Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 22 September 2014

Mentor dan bimbingan Shaklee

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogku semua. Ok, petang ni azu nak kongsikan info segera yang pastinya menarik untuk tatapan sahabat-sahabat setiaku semua.

Ramai yang join Shaklee?...betul?

Berapa ramai yang pilih mentor mereka sebelum daftar sebagai ahli Shaklee yang sah?

Ini penting dan tersangat penting ya sahabat-sahabat. Andainya kita memang ingin maju dengan Shaklee, maka CARILAH mentor yang benar-benar hebat yang dapat merubah hidup anda dengan izin Allah.

PETUA MENDAPATAKAN BIMBINGAN MENTOR

Semua orag mahu menjadi lebih baik termasuklah diri kita. Salah satu perkara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan prestasi diri adalah dengan mendapatkan bimbingan daripada pakar yang berpengalaman ataupun dipanggil 'mentor'.

Untuk pengetahuan semua, seseorang mentor berpengalaman dalam sesuatu perkara dan boleh membimbing orang lain untuk mempelajari dan mempraktikkan apa-apa yang telah dilalui sebelum ini.

Ya, dalam Shaklee anda harus bijak untuk memilih mentor yang benar-benar berkaliber untuk membimbing anda menuju ke puncak jaya.







TIP BIMBINGAN MENTOR

1. Memilih mentor
Pilihlah mentor yang anda suka dan diingini. Jangan hanya menerima segala yang diaturkan oleh orang lain. Jika perlu, mintalah daripadanya untuk membuat pilihan sendiri. Tentunya dalam Shaklee telah terbukti bahawa kita sendiri yang memilih untuk berada di bawah bimbingan siapa.

Mentor ialah orang yang bakal membimbing anda. Jika tidak suka kepada mentor tersebut, bagaimana anda hendak dibimbing olehnya?

2. Mentor yang berpengalaman
Pengalaman seorang mentor perlu melebihi pengalaman anda sendiri. Kadang kala orang yang lebih tua daripada anda mempunyai lebih banyak pengalaman. Haa....ISTIMEWANYA Shaklee, mentor anda mungkin seorang yang jauh lebih muda atau lebih berumur daripada anda. Ini bukanlah bermakna yang muda tidak banyak pengalaman tetapi mungkin dia terlebih dahulu mengetahui sesuatu perkara itu melebihi pengetahuan sedia ada anda. Adil kan...??

Selain itu, di dalam sistem Shaklee, seandainya anda layak untuk memotong mentor anda, ia memang dibenarkan. Sungguh unik kerana kita berusaha lebih maka selayaknyalah habuan yang kita terima.

3. Mentor yang merendah diri dan tawaduk
Mentor yang baik bukan seorang yang suka bercakap besar dan berlagak seperti mengetahui semua perkara. Dia akan berfikir sebelum menasihati kerana nasihat tersebut akan memberi kesan yang sangat besar kepada orang lain biarpun dia lebih muda daripada anda.

Yang Tua Dihormati
Yang Muda Disayangi
Barulah hidup aman dan harmoni...tak gitu??

Adakalanya mentor yang baik tidak 'mengajar', tetapi dia akan melontarkan idea dan isu penting supaya dapat difikirkan oleh anda.

4. Mentor yang berjawatan lebih tinggi
Orang atasan biasanya akan dapat melihat suasana organisasi dalam perspektif yang lebih luas. Mereka mempunyai banyak akses maklumat dan aktiviti penting organisasi. Selain itu, jika anda memilih orang yang berpangkat lebih rendah daripada anda, ia hanya akan mengurangkan integriti dan kredibiliti nasihat yang akan diberikan olehnya.

Dalam Shaklee, andainya anda ditakdirkan mendapat mentor yang tidak bersemangat waja seperti anda....anda tidak perlu risau, kerana anda masih lagi mempunyai peluang untuk BERJAYA melalui mentor atasan anda yang lain. Hal ini anda perlu fahami dengan sebaik-baiknya dan sudah terbukti ada insan bertuah yang berjaya tanpa MENTOR yang baik.

5. Mentor yang suka mendidik
Seseorang mentor yang baik mempunyai perasaan untuk melihat kejayaan anda. Baginya, kejayaan anda adalah kejayaannya juga. Elakkan daripada memilih mentor yang mempunyai perasaan iri hati, dengki, tikam belakang dan selalu bersaing secara tidak sihat. Orang seperti ini hanya akan menyusahkan hidup anda.

6. Kepentingan pertemuan pertama
Apakah keperluan dan harapan anda daripada hubungan bersama mentor? Pengetahuan, pengalaman, nasihat, perkembangan dalam karier, naik gaji, naik pangkat, naik 'rank' atau kepuasan bekerja?. Tetapkan seberapa banyak pertemuan yang akan diadakan dan tempoh masa yang diambil untuk setiap pertemuan.

Tetapkan juga garis sempadan hubungan antara anda dengan mentor supaya tidak semua perkara 'dijaga' oleh mentor. Tentukan jangka masa dia akan menjadi mentor anda contohnya adakah selama dua tahun, sehingga anda dinaikkan pangkat, sehingga berhenti kerja atau seumur hidup anda?

Dalam sistem Shaklee, sesuai juga untuk kita praktikkan, betul ke betul? Sudah tentulah kan, sebab takkan kita hanya mahu duduk di takuk yang sama saja. Pastinya kita ingin berjaya seperti mentor dan bersedia untuk menjadi mentor pula.

7. Memastikan hubungan yang kondusif
Tunjukkan komitmen anda terhadap mentor. Hormati jadual waktunya biarpun ketat. Jangan sesekali mengkhianati mentor anda dengan merendahkannya di hadapan orang lain. Sentiasa berterus terang dan bersopan santun ketika berbicara. Tunjukkan penghargaan kepadanya terutama jika anda sudah berjaya mencapai sesuatu yang diingini.

Oh ya....ilmu yang mentor dah beri pada kita tu tentunya sangat bernilai dan kita harus hargai dengan sebaik-baiknya dan mudah-mudahan ilmu itu diberkati.

8. Menentukan cara dan kaedah penilaian
Bagaimanakah cara yang sesuai untuk mentor membuat penilaian terhadap prestasi anda? Cukupkah sekadar memberi komen melalui telefon atau SMS? Atau perlukah diadakan satu sesi khas untuk memberi peluang kepada mentor memberikan penilaian? Tentukan sistem dan kaedah penilaian supaya prestasi anda betul-betul ada peningkatan.

9. Jika hubungan gagal, buat post-mortem
Berbincanglah dari hati ke hati jika hubungan mentor dan menti ini tidak mencapai hasil yang diingini. Bersikap terbuka dan berterus terang sangat penting di peringkat ini. Jika tidak, sampai bila-bila pun tidak akan selesai.

Berterima kasihlah kepada mentor yang berjaya meningkatkan prestasi dan kemampuan anda. Dia telah bersusah payah meluangkan masa dan buah  fikiran untuk anda. Salah satu cara yang baik untuk membalas jasanya iaitu dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada jangkaan orang lain.

Semoga tip-tip yang dikongsi ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk memilih mentor Shaklee yang mampu membawa anda ke puncak jaya.

Anda bersedia untuk menjadikan saya mentor anda?

Ya, pilihan bijak di tangan anda.....selamat memilih!!



Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com







2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel