya yang paling popular ialah ESP.



Wow!!! sangat special bunyinya kan?

Selepas order, customer saya tanya. Apakah kebaikan dan manfaat lain ESP ni selain untuk tenaga?
Ermm...soalan terbaik ni tau!

Baik, saya suka ulang banyak kali manfaat yang bakal kita perolehi daripada ESP ni. Bukan apa, kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

Paling penting, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.



Kini tiba masa yang ditunggu-tunggu. Kalau nak tahu, disebabkan kelebihan ESP inilah ramai customer datang untuk membuat 'repeat order'. Seronok ke seronok?

KEISTIMEWAAN ESP

* Awet Muda: Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

* Baik untuk Hormon: Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

* Baik untuk Prostat: Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

* Kulit Remaja: Meransang semula pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

* Pembekal Tenaga: Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

* Membaiki Pigmentasi: Membaiki masalah masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.



* Membaiki Memori: Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Saya yakin anda pasti teruja, kan?

Jika tadi kita sudah mengetahui kelebihan yang terdapat pada ESP, jadi mari kita perhatikan kesan kekurangan protein dan apakah kepentingannya.

Untuk pengetahuan anda semua, protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.

Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ sehingga boleh membawa kepada kematian.




Nah, betapa pentingnya ESP dalam membekalkan sumber tenaga kepada kita, bukan?

Sebab itulah saya jatuh CINTA dengannya dan stok ESP wajib berada di rumah saya. Rasanya?
Ermmm....sungguh enak tidak terkata. Rasailah dan cubalah hari ini. Pastinya anda akan mendapat kesan TERBAIK setelah selesai satu tin ESP.

Dengan setiap pembelian ESP bersama saya, anda bakal mendapat keistimewaan yang berganda!

Azu Naurah,
012 6705753
azunaurah@gmail.com








Thursday 5 March 2015

Ini ceritaku: HAKIKAT SEBATANG POKOK

Salam sejahtera semua. Menelusuri hari-hari yang indah bersama keluarga tercinta pastinya mengujakan kita semua. Berbalik kepada topik yang akan saya bincangkan di sini adalah mengenai hakikat sebatang pokok.

Ok, sila jawab soalan ini dalam hati ya...

Bagaimana anda melihat sebatang pokok itu dapat hidup dengan subur? Hakikatnya seperti yang kita nampak dengan mata kasar, ia hidup bermula daripada benih kemudian ia mula membesar dan terus membesar.

Persoalan yang timbul pula, adakah pokok ini boleh membesar dan terus membesar begitu sahaja tanpa makanan dan minuman?

Cuba kita perhatikan, sekalipun ia mendapat makanan dan minuman yang mencukupi, adakah ia benar-benar dapat terus hidup subur dengan baik? Sudah tentu ia memerlukan makanan tambahan bukan? Apakah pula bentuk makanan tambahan yang diperlukan oleh pokok ini? Ya, semestinya baja dan tambahan air hujan sangat diperlukan oleh pokok ini.

Bagaimana dengan semburan racun serangga perosak? Adakah ianya benar-benar diperlukan? dan apakah pula kesannya kepada pokok ini?



Ok, sila teruskan membaca ya...

Sebatang pokok yang hidup subur dengan memperolehi makanan tambahan dan air yang mencukupi jika ditambah dengan semburan racun serangga perosak, pasti kualiti daun atau buah yang dihasilkan tidak seperti pokok lain yang hanya mendapat makanan tambahan dan air yang mencukupi.

Sebatang pokok yang sihat, ianya memerlukan baja dan siraman air yang mencukupi secara berjadual. Bertunjangkan akar yang kuat dan sihat, sudah tentu pokok itu akan mengeluarkan serta menghasilkan rimbunan daun yang menghijau dan buah yang sempurna.



Apabila sampai masanya, dedaunan yang menghijau tadi akan bertukar menjadi kekuning-kuningan dan buah-buah yang masak ranum akan bertukar menjadi busuk (jika tidak dipetik) yang akhirnya akan berguguran dengan sendirinya.

Begitulah hakikatnya kitaran sebatang pokok.

Bagaimana pula dengan manusia? Manusia juga mempunyai proses tumbesarannya sendiri dengan memerlukan makanan dan minuman yang mencukupi.

Adakah hanya dengan makanan dan minuman asas sahaja manusia sudah benar-benar cukup sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit?

Sebenarnya, manusia juga memerlukan makanan tambahan dan air yang mencukupi untuk dia kekal sihat bertenaga. Bahan-bahan radikal bebas yang manusia tidak boleh lihat dengan mata kasar boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang itu menurun dan menjadi lemah.

Jika dalamannya sihat, maka luarannya juga akan terpancar ceria dan bertenaga diwajahnya.

Anda ingin terus menjaga kesihatan yang dikurniakan Allah ini dengan sebaik-baiknya?

Anda ingin terus membantu diri sendiri, keluarga, sanak saudara atau sesiapa sahaja dalam bidang kesihatan?

atau

Anda juga mungkin ingin mengubah nasib hidup anda kepada yang lebih baik daripada sekarang?

Jom sertai saya untuk kita sama-sama meningkatkan tahap kesihatan serta tahap kewangan kita hingga ke tahap yang tertinggi bagi merealisasikan impian yang ingin kita kecapi.



Tiada yang mustahil melainkan dengan izin Allah. Semua kekuasaan terletak hanya pada-Nya. Yakinilah bahawa hanya Dia sahaja tempat bergantung dan memohon pertolongan.

Salam sayang,

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel