Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Tuesday 16 September 2014

Ekzema, Apakah puncanya?

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang ekzema. Apakah yang dimaksudkan dengan ekzema ini?

KULIT merupakan tisu nipis yang membaluti tubuh manusia dan merupakan antara bahagian badan yang cukup sensitif terhadap perubahan atau tekanan alam sekitar.

Ini kerana kulit merupakan organ tubuh yang bersentuhan secara langsung dengan segala hal di luar tubuh misalnya cuaca, sinar matahari atau yang lain.


Hal ini juga membuatkan kulit secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan ada ketikanya diserang penyakit kulit.

Disebabkan keadaan sekeliling serta udara yang dilihat semakin tidak sihat hari ini, pelbagai jenis penyakit kulit atau penyakit berjangkit mampu €˜menghuni tubuh badan yang terdedah.

Antara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah ekzema. Penyakit kulit ini boleh €˜menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, dan kaum.


Menurut kajian, selain ekzema terdapat banyak lagi jenis penyakit kulit seperti dermatis serta alahan dan yang paling ekstrem ialah psoriasis.


Bagaimanapun , penyakit kulit yang biasa dihidapi masyarakat hari ini ialah ekzema di mana satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah.


Keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah pemakanan, persekitaran, penggunaan minyak wangi, penggunaan sabun, dan sebagainya.

€œNisbah satu daripada lima ini kebanyakannya tidak memerlukan rawatan di mana penyakit kulit ini akan datang dan pergi begitu sahaja.

€Begitupun kesemuanya mempunyai satu talian genetik di mana kajian genetik menunjukkan bahawa seorang atau dua daripada ibu bapa boleh memberikan kesan genetik itu.

Apa yang pasti penyakit ini perlu ditanggung seumur hidup di mana tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya.

Untuk pengetahuan semua, rawatan untuk mengubatinya terdapat dalam pelbagai cara dan antaranya ubat steroid bukan sahaja krim tetapi secara oral bagi penyakit kulit yang serius.


Manakala bagi mereka yang hanya sekadar mengalami masalah kulit seperti ruam akibat daripada alahan cukuplah hanya sekadar menggunakan ubat anti histamin.


Namun begitu, kaedah rawatan yang sistematik dapat mengurangkan kesan penyakit itu seterusnya dapat mengelak daripada terus merebak dan menjadi serius atau kronik.


Sehingga kini punca sebenar ekzema tidak diketahui tetapi biasanya dikaitkan dengan alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi, dan sebagainya lagi.


Tentang rawatan pula, ia bergantung kepada tahap keseriusannya dan hari ini terdapat pelbagai produk berada di pasaran dan dalam usaha mengurangkan penggunaan streoid banyak produk berasaskan krim telah pun dikeluarkan.


Bagi pesakit yang menghidap penyakit kulit ini, mereka perlu menyapu krim atau losen pelembab beberapa kali sehari untuk mencegah kulit menjadi kering.

Begitupun, tindak balas terhadap penggunaan krim ini berbeza mengikut individu tersebut.

Apa yang pasti, mereka yang mengalami masalah kulit ini perlulah mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat seperti mengawal pemakanan dan banyakkan senaman.

Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar memilih pemakanan yang sihat dan elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.

Paling penting, pesakit memerlukan penjagaan doktor yang profesional dalam usaha mengawal penyakit kulit tersebut daripada merebak seterusnya menjadi serius dan kronik.

Info yang sangat menarik! Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah, setiap masalah kesihatan yang berlaku seperti ekzema ini tidak lain tidak bukan faktor pemakanan sangat penting untuk kita cegah atau menyahkannya dari tubuh.


Memang betul, tidak dinafikan andai ekzema ini berlaku adalah disebabkan faktor keturunan. Namun, selagi kita boleh mencegah atau merawatinya, usahalah sebaik mungkin asalkan ianya berterusan dan tidak putus asa demi kesihatan insan yang tersayang.


Saya cadangkan kepada anda produk Shaklee yang dapat membantu anda dan mengurangkan masalah yang sering membelenggu fikiran iaitu Vivix, Herblax, DTX Complex, Nutriferon, ESP, Carotomax, Vitamin C SR, Vitamin E, GLA Complex, Collagen Powder, Lecithin, Alfalfa dan Omega Guard. Kesemua ini adalah sangat sesuai untuk orang dewasa dan anda boleh membuat pilihan sendiri.


Bagi pesakit kanak-kanak, dicadangkan untuk anda beri Meal Shake, Chewable Vitamin C dan Omega Guard.


Untuk sapuan luaran sama ada untuk dewasa atau kanak-kanak, bolehlah disapu dengan Krim Herbal Blend Non Paraben.


Setiap pembelian bersama Azu Naurah akan mendapat konsultasi secara percuma pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi

Azu Naurah
012 670 5753


























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel