Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Friday 21 November 2014

Percutian Menarik!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Sempena cuti sekolah akhir tahun ni saya yakin anda semua sangat teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk menghabiskan masa bersama keluarga ke tempat-tempat percutian yang menarik samada di dalam atau di luar negara.


Tidak kurang hebat juga jika anda menghabiskan cuti bersama keluarga di kampung. Ini kerana di kampung juga banyak tempat-tempat menarik yang mungkin belum anda pernah nikmati sepanjang tinggal di bandar.

Apa-apapun Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan hidup di muka bumi ciptaan Allah bersama keluarga tercinta.

Suka di sini ingin saya kongsikan bersama anda tentang adab-adab sebelum musafir. Wah!!! Bunyinya macam nak pergi padang pasir pulak...hehe...Musafir ni dalam Bahasa Arab, dalam Bahasa Melayu disebut orang yang berjalan ke suatu tempat atau orang yang mengembara.


Adab Sebelum Musafir

Pertama sekali apa yang perlu kita pelajari dan ketahui bahawa adab ini yang membezakan antara musafir orang Islam dengan musafir orang bukan Islam. Alangkah indahnya hidup dalam agama Islam kerana kita semua dipandu dan dipimpin untuk menjadi khalifah Allah yang bertaqwa.

Di antara adab-adabnya ialah:
  • Niat yang baik. Setiap perjalanan yang disertakan dengan niat yang ikhlas akan membuahkan pahala dan dinilai sebagai ibadah.
  • Tidak bermusafir dengan tujuan maksiat.
  • Lakukan istikharah. Meminta petunjuk daripada Allah dalam setiap perkara mubah (harus) yang dilakukan adalah antara adab yang amat dianjurkan dalam Islam.
  • Musyawarah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ".....jika ia meminta nasihat, maka berikanlah nasihat kepadanya." (Riwayat Bukhari dan Imam Ahmad)
  • Melunaskan semua hak-hak manusia yang terbeban pada seseorang. Jika ada hutang maka langsaikanlah dahulu dan jika ada amanah maka kembalikanlah kepada pemiliknya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum hijrah. Selain itu juga, mohonlah juga kemaafan daripada mereka yang berkenaan.
  • Meminta izin. Seorang anak hendaklah meminta izin kedua-dua orang tua atau penjaganya, manakala seorang isteri pula perlu meminta izin daripada suaminya.
  • Berwasiat amat dianjurkan melalui sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidaklah dibenarkan seorang Muslim yang memiliki sesuatu untuk diwasiatkannya, ia bermalam dua malam melainkan wasiat itu sudah tertulis di sisinya." (Muttafaqun 'alaih) Jika berwasiat digalakkan dalam keadaan bermukim, maka apatah lagi dalam keadaan bermusafir, ia lebih-lebih lagi digalakkan.
  • Melantik orang yang menguruskan keluarga yang terdiri daripada orang yang boleh dipercayai dan meninggalkan nafkah yang mencukupi untuk keluarga yang ditinggalkan.
  • Mempersiapkan diri dan bekal serta membawa wang yang secukupnya sehingga tidak perlu meminta-minta daripada sesiapa.
  • Mendoakan keluarga dan saudara mara yang ditinggalkan. Ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w., apabila Baginda ingin meninggalkan ahli keluarganya, Baginda mendoakan: "Aku menitipkan kalian kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya." (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Seandainya kita tidak dapat menuruti kesemua adab-adab bermusafir di atas, buatlah mana yang termampu. Selain itu kita juga sangat digalakkan untuk solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan dan kemudiannya diiringi dengan doa ketika menaiki kenderaan.



Selamat bercuti dan semoga perjalanan anda semua selamat tiba dan pulang ke destinasi masing-masing dengan hati yang gembira.

Salam ukhwah, 

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel