Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Saturday 1 November 2014

Kenapa Tuhan Mengujiku?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua yang sudi bertandang ke sini untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Pernahkah kita terasa begini?

.....apabila diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita.

Sedarlah wahai sahabat-sahabat, bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita dan ingatlah bahawa Tuhan sedang mengajar kita erti IKHLAS dan SABAR.


Kenapa dikatakan ujian ini mendidik kita?

Ya, ujian hidup adalah "guru" yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Hakikatnya ia adalah komunikasi tanpa suara antara Tuhan dengan hambaNya. Sekecil atau sebesar manapun ujian itu, ia tetap datangnya dari Allah dan itulah takdir yang telah ditetapkan untuk kita lalui dan terima.

Sebenarnya ia mempunyai maksud tertentu bagi orang-orang yang mengambil iktibar daripada ujian itu. Disebabkan jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung daripada Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah.

Mulalah datangnya perasaan-perasaan negatif yang bersarang di dalam hati sanubari sehingga menyalahkan orang lain atau takdir Allah. Lebih malang lagi apabila sanggup berdendam dan buruk sangka kepada Allah yang mendatangkan ujian itu. Mudah-mudahan kita dipelihara daripada mendapat penyakit hati seperti ini. Na'uzubillahi min zalik.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Oleh itu, marilah kita sama-sama mencungkil hikmah di sebalik ujian yang menimpa.

Ujian Mendidik Jiwa

Sangat terkesan di hati apabila membaca kenyataan ini "Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Ia bukan untuk menghina kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sampai bila-bila.

Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, sama ada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat bersungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu)."

Bagaimana kita melihat ujian daripada Allah ini? Adakah ia dianggap sesuatu yang positif atau negatif?


Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian, bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya.

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, itulah ganjaran pahala untuk kita. Jika sebaliknya yang kita lakukan seperti merungut, mengeluh, memberontak dan sebagainya maka dosalah yang kita dapat malah akan bertambah-tambah lagi.

Begitulah Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat kerana penderitaan di neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia.


Kita sepatutnya BERSYUKUR andainya kita dihukum di dunia. Ini kerana apabila kita kembali ke akhirat, kita bersih daripada dosa. Adakalanya kita ditimpakan kesempitan hidup, kesakitan, kematian orang yang kita sayang dan lain-lain lagi. Sebenarnya sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang kepada kita. Dari situlah nanti akan tertanamnya rasa kehambaan di dalam hati, sekali gus membuang rasa bangga diri.

Sedarlah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauhmana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita dan semakin hampir kita dengan Allah.

Firman Allah s.w.t.dalam surah Ali Imran; 142 yang bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar."

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Zumar ayat 10 yang maksudnya: "Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab."

Gambar ini hanyalah gambar hiasan semata-mata.

Jadi apakah maksudnya yang tersirat di sebalik ujian ini?

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Sesiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, pasti akhirnya ke syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!

Ujian Kepada Para Rasul

Apakah maksud ujian yang menimpa para nabi dan Rasul, para wali dan kekasih-kekasih Allah?

Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka.

Tatkala Rasulullah s.a.w berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah Baginda, malah mencaci, menghina dan melempari Baginda dengan batu-batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang yang engkar dan melakukan perbuatan keji itu kepada Baginda, tetapi dengan tenang Baginda menjawab:

"Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil."


Demikianlah, orang yang tinggi ketaqwaan dan keimanannya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ini, apabila diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita.

Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita di uji.....

Wallau 'alam....mudah-mudahan kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersabar apabila diuji.

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel