Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Saturday 20 September 2014

Tonsil Perlu diberi perhatian

Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi sahabat-sahabat alam maya azunaurah semua.
Hari ini terdetik di hati saya untuk berkongsi dengan anda semua tentang penyakit yang sering dialami oleh orang yang sedang demam.

Sebelum itu, saya teruja untuk berkongsi tentang kisah seorang rakan saya yang anaknya berumur 6 akan menjalani pembedahan tonsil pada tahun hadapan. Semoga beliau tabah menghadapinya.

Untuk makluman kita sebenarnya, mengalami sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.

Lazimnya, jika masalah ini berlaku ia adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.
"Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.
"Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.
"Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.

Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.

Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.

Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.

Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.
Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.

Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.

 


Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.

Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.

Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.
Apa yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.

Sepertimana sahabat saya beritahu, anaknya mengalami penyakit ini seawal umur 1 tahun. Oleh kerana terlalu kasihankan anaknya yang masih kecil, beliau meminta doktor menangguhkan pembedahan tersebut sehingga anaknya besar.

Saya sangat terharu ketika beliau memberitahu bahawa anaknya akan menjalani pembedahan. Maklumlah naluri keibuan yang ada pada setiap ibu sangat mudah tersentuh.

Untuk penyakit ini, saya cadangkan supaya anda mengambil Nutriferon, SR Vitamin C Plus dan Garlic. Manakala untuk kanak-kanak pula saya cadangkan Nutriferon dan Chewable Vita C.


Sebarang konsultasi diberikan secara PERCUMA dengan setiap pembelian produk SHAKLEE bersama Azu Naurah.

0126705753
Azunaurah.blogspot.com
Azunaurah@gmail.com





















1 comment:

  1. Betul....kadang kesian tgk org yang kena tonsilitis ni...selain membahayakan kesihatan dorg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel