Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 29 September 2014

Tip Meningkatkan Keyakinan Diri dalam perniagaan



  1. Mulakan berniaga kecil-kecilan. Walaupun berniaga secara kecil-kecilan namun perniagaan itu milik kita sendiri. Jadilah kita Bos kepada diri sendiri.
  2. Yakin bahawa berniaga mulia di sisi Islam
  3. Yakin bahawa perniagaan kita berada di pihak yang benar
  4. Lakukan perniagaan secara sah dan telus
  5. Berterus terang
  6. Definisikan perniagaan anda
  7. Tidak melibatkan diri dengan rakan kongsi yang tidak jelas identiti
  8. Mempunyai lokasi perniagaan yang jelas
  9. Berdisiplin tinggi walaupun perniagaan anda mudah sifatnya
  10. Menetapkan waktu bekerja
  11. Menetapkan hari bekerja dan hari bercuti

Step By Step Memperbaharui Matlamat

Ingin menjadi manusia yang cemerlang atau usahawan yang terbilang? Jom perbaharui matlamat kita setiap hari!

Step 1
Matlamat Perniagaan
                Sebagai usahawan, anda sudah mempunyai matlamat dalam perniagaan? Pastikan anda sudah melengkapkan senarai semak di bawah:
*  Langkah pertama yang perlu dilakukan
*  Perkara yang perlu dibuat pada minggu pertama
*  Sasaran perniagaan pada setiap minggu, bulan, enam bulan dan tahun

Jika setiap hari anda cemerlang, maka setiap minggu anda berpotensi untuk cemerlang. Jika setiap bulan anda cemerlang, maka setiap tahun  anda juga akan cemerlang….In Shaa Allah, begitulah seterusnya.

Step 2
Persediaan Sebelum Hari Esok
                Inilah yang dikatakan RCA setiap hari. Jadi kita focus dan buat sasaran harian serta jadikan ia sebagai doa dan pendorong. Senaraikan sasaran harian untuk hari esok sebelum anda melelapkan mata. Perkara ini sangat mudah bagi anda sebenarnya jika sudah dilazimi setiap hari.
                Tiap-tiap pagi ketika bangun daripada tidur, amalkan doa “ Ya Allah, jadikan hari ini hari terbaik buatku. Jika aku mati pada hari ini, matikan aku dalam iman. Jika umurku masih panjang, jadikan hari ini hari yang terbaik dan lebih baik daripada semalam.”
                Sekiranya doa yang anda amalkan tadi disusuli dengan permintaan secara spesifik, itu adalah lebih baik. Mudah-mudahan dimaqbulkan oleh Allah.

Step 3
Langkah Pertama yang Positif
                Tetapkan sekali lagi sasaran harian anda sebelum melangkah keluar dari pintu rumah. Sebaik sahaja tiba di pejabat, coretkan sasaran harian anda. Ramai orang yang gagal membuat sasaran harian, jadi bagaimana hendak melangkah kea rah kecemerlangan?
                Seandainya anda pasakkan tekad di hati, pasti anda akan bertindak dengan pantas dan tepat. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah, Dia yang berkuasa atas segala sesuatu dan Dialah pemilik segala apa yang kita hajati. Oleh itu, jagalah hubungan dengan Allah dengan sebaik-baiknya. In Shaa Allah Dia memperkenankan segala doa yang dipohonkan tadi.

Sekian…..Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.

Selamat Maju Jaya!!

Azu Naurah
012 670 5753
azunaurah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel