Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Tuesday 17 March 2015

5 SEBAB KENAPA WANITA BUNCIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda lebih sihat dan ceria dipagi hari yang indah ini. Apabila bercakap isu kesihatan wanita, pastinya ia berkisar kepada berat badan seseorang. Al- maklumlah, wanita dan berat badan memang tidak dapat dipisahkan. Teruskan membaca perkongsian saya untuk anda fikir-fikirkan.

Kenapa wanita begitu mengambil berat tentang berat badan dirinya sendiri?
1. Untuk kelihatan lebih anggun, slim lagi bergaya
2. Memudahkannya untuk menguruskan diri dan keluarga
3. Tidak mahu mendengar kata-kata orang yang tidak enak untuk didengar
4. Suka dipuji sama ada oleh suami atau orang lain
5. Memudahkannya untuk beribadat




Kenapa wanita akan kelihatan BUNCIT setelah melahirkan anak?
1. Tidak menjaga pengambilan makanan harian
2. Faktor pemakanan
3. Tidak bersenam
4. Kurang minum air
5. Badan kurang cergas

Apabila bercakap tentang pengambilan makanan harian, bukan semua makanan wanita tidak dibenarkan untuk mengambilnya. Tetapi ia lebih kepada pengurangan makanan yang diambil setiap kali menikmati makanan.

Apa yang saya perhatikan, wanita akan makan mengikut seleranya tanpa memikirkan kesan selepas pengambilan makanan yang terlalu banyak setiap hari. Bagi saya, kita bukan sekat untuk wanita makan tetapi kurangkan kadar pengambilan makanan agar kita dapat mengawal nafsu makan kita dengan sebaik-baiknya.


Faktor pemakanan juga penting. Pilihlah makanan yang berkhasiat terlebih dahulu supaya badan kita lebih cergas perut kita mudah untuk menghadamkan makanan yang diambil setiap hari. Selang selikan makanan yang diambil setiap hari seperti makanan yang mengandungi lemak, gula dan kadar kolestrol yang tinggi. Ingat! perut adalah tempat bermulanya sesuatu penyakit. Oleh itu, kawal makanan yang anda ambil setiap hari supaya penyakit tidak mudah menjengah ke dalam diri anda.

Senaman amat penting baik untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Lakukanlah senaman 3 kali seminggu agar badan anda lebih segar dan cergas. Regangan otot mesti dilakukan pada waktu ini untuk memberi kelegaan kepada urat-urat dan sendi-sendi yang sudah lama tidak bekerja.

Luangkanlah masa ini bersama anak-anak dan suami untuk anda menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan serta bebanan kerja. Nikmatilah anugerah alam ciptaan Allah untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Para wanita khususnya para ibu hendaklah minum air kosong dengan secukupnya mengikut jumlah berat badan masing-masing. Caranya mudah saja untuk mengetahui tahap keperluan air pada tubuh seseorang iaitu setiap 25 kg berat anda adalah bersamaan 1 liter air. Contohnya berat badan anda adalah 60 kg bermakna anda hanya memerlukan 2.5 liter air sahaja untuk sehari. Mudah bukan?



Tubuh yang mempunyai masalah dehidrasi akan mudah terdedah kepada masalah-masalah kesihatan yang lain seperti badan letih dan lesu, lemah, tidak lawas, kulit kering dan sebagainya. Hal ini seterusnya akan mengundang kepada kepelbagaian penyakit lain dalam tubuh anda.

Para wanita perlu lebih cergas dan bersemangat dalam menguruskan rutin harian terutamanya dalam menguruskan rumahtangga. Bayangkan jika anda jatuh sakit, seluruh sistem pengurusan di dalam rumah anda akan berubah. Jadi, sebagai wanita yang pentingkan kesihatan anda disarankan untuk mengambil makanan tambahan yang terbaik agar kesegaran tubuh badan anda dapat dikekalkan setiap hari.

Betapa pentingnya diri anda kepada keluarga. Ingatlah bahawa kesihatan wanita perlu dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana diri andalah tunjang kepada kekuatan sesebuah keluarga.
Oleh itu, hargailah diri anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat demi insan tersayang.



Jika anda perlukan makanan tambahan yang TERBAIK, BERKESAN dan diyakini, hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan hadiah ISTIMEWA secara PERCUMA. Niat saya untuk membantu anda lebih sihat dan bahagia akan tercapai sekiranya anda memilih untuk berubah kepada yang lebih baik.

Salam sayang,
Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel