Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Tuesday 11 November 2014

Berat badan Ideal

Selamat sejahtera dan salam bahagia buat semua teman-teman yang sudi menjengah ke blog azunaurah. Hari yang indah penuh semangat untuk saya berbicara tentang berat badan.

Di rumah saya tak ada alat penimbang tau tapi syukur sangat saya dapat kekalkan berat badan seperti biasa masa zaman-zaman muda remaja. Nak tahu berapa berat badan saya? Eh...tak perlulah kot..tengok gambar pun dah tau kan...hehe


Oklah sebenarnya saya nak share info penting yang anda semua perlu tahu dan ambil berat kerana ia melibatkan tahap kesihatan kita. Kalau anda masih tak perasan lagi kenapa saya katakan KESIHATAN itu sangat penting, jom selami tulisan saya ini hingga ke penghujungnya.

Berat badan yang berlebihan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Di samping itu pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam juga merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.


Nampak tak? Faktornya adalah LEMAK. Isshh...andainya kita boleh nampak berapa banyak lemak yang terkumpul dalam badan kita, mesti kita TAKUT nak makan makanan yang sebarangan kan. Pernah siang ayam? Haaa....lebih kurang macam tu lah agaknya kan lemak kita semua.

BMI (Body Mass Index) atau dikenali sebagai Indeks Jisim Tubuh dalam Bahasa Melayu merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul.

Setiap orang tak sama berat badannya walaupun mempunyai umur yang sama. Jadi bagaimana nak tahu berat badan yang sesuai dengan ketinggian kita? Ok, jom kita kira sama-sama...

Cara Pengiraan Berat Indeks Tubuh Anda ( BMI )




Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan masing-masing.


Oleh itu, kita sangat digalakkan untuk mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian dan ia merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik. Wah! bestnya kalau berat badan sentiasa 'maintain'...barulah nak buat aktiviti pun rasa SERONOK je...

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.64 m Mula-mula, darabkan 1.64 m dengan 1.64m bersamaan 2.6896  Kemudian bahagikan 55 dengan 2.6896 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 20.4 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

Dengar dan sebut je OBESITI mesti kita semua tak nak kan...bukan apa, andainya kita diberi pilihan untuk hidup dalam keadaan yang sihat dan selesa, kenapa tidak memilih untuk hidup dalam keadaan yang membebankan.

Secara normalnya, kita perlu memastikan bahawa BMI kita mencapai antara 20-24.9 bagi mencapai tahap kesihatan jisim tubuh yang baik. Elakkan juga dari makan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi.


Sesuatu yang perlu diingat bahawa pengiraan BMI hanya boleh diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun sahaja kerana golongan ini mempunyai saiz dan komposisi tubuh yang lebih stabil.

Sekarang dah tahu cara kira dan berat badan yang sesuai, jadi kekalkanlah ye. Saya doakan anda semua sihat dan selesa untuk menjalani kehidupan harian. Bagi sesiapa yang sedang dan akan berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal, saya doakan juga semoga anda terus BERANI cabar diri bagi mendapatkan hasil sepertimana yang diingini.

Jika anda ingin kelihatan kurus dan langsing, boleh terus hubungi saya...


Salam ukhwah...

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel