Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Saturday 8 November 2014

Perut Kempis Penampilan Menawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua yang rajin bertandang ke sini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Hari ini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang topik penampilan diri yang anggun lagi menawan. hahaha...tajuk ni bukan untuk kenakan sesiapa tau tapi lebih kepada penjagaan kesihatan diri.

Semua orang sayang akan tubuh badan masing-masing dan mahukan penampilan yang menarik. Jika kita lihat sesuatu yang tidak kena pada tubuh, pasti kita akan bertindak pantas untuk lakukan sesuatu. Betul ke betul?

Bagaimana untuk tampil 'segak dan menarik?'

Jom saya bagi tips-tipsnya...Oh ya, dengan syarat anda semua kenalah ikut dan amalkan barulah ada kesan.


1. Jaga Ibadah Solat
Saya yakin ramai dah tahu sebagai orang Islam yang sejati mesti anda semua tak pernah tinggal solat kan...Alhamdulillah. Berkenaan dengan jaga ibadah ni bukan sahaja ibadah solat fardhu 5 waktu tapi lebih daripada itu.

Antaranya melakukan solat-solat sunat seperti tahajud, taubat, hajat, witir, dhuha, solat-solat sunat qabliyah dan ba'diyah. In shaa Allah jika anda konsisten melakukan ibadah ini, saya pasti anda akan terasa ringannya badanku dan eh....perutku semakin selesa. Cubalah....


2. Riadah
Riadah juga amalan sunnah sepertimana Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita supaya berenang, menunggang kuda dan memanah. Tambahan pula zaman sekarang sudah banyak ilmu sukan yang boleh kita pelajari dan amalkan dalam kehidupan harian.

Bukan hanya sekadar beriadah dan bersukan mengikut musim-musim tertentu sahaja, kita boleh amalkan riadah bersama keluarga sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Aktiviti ini memang sangat menyeronokkan jika kita pandai untuk mengurus masa dengan baik.


3. Jaga Pemakanan
Bercakap tentang soal pemakanan, adalah disarankan supaya kita makan mengikut keperluan tubuh secukupnya. Ingat ya, secukupnya bukan sesedap rasa. Haa...lain kan...Perut kita juga ada hadnya untuk menerima seberapa banyak jumlah makanan dalam satu-satu masa.

Oleh itu, sentiasa beringat dan berpada-padalah dalam mengambil makanan setiap hari. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yng bermaksud," Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang". Saya sangat yakin jika kita konsisten memahami konsep pengambilan makanan mengikut anjuran Rasulullah s.a.w. pasti cita-cita anda untuk mengempiskan perut dan tampil menawan tidak kecundang.


4. Elakkan Tidur Selepas Asar
Bagi anda yang bekerja dan keletihan selepas pulang dari tempat kerja, usah amalkan cara hidup begini iaitu tidur selepas waktu asar. Lebih malang lagi jika anda tidur dari waktu Asar hingga masuknya waktu Maghrib dan bangun selepas masuknya waktu Isyak.

Astaghfirullah al'azim, Asar dan Maghrib entah ke mana dan solat Isyak juga belum tentu anda laksanakan. Ingat ya, kita hidup di dunia ini berTuhan jadi pastikan kita tunaikan hak Allah terlebih dahulu sebelum kita mahukan hajat kita dimaqbulkan. Sekadar peringatan ikhlas untuk kita sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan sihat.


5. Elakkan Stress
Apa yang saya perhatikan, ramai di antara kita apabila Allah uji dengan sedikit tekanan maka ramailah yang akan makan mengikut hawa nafsu. Kononnya untuk hilangkan stress padahal perlakuan itu hanya akan mengundang padah dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit lain yang lebih kronik dek kerana makan makanan yang tinggi kalori tanpa sedar.

Saya juga mengingatkan diri sendiri sebenarnya. Kita masih ada Allah, kenapa kita seksa badan dan jiwa kita ke arah sesuatu perkara yang sia-sia dan boleh merosakkan diri? Semua itu saya serahkan kepada diri masing-masing untuk menjawabnya.

Saya juga akui, semua orang akan mengalami stress bilamana ada satu tekanan yang mendesak dan kadang-kadang kita tak mampu untuk menghadapinya. Bagi menangani permasalahan ini, saya cadangkan kepada anda supaya serahkan segala-segala yang terbuku dan tersirat di hati kepada pemilik langit dan bumi kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah s.w.t. Hati tenang, jiwa tenteram dan badan pun akan sihat.


6. Puasa Sunat
Bercakap tentang puasa ni, saya juga ingin mengingatkan sahabat-sahabat supaya kita berpuasa sunat bukanlah semata-mata untuk kurus atau kempiskan perut. Sebaik-baiknya niatlah dulu ikhlas kerana Allah s.w.t. dan kita tahu apabila sedang berpuasa kita dapat melatih diri daripada tabiat suka makan yang keterlaluan.

Mudah-mudahan dengan cara begini juga dapat melatih jiwa kita untuk lebih mengingati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Kita sendiri juga tahu bukan kesan penampilan tubuh kita setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, jadi tips berpuasa sunat juga sangat berkesan kepada tubuh kita di samping dapat mendidik hati dan jiwa ke arah kebaikan.


7. Pengambilan Set Slimming
Apa yang bestnya set slimming Shaklee ni, kita bukan saja dapat manfaat untuk kurus dan kempis perut semata-mata malah kita juga akan dapat manfaat lain yang sangat berharga seperti jantung sihat, badan rasa ringan dan bertenaga, otak cerdas, kulit cantik, kolestrol jahat tiada dan banyak lagilah.

Apakah produk yang terdapat dalam Set Slimming Shaklee?
Untuk pengetahuan anda, untuk Set Slimming Shaklee ini saya cadangkan anda mengambil Cinch Shake, ESP, Alfalfa, Herblax, Omega dan Lecithin.



Saya adalah pengamal set ini, Oppss jangan ingat saya ni gemuk ya, tapi saya ambil ini supaya badan saya sentiasa ringan, bertenaga dan segar sentiasa. Oh ya, lagi satu perut pun KEMPIS dan SLIM je...

Di samping itu, dengan pengambilan set slimming ini secara konsisten dapat membantu tahap kesihatan anda kepada yang lebih baik dan sihat.

Oh ya, dapat BONUS kulit cantik, gebu dan licin lagi tu. Segala toksin di dalam badan dapat dikeluarkan dengan baik tanpa proses yang menyakitkan.

Setakat ini dahulu perkongsian daripada saya. Saya doakan anda semua sihat sejahtera hendaknya.

Salam ceria semua,

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com






2 comments:

  1. Terima kasih..
    Artikelnya sangat bermanfaat dan membantu sekali..
    untuk mempersiapkan kelahiran bayi pasi butuh perlengkapan bayi misalnya kaos kaki anak tapi untuk belanjan perlengkapan bayi yang murah tau gak tempatnya?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Iazu iana...
      Untuk dapatkan barang keperluan bayi yang murah saya cadangkan kamu pergi terus ke hyper market kerana di situ sangat banyak pilihan.

      Semoga selamat melahirkan bayinya ya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel