Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Thursday 11 December 2014

Perlukah kita mengambil antibiotik?

Salam sejahtera semua. Pastinya anda ternanti-nanti perkongsian ilmu antibiotik bersama saya hari ini kan. Sebelum itu, saya doakan anda semua sentiasa senyum walau dalam apa jua keadaan yang sedang menimpa anda. Ok, senyum sekarang...hehe.

Sebenarnya saya sendiri kenal antibiotik ni pun sebab selalu doktor akan bagi pada kita dalam set ubat demam. Doktor selalu sarankan supaya antibiotik ini dihabiskan dalam masa seminggu sahaja. Ermmm...tapi kami sekeluarga tak dapat nak habiskan pun antibiotik ni. Bila dah baik demam, segala ubat-ubatan pun tolak tepi.


Saya juga pernah terbaca di dalam artikel sebuah majalah yang menyatakan tentang antibiotik dan kesannya. Cuma apabila hanya membaca sekadar ambil tahu sahaja tanpa mencari maklumat antibiotik secara detail, saya tertanya-tanya kenapakah antibiotik yang dikatakan ada kesan sampingan ini masih tetap diberi oleh doktor?

Ok, jom kita cari jawapannya bersama-sama ya...

Antibiotik merupakan sejenis ubat yang dapat membantutkan pertumbuhan dan memusnahkan mikroorganisma atau kuman. Antibiotik kerap kali digunakan untuk merawat jangkitan penyakit yang boleh didapati di hospital dan juga di kalangan masyarakat. Para doktor dikehendaki untuk menjalankan pemeriksaan klinikal kesihatan yang terperinci seperti mengambil sejarah penyakit pesakit, menjalankan pemeriksaan kesihatan fizikal, dan ujian-ujian kesihatan yang tertentu, untuk mengetahui jenis penyakit yang dihidapi setiap pesakit yang datang kepada mereka.

Jika punca utama tanda-tanda penyakit atau simptom yang terdapat pada pesakit adalah disebabkan oleh jangkitan kuman, doktor itu akan cuba meramal organisma yang menyebabkan jangkitan tersebut dan memilih antibiotik yang paling sesuai untuk memusnahkan organisma yang mungkin menyebabkan jangkitan itu tadi.


Antibiotik akan berkesan jika digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, jangkitan kulat yang tertentu dan beberapa jenis jangkitan parasit yang lain. Walaubagaimanapun, antibiotik tidak akan berkesan untuk merawat jangkitan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus.

Antibiotik tidak sepatutnya diberikan kepada pesakit apabila penyakit itu bukan disebabkan oleh jangkitan  bakteria, seperti apabila pesakit mengalami sakit selsema dan batuk biasa sahaja. Menggunakan antibiotik untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus tidak akan menyembuhkan simptom penyakit tersebut, tetapi ia akan menyebabkan tubuh anda mengalami rintangan kepada antibiotik itu pula!


Telah sedia maklum, penggunaan antibiotik atau penyalahgunaan antibiotik merupakan pendorong utama terjadinya masalah rintangan tubuh terhadap antibiotik. Kini, ia telah menjadi fakta yang tetap dan diiktiraf benar. Oleh itu, semua doktor and pesakit perlu berhati-hati dan mengambil kira beberapa faktor sebelum mengambil antibiotik yang diperskripsikan.

Ada di kalangan pesakit yang mengambil ubat mengikut kelapangan dan ada juga terus berhenti dan tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan atas alasan sudah berasa semakin sihat. Hanya pengambilan kesemua dos antibiotik yang diberikan, mengikut masa ditetapkan akan membunuh kesemua bakteria yang menjangkiti pesakit. Jika pesakit ‘melangkah’ masa yang ditetapkan atau tidak menghabiskan semua dos antibiotik yang diberikan, berkemungkinan akan menyebabkan jangkitan berulang yang lebih teruk.

Ini kerana sebahagian antibiotik yang diambil pada awalnya telah membunuh semua bakteria yang lemah tetapi gagal membunuh bakteria yang lebih ‘tegar’. Kumpulan bakteria yang lebih kuat ini akan membiak semula, mengisi kekosongan yang ditinggalkan bakteria yang telah dibunuh antibiotik, menyebabkan pesakit lebih sukar dirawat, serta memerlukan jumlah ubat yang lebih banyak dan masa lebih lama untuk pulih.



Sebagai orang awam dan ibu bapa, kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada dengan setiap ubat yang kita perolehi daripada klinik atau hospital. Sebab itulah ilmu asas perubatan ini kita perlu tahu, taklah kita terima semuanya bulat-bulat tanpa fikir kesan jangka panjang terhadap kesihatan kita. Betul ke betul?

Adakah antibiotik diperlukan?

Hendaklah terdapat bukti atau syak yang kuat bahawa ejen penyebab penyakit adalah disebabkan oleh mikroorganisma atau kuman yang menyebabkan tanda-tanda dan gejala jangkitan, serta harus ada keputusan makmal yang positif terhadap mikroorganisma tersebut.

Jenis antibiotik yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan doktor yang merawat anda terhadap jenis organisma atau kuman yang paling biasa dan kerap menyebabkan penyakit-penyakit tertentu. Mengetahui mengenai jenis organisma yang biasanya menyebabkan penyakit tertentu juga bermakna kecenderungan mengetahui jenis antibiotik yang terbaik untuk mengubati penyakit tersebut.

Spektrum Ubat Antibiotik

Spektrum ubat antibiotik adalah rangkaian pelbagai jenis organisma yang dapat dirawat dengan menggunakan ubat antibiotik tersebut. Memilih spektrum antibiotik yang sesuai bergantung kepada banyak faktor seperti  tahap teruknya penyakit tersebut, mikroorganisma yang terlibat dan sama ada pesakit mempunyai faktor-faktor kesihatan yang lain seperti mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lain-lain.


Kos yang efektif

Memilih antibiotik yang salah atau memberi antibiotik yang tidak diperlukan akan menyebabkan peningkatan kos penjagaan rawatan kesihatan (kos keseluruhan dan kos-kos antibiotik yang disebabkan oleh kegagalan rawatan dan kesan sampingan yang berkaitan dengan penggunaan ubat yang tidak sesuai) yang tidak berpatutan. Manakala, penggunaan antibiotik yang optimum dan bila perlu sahaja, bukan sahaja membawa manfaat dari segi klinikal, malah juga membawa manfaat kepada ekonomi, kerana pesakit dapat sembuh lebih cepat dan kembali ke aktiviti harian sertakerja mereka dengan lebih awal.

Bila dengar tentang kesan sampingan semua rasa takut, tapi percayalah bahawa kita akan diberi antibiotik oleh doktor mengikut keperluan. Jadi, tak perlulah kita risau. In Shaa Allah selamat.

Mengambil antibiotik hanya untuk beberapa hari dan tidak menghabiskan tempoh lengkap antibiotik, akan menyebabkan antibiotik itu hanya mampu membunuh sejumlah kecil bilangan bakteria di dalam badan anda sahaja, atau langsung tiada! Bakteria yang masih hidup di dalam tubuh anda pula akan menjadi lebih kebal terhadap keupayaan antibiotik. Bakteria-bakteria yang kebal rintangan ini pula akan merebak ke ahli masyarakat yang lain.


Apabila bakteria menjadi kebal kepada rawatan barisan pertama, risiko komplikasi dan kematian meningkat. Kegagalan antibiotik barisan pertama untuk merawat penyakit bermakna para doktor perlu menggunakan antibiotik barisan kedua dan ketiga. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan dikaitkan dengan lebih banyak kesan sampingan berbanding dengan antibiotik barisan pertama.

Oleh itu, jika anda mengalami selsema biasa pada masa depan, sila ingat bahawa kemahiran dan pengetahuan doktor anda mengetahui jenis antibiotik yang sesuai, amatlah penting untuk memastikan anda menerima rawatan yang terbaik. Antibiotik hanya perlu dimakan apabila keadaan pesakit memerlukannya. Sebagai seorang pesakit, pengetahuan mengenai keperluan dan kepentingan penggunaan antibiotik yang betul adalah penting untuk membantu dalam memerangi penyalahgunaan antibiotik dan mengelak daripada rintangan antibiotik daripada terus berleluasa.


Jika antibiotik digunakan untuk merawat penyakit di mana ia tidak sepatutnya digunakan, seperti selsema, batuk atau penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus, maka antibiotik tersebut akan menjadi kurang berkesan terhadap bakteria yang sepatutnya ia dapat ubati. Satu lagi faktor penyumbang ke arah masalah rintangan antibiotik adalah pesakit yang tidak mengambil antibiotik mengikut dos dan jangka masa yang betul dan telah ditetapkan.

Sumber: Dr. Hidayatul Radziah Ismawi merupakan Ketua Editor “The Malaysian Medical Gazette”


Kenali Antibiotik Shaklee (GARLIC)


Anda semua mesti nak tahu kan, Shaklee juga ada menghasilkan antibiotiknya yang tersendiri. Mungkin daripada artikel di atas anda masih ragu-ragu tentang kesan sampingan yang bakal diperolehi selepas mengambil antibiotik daripada klinik dan hospital. 

Jadi, untuk menghilangkan keraguan anda tentang antibiotik, saya suka kongsikan bersama anda tentang antibiotik daripada Shaklee ini iaitu Garlic. Ok, jom kita semak betul ke betul Garlic Shaklee ini tidak memberikan kesan sampingan?


Perbezaan Shaklee:

Dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas.
Ia dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil daripada kombinasi dua ekstrak herba (Rosemary dan spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.Setiap dua tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan dua ulas garlic segar.

Manfaat utama:

  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.
  • Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi - Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang Alergi - Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, athma, selsema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.
  • Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2 - 4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum, kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah daripada kemusnahan logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Menurunkan Kolestrol - Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah Kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  • Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita


Dari manakah asal bau Garlic?

Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri daripada bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Inilah asal bau garlic.




Anda ingin hidup ceria dalam berbisnes?
Anda ingin join bisnes yang enjoy tanpa stress?
Anda ingin mendapatkan sumber pendapatan kedua dengan BONUS HEBAT?
Anda ingin menjadi ahli GROUP JUTAWAN dan membina empayar legasi bisnes sendiri seperti saya?

Semuanya ada bersama saya di Golden Dreams....

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat konsultasi percuma selepas pembelian apa-apa sahaja produk Shaklee bersama Azu Naurah, anda bolehlah menghubungi talian hotline ini 012 6705753.

Love,
Azu Naurah
azunaurah@gmail.com


1 comment:

  1. The above article has copy pasted from an article belonging to The Malaysian Medical Gazette. No reposting of content is allowed. Kindly take down the article or omit all passages taken from The Malaysian Medical Gazette immediately before further action is taken.

    -Dr Hidayatul Radziah Ismawi (Chief Editor, The Malaysian Medical Gazette)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel