Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 29 September 2014

Keuntungan Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog azunaurah yang dirahmati Allah. Pagi ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang makanan HALAL.

Makanan halal lagi baik (halalan toiyyiban) yang dianjurkan oleh Islam membawa keuntungan baik di dunia mahupun akhirat kepada umat Islam. Umat Islam yang memakan makanan halal akan diberi pahala selain nikmat sihat di dunia. Proses jual beli dengan cara Islam antara pengguna dengan pengusaha membolehkan masing-masing beroleh pahala.

Pada masa yang sama, pengusaha atau usahawan produk makanan Islam telah melaksanakan Fardhu Kifayah dan tersedia pahala untuknya. Apabila dia berurus niaga dengan orang yang memerlukan, sekali lagi dia beroleh pahala. Pendek kata, mereka akan beroleh keuntungan di dunia dan akhirat.

Ya Allah....untungnya peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan berlandaskan syariat Islam.

Bayangkan, bermula makanan yang diperintahkan halal boleh menjadikan umat Islam usahawan yang berjaya. Bagaimana dengan perkara lain yang diperintahkan Allah? Contohnya, pada perintah menutup aurat dan lain-lain yang jika difahami oleh pengusaha Islam, pasti mereka boleh menjadi usahawan perkilangan kain  dan pakaian berlandaskan syariat Islam.

Sebenarnya inilah peranan dan tanggungjawab kita sebagai orang Islam yang kuat di mana kita berperanan sebagai agen dakwah dengan cara berniaga.

Justeru, setiap perintah Allah tidak terhenti setakat itu sahaja. Ia mempunyai mesej untuk menyelamatkan umat Islam sekali gus mengangkat maruah mereka di mata dunia. Inilah yang seharusnya difahami oleh semua umat Islam.

والله أعلم بالصواب

ِAzu Naurah
012 670 5753
azunaurah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel