Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Friday 28 November 2014

Doa Jangan Minta Disegerakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda semua dilindungi Allah dan sentiasa beroleh rahmat daripada-Nya.

Ok, hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya sangat yakin ramai dah tahu dan mungkin ada juga yang baru tahu. Tajuk harini berkaitan dengan doa. Sedar tak sedar setiap hari kita berdoa, mohon pada Allah dan minta apa-apa pun semua melalui-Nya.


Pernah ke pernah terlintas di fikiran kita, setiap kali berdoa akan terdetik di hati kita yang sebenarnya kita minta doa itu segera atau cepat-cepat dimakbulkan? Atau mungkin juga kita berputus asa dan menukar doa lain yang lebih mudah dicapai dan dimakbulkan.

Jika anda pernah lalui situasi begini, beristighfarlah dan ambil masa untuk renung sejenak.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Kuperkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.”
(Surah Ghafir 40:60)

Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah menyatakan dalam risalah Qushairiahnya: “Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan.”


Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya.

Bilakah doa hendak dimakbulkan?

Semua insan inginkan semua doa-doanya dimakbulkan Allah. Ada yang berdoa kerana inginkan anak, inginkan kejayaan, inginkan rumah besar, inginkan kerjaya yang bergaji besar dan macam-macam lagi permintaan yang kita semua inginkan. Memang tidak salah untuk meminta, mintalah apa sahaja daripada Allah Yang Maha Esa tanpa menyekutukan-Nya.

Syeikh Ibn Athaillah menyatakan di dalam al-Hikam yang bermaksud: “ Jangan berputus asa jika Allah s.w.t. melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.”


Inilah hakikat doa yang kita panjatkan kepada-Nya. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik di sisi-Nya buat makhluk yang tidak berdaya ini. Oleh itu kita sangat dituntut untuk sentiasa berkeyakinan dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menerima segala ketentuan-Nya. Maka bersangka baiklah kita kepada Allah dalam setiap masa dan ketika.

Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam surah Yunus ayat 88 dan 89 yang menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah s.w.t. dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.

Empat puluh tahun berdoa sahabat-sahabat, bayangkanlah betapa lamanya masa yang diambil untuk menghadapi situasi berhadapan dengan Firaun.


Begitu juga dengan doa Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 2 hingga 10 bahawa doa Nabi Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya.

Subhanallah! Maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginan-Nya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaan-Nya dan jangan sekali-kali kita berputus asa. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, ‘Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?” (Muttafaqun ‘alaih)


Justeru itu berdoa dan bersangka baiklah dengan Allah, kerana banyak hikmah yang terselindung di sebalik sesuatu yang kita ingini itu. Wallahu ‘alam.

Salam mesra,

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel