Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Friday, 21 November 2014

Bijak Menguruskan Si Manja

Salam sejahtera semua. Best, best...ada topik best hari ni. Semalam kawan saya bertanya tentang bagaimana nak ajar anak minum susu guna cawan? Anaknya dah 5 tahun tapi sangat kuat minum susu botol. Ini botol yang panjang tau, bukan yang pendek tu. Malam-malam pula memang pakai lampin pakai buanglah jawabnya. Risau kawan saya ni. Kesian dia....huhuhu


Saya yakin bukan kawan-kawan saya sahaja yang mengalami masalah yang sama seperti ini. Ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang keletihan menguruskan anak-anak seusia 3 hingga 6 tahun yang masih memerlukan perhatian khusus serta latihan supaya mereka dapat berdikari menguruskan diri.

Latih, latih, latih dan latih. Bagi saya yang mempunyai 3 orang anak yang berusia 6, 4 dan 2 tahun, fuhhh!!memang mencabar sungguh dan agak memenatkan. Walau apapun cabarannya, saya perlu hadapi dengan hati yang terbuka dan terima dengan sebaik-baiknya. Bagaimana untuk kita tangani situasi begini?




Ok, di sini saya kongsikan pengalaman yang saya lalui dan apa yang saya lakukan terhadap anak-anak saya. Sebelum tu saya cuma nak bagitahu yang ini adalah contoh, jika anda rasakan ia tidak sesuai untuk anda ikuti, tidak mengapa. Sila abaikan sahaja...:)

1. Pertama sekali, saya kurangkan susu anak saya hanya 2 scoop sahaja setiap kali saya buatkan susu untuk mereka. Sedap atau tidak mereka tak pernah pula complain..hehe. Cuma, saya tak ingat berapa kali saya bagi anak-anak minum susu. Ini berdasarkan permintaan mereka.


2. Botol yang saya gunakan hanya botol yang pendek dan saya sekali-kali tidak akan isi air sepenuh-penuhnya. Cukup sekadar separuh botol sahaja. Kadang-kadang tak habis pun, membazir. Jadi, buatkan separuh untuk elak pembaziran.

3. Patuhi arahan dan beritahu akibat. Biasanya saya akan arahkan mereka menghantar botol susu di sink sekiranya sudah selesai minum susu. Jika gagal, mereka dikehendaki mengambil dan mencari sendiri botol susu tersebut kalau nak susu lagi.

Seandainya botol susu itu HILANG....jeng-jeng....Haaaa inilah caranya, saya beritahu inilah akibatnya minum susu guna botol. Maka terpaksalah mereka akur yang mereka terpaksa minum susu guna cawan.

Alhamdulillah cara ini memang berkesan kepada anak saya yang berumur 4 tahun. Disebabkan dia telah menghilangkan botol susunya, maka dia terima akibat tersebut dengan rela hati...hahaha..

4. Minum susu guna botol sangat memalukan. Saya hanya beritahu perkara ini berulang kali kepada mereka sehingga mereka benar-benar faham. Al-maklumlah anak-anak saya di hantar ke tadika seawal usia 4 tahun. Jadi saya terpaksa mengingatkan perkara ini supaya mereka ada kesedaran diri dan merasakan bahawa diri mereka sudah besar.

Malu jika diejek kawan-kawan kerana masih menghisap puting botol...hehe. Ini saya terapkan kepada anak saya yang kini berumur 6 tahun. Dia berhenti menghisap botol ketika berusia 4 tahun dan sekarang masih minum susu tapi guna cawan lah....

5. Melatih anak-anak supaya tidak memakai lampin pakai buang. Sebenarnya saya 'cut' susu anak-anak ini untuk melatih mereka supaya tidak kencing malam dan tidak memakai lampin pakai buang ketika tidur waktu malam.


Kalau dulu setiap kali nak tidurkan mereka tidak kira siang atau malam, saya sangat letih sebab nak memastikan yang mereka mesti pakai lampin pakai buang.  Tapi sekarang fokus saya hanya untuk anak nombor 2 sahaja. Itupun dia hanya pakai lampin pakai buang ketika hendak tidur malam sahaja. Kalau tidur siang, suruh saja dia buang air kecil dahulu sebelum tidur. Ini kerana waktu tidur siang tidaklah panjang seperti tidur pada waktu malam.



6. Latih anak-anak minum air masak. Anak-anak saya agak sukar pada mulanya untuk dibiasakan minum air masak. Tapi setelah diberitahu berulang-ulang kali khasiat minum air masak, barulah mereka dapat menerimanya. Jadi, takdelah asyik nak mintak minum susu je...

7. Saya berikan suplemen set kanak-kanak bijak kepada anak-anak saya. Meal Shake, Chewable Vita C dan Omega Guard adalah hadiah daripada saya buat mereka. Saya akan pastikan mereka mendapat makanan tambahan yang mencukupi supaya proses tumbesaran mereka berjalan dengan baik.




8. Jimat belanja untuk membeli puting botol susu. Mudah je sebenarnya untuk kita berjimat. Boleh tahan juga harga untuk beli 2 puting susu botol. Lagi pula, puting botol tu bukannya tahan lama. Ha...jimat ke jimat?


Walau apapun kaedah atau tips yang saya lakukan, saya tahu itulah bukanlah idea yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat memudahkan urusan harian saya ketika mengendalikan ketiga-tiga buah hati saya yang comel ni.

Sekiranya anda mempunyai cadangan atau persoalan tentang isu ini, sila tinggalkan di ruangan komentar ya. Saya sangat mengalu-alukan pandangan daripada anda semua.

Sekian, terima kasih.

Salam sayang,

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com

Thursday, 20 November 2014

Gemuk dan Kaitannya dengan Ibadah

Selamat sejahtera semua. Hari ini terasa ingin saya kongsikan bersama anda semua isu KEGEMUKAN atau OBESTI. Bagaimanakah seseorang itu dikatakan GEMUK atau OBESITI?

OBESITI bukan lagi perkara biasa yang dapat diterjemahkan sebagai sihat secara fizikal. Namun ia telah menjadi masalah yang sinonim dengan penyakit tidak berjangkit yang lain. Apakah penyakit yang tidak berjangkit itu? Rasa tak sabar nak tahu kan?... Sebelum itu, hati-hatilah yer dengan setiap pengambilan makanan yang akan terus masuk ke dalam tubuh seterusnya menjadi darah daging.


Obesiti merupakan satu masalah kesihatan awam yang serius kerana boleh melibatkan komplikasi penyakit lain yang dikategorikan sebagai penyakit moden. Paling membimbangkan, obesiti menular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Tidak ketinggalan juga orang dewasa yang sememangnya dari kecil sudah kelihatan gempal dan sangat-sangat berisi. Betul kan...kalau masa kecil budak yang badan gebu-gebu ni memang sedap sangat kita peluk cium dia. Cubit pipi apatah lagi....eeiii gerammmmnya....hehe

Walaupun bukan penyakit berjangkit tetapi pola pemakanan dan gaya hidup seseorang menyebabkan permasalahan terus merebak dalam sesebuah komuniti. Ishhh...merebak?? renung-renungkanlah yer..

3 G

Jika sedari kecil lagi telah mengalami masalah obesiti, tidak dikawal dan tidak mengambil usaha pencegahan, maka tidak mustahil Malaysia akan melahirkan lebih ramai generasi yang gebu, gemuk dan gempal (3G) pada masa akan datang. Sebab itulah dari kecil lagi kita sepatutnya memantau pengambilan dan pemakanan anak-anak supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang terutamanya obesiti.

Fenomena 3G ini sudah pun berlaku tetapi ia mungkin akan berterusan sekiranya tiada langkah pencegahan yang mampu dirintis oleh masyarakat. Malah, lebih memburukkan lagi jika individu yang tidak memiliki tahap kesihatan yang baik, semestinya dia tidak mampu menunaikan tanggungjawab untuk beribadah kepada Allah dengan sempurna. Terasa sungguh rugi jika kita beralasan tidak larat nak solat atau sentiasa nak duduk dan tak boleh berdiri lama-lama kerana badan berat dan cepat mengah.


Bukanlah saya bermaksud untuk merendahkan dan memperlekehkan golongan obesiti ini tetapi fikir-fikirkanlah keadaan yang sepatutnya dan sesuai ketika kita hendak melakukan ibadah. Gemuk atau kurus???....pilihan bijak di tangan anda.

Pada pendapat saya, sebaik-baiknya biarlah berat badan kita itu mengikut BMI (Body Mass Index) yang sepadan dengan ketinggian. Ini juga bagi memudahkan pergerakan dan urusan kerja serta tugasan seharian sebagai khalifah Allah di muka bumi. Usah menzalimi diri sendiri dengan bebanan yang kita cipta sendiri.


Umum mengetahui bahawa badan yang berat akan memenatkan. Beban berat badan akan memberi kelelahan kepada diri sendiri. Beribadah turut menjadi berat. Tidak mustahil kemalasan akan datang seiring dengan kepenatan dan terhadnya pergerakan. Penyakit akibat obesiti juga membataskan kemampuan untuk beribadah dengan sempurna. Jadi, obesiti memang memberi impak yang mendalam kepada ibadah dan tuntutan hidup yang lain.

Ibadah Sempurna

Abu Hurairah pernah menukilkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Pada hari kiamat, akan datang seorang yang berbadan besar lagi gemuk. Namun, di sisi Allah timbangannya tidak melebihi berat sayap seekor nyamuk".

Seiring itu, wajar kita mengambil iktibar bahawa beban membawa berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kemalasan bersarang dalam diri seseorang. Ia menjadi penghalang untuk melaksanakan suruhan Allah dengan lebih sempurna, berkualiti dan optimum. Allahu akbar...alangkah sedihnya jika amalan kita ditimbang hanya seberat sayap nyamuk itu.


Namun, barangkali ada yang berpendapat, sekiranya makan dengan banyak maka akan menghasilkan tenaga dan stamina yang tinggi untuk beribadah. Malangnya, sifirnya tidak pernah sebegitu. Ramai di antara kita, apabila makan pasti berlebihan. Makan bukan sekadar untuk menguatkan diri malah akan membebankan perut dan diri secara fizikal.

Ibn Hajar menyatakan dalam Fath al-Bari: "Kerana kebiasaan orang yang gemuk lemah kefahamannya dan berat untuk beribadah." Tambahan pula, The Annals of Neurology 2010 telah membuktikan bahawa wujudnya hubungkait antara saiz otak yang lebih kecil dan peningkatan risiko demensia dengan aras lemak yang lebih tinggi dalam badan. Maka, tidak dapat disangkal wujud kemungkinan jika seseorang mengalami masalah berat badan, daya ingatan dan penumpuan juga akan berkurangan.


Bukanlah menafikan bahawa faktor genetik juga menjadi punca obesiti. Namun, yang menjadi permasalahan kini ialah kebanyakan kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat sedangkan ia merupakan tuntutan dalam ajaran Islam. Akhirnya menyumbang kepada masalah dan kemudaratan diri sendiri. Kadangkala kita menyedari tentang hal tersebut, namun masih lagi bertangguh untuk melakukan perubahan.


Pada satu sudut lain, berapa ramai di antara ibu bapa pada hari yang menjadikan "electronic babysitter" seperti televisyen dan komputer menjadi teman rapat kepada anak-anak? Semakin lama anak-anak meluangkan masa menonton televisyen, kecergasan otot mereka akan semakin berkurangan dan ukur lilit pinggang semakin meningkat disebabkan kegemukan apabila menghampiri usia remaja. Ia berpotensi menyebabkan masalah kesihatan apabila menginjak dewasa.

Dalam mendidik anak-anak, kadangkala ibu bapa tidak perasan bahawa mereka telah menyediakan satu spektrum pendidikan gaya hidup tidak sihat secara tidak formal. Antaranya membiarkan anak-anak menghabiskan masa di hadapan televisyen, tidak mempedulikan aktiviti kecergasan di luar dan tidak prihatin kepada apa jua jenis makanan yang anak-anak makan.


Secara tidak sedar sebenarnya ibu bapa pada hari ini telah pun memulakan usaha mewujudkan generasi yang tidak sihat pada masa akan datang. Pasti kita tak mahu anak-anak menyalahkan kita pada suatu hari nanti bukan?

Anak-anak yang mengalami obesiti dan berlebihan berat badan akan cenderung untuk diejek oleh rakan sebaya. Ini akan memberi kesan kepada jati diri, menyebabkan tertekan dan kurang keyakinan terhadap penampilan diri serta menyebabkan berlakunya gangguan tekanan mental kepada kanak-kanak dan remaja.


Dalam hal ini sewajarnya kita menilai semula apakah makanan yang dijamah dan disuapkan ke mulut pada setiap hari sama ada untuk diri mahu pun keluarga di bawah tanggungan kita.


Sejauhmana ia memberi nilai tambah kepada kesihatan? Atau lebih buruk lagi jika kita tidak mampu mengubah pola pemakanan dan gaya hidup selama ini walaupun telah menyedari akan peri pentingnya menjaga kesihatan.

Ketahuilah bahawa walaupun berdikit-dikit dalam membuat perubahan ke arah kesihatan, ia adalah lebih baik dan akan memberi kesan yang besar daripada langsung tidak melakukan apa-apa tindakan. Mengawal berat badan, pemilihan makanan yang terbaik dan berkat, mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit, adalah komitmen kita untuk memerangi obesiti dan penyakit tidak berjangkit lain daripada terus bermaharajalela.


Semua usaha ini adalah untuk merangka dan merancang bagi mencapai kesihatan yang optimum agar ibadah yang kita laksanakan lebih baik dan berkualiti serta diterima oleh Allah. Saya doakan anda semua sihat dan istiqamah dalam beribadah.

Jom sertai cabaran slim dan hebat bersama saya di Grup Golden Dreams!!
Anda akan temui cara dan tips berkesan untuk menjadi insan yang lebih sihat, slim dan berjaya dunia dan akhirat....In Shaa Allah...

Salam ukhwah,
Azu Naurah
012 6705753






Tuesday, 18 November 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid

Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Hari ini saya sangat gembira dan teruja kerana ingin berkongsi sedikit memori sepanjang berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan Murid di sekolah tempat saya mengajar sekarang ni.

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan ucapan tahniah buat team SKSPP yang berjaya melaksanakan majlis yang gilang gemilang pada tahun 2014 dengan bertemakan Kesultanan Melayu Melaka. Jadi kami semua guru dikehendaki berpakaian songket. Mula-mula macam tak berminat je nak ikut tema-tema ni. Akhirnya semua bersetuju dan ikut je...

                                  

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Semua guru bersemangat dengan pakaian songket masing-masing. Fuhhh!!! Terbaiklah...memang CANTIK....


Semua ciptaan Allah itu indah. Begitu juga rupa paras manusia. Dia yang menjadikan kita semua mengikut kehendak-Nya. Apa yang penting setiap anugerah daripada-Nya wajib kita syukuri kerana ia cukup sempurna dan istimewa.

Hari ini saya mengenakan songket berwarna putih ala-ala pengantin gitu tapi saya tak make up tau. Hanya mengenakan pelembab Nutriwhite, sedikit bedak dan sedikit lipstick untuk menceriakan wajah...natural beauty giteww...hehe...


Tugas saya cukup mudah, hanya duduk di bahagian dapur untuk menyediakan makanan ibu bapa dan murid serta mengedarkannya. Boleh tahan letih jugalah tapi takpe sebab ada rakan-rakan yang sangat baik hati datang membantu.

Seperti biasa apabila sampai di tempat kerja, saya akan lakukan tugas-tugas harian yang penting seperti mentor saya beritahu. Dahulukan hak Allah dan Allah akan jaga hak kita. Sebab itulah saya suka sangat join bisnes ni. Saya dapat uruskan masa dengan teratur dan buat kerja dan siapkan segala tugasan tepat pada waktunya. Bukan sambil lewa dan main-main tau.

Walau di mana pun kita berada, uruskan masa kita sehabis baik kerana masa tidak menunggu kita dan hanya orang yang pandai mengambil peluang sahaja yang akan BERJAYA.

Oh ya, selain itu saya akan ambil sebiji Zinc Complex sebelum makan makanan lain dan kemudian akan minum ESP untuk mendapatkan tenaga yang tahan lama. Selain itu, gandingan Zinc Complex dan ESP ini juga dapat membantu menyembuhkan luka-luka di tubuh badan serta menguatkan akar rambut. Jadi, kuranglah masalah keguguran rambut saya.....best kan?

Nak tengok gambar saya berada di atas pentas? Inilah diri saya yang sebenar...


Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak-anak murid saya yang berjaya mendapatkan pelbagai hadiah dalam pelbagai kategori termasuklah rakan-rakan seperjuangan saya yang sangat komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada warga SKSPP yang sangat cemerlang dan sporting serta mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua program sekolah.

Akhir sekali, berusahalah untuk menjadi insan yang KAYA dan BERJAYA kerana kita sendiri yang berhak untuk membuat pilihan terbaik. Usah membuang tenaga dan membazir waktu dengan perkara yang sia-sia kerana hidup hanya sekali dan nikmatilah kehidupan yang tenang dan ceria bersama keluarga tercinta.



Ingin menjana pendapatan sampingan yang menguntungkan sehingga 4, 5 atau 6 angka sebulan?
Jom sertai saya di Golden Dreams...

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com







Sunday, 16 November 2014

Pendaftaran Murid Tahun Satu 2015

Salam sejahtera semua. Hari ini saya sangat berminat dan ingin bercerita tentang pendaftaran murid tahun 1. Bagi anda yang mempunyai anak sulung yang lahir pada tahun 2008 tentunya anda sangat teruja dan rasa 'nervous' kerana anak anda sudah besar dan mesti pandai berdikari.

Apa yang saya lalui hari ini adalah satu perkara baru dalam hidup saya. Ini kerana pendaftaran anak semasa tadika tidak sama debarannya dengan pendaftaran untuk masuk ke tahun 1 di mana suasana dan rutin hariannya  yang berbeza. Guru-guru dan kawan-kawan yang tidak pernah dikenali sebelum ini menjadi orang yang penting dalam hidup murid-murid tahun 1.

Walaubagaimanapun sebagai persediaan untuk anda lalui pada masa akan datang, saya kongsikan serba sedikit tips atau cara untuk mendaftar anak di sekolah pilihan hati anda.


  • Ibu bapa perlu mengenalpasti sekolah mana yang menjadi pilihan hati untuk mendaftarkan anak-anak mereka.
  • Dapatkan maklumat Pendaftaran Murid Tahun 1 daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau pejabat sekolah pilihan anda sendiri.
  • Pastikan sekolah pilihan anda itu menghantar surat untuk sesi pendaftaran murid tahun 1 serta ujian penentuan kelas LINUS.
  • Selain itu pastikan juga tarikh pembelian buku tulis dan senarai keperluan yang disyorkan oleh pihak sekolah untuk murid tahun 1 seperti lencana sekolah, baju sukan dan lain-lain lagi.
  • Sediakan beberapa keping gambar anak anda berukuran pasport. Ini kerana untuk permulaan tahun satu, gambar-gambar untuk perekodan adalah sangat-sangat diperlukan.
  • Beri anak anda seberapa banyak latihan sama ada dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik sebagai persediaan untuk menghadapi ujian penentuan kelas apabila tibanya hari persekolahan sebenar nanti.
  • Segala keperluan pakaian dan kelengkapan alatulis juga perlu disegerakan bagi memudahkan urusan. Ini kerana jika kita membuat persediaan di saat-saat akhir kebiasaannya banyak barang keperluan yang akan tercicir dari senarai asal, kemungkinan barang sudah banyak yang habis stok atau tiada saiz dan bermacam-macam lagi kemungkinan yang akan mengganggu kelancaran pengurusan anak anda ke tahun 1.
  • Pastikan juga segala keperluan mereka dibeli mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh jenis tudung, baju, stokin, kain, seluar, kasut dan sebagainya.
  • Pastikan anak-anak kita dapat berinteraksi dengan rakan dan berkongsi dengan rakan menggunakan sesuatu barangan. Kebiasannya anak-anak telah didedahkan untuk bergaul semenjak di pra atau tadika lagi. Kita boleh melihat pergaulan anak-anak kita semasa di taman. Kita juga perlu menegur anak-anak kita jika dirasakan perlu. Jika ada kesilapan mereka janganlah dimarahi tetapi tegurlah dengan lemah lembut. Paling penting nyatakan sebab dan akibatnya. Contohnya "guna barang keperluan sendiri, tak perlu ambil barang kawan. Kalau kita ambil barang orang apa akan jadi?"...ikutlah teknik masing-masing yang penting mereka faham maksudnya.
  • Bagi aspek pembelajaran yang asas sebagai ibubapa pastikan anak kita dapat menulis huruf besar dan kecil dengan baik. Pastikan anak kita dapat memegang pensel dengan betul. Gunakan buku garis tiga. Kita juga perlu memastikan murid dapat menguasai huruf vokal dan dapat membaca sekurang-kurangnya dua suku kata kerana itu adalah perkara asas untuk tahu membaca. Jika anak-anak kita sekadar menguasai dua suku kata dia pasti akan ketinggalan berbanding rakan lain. Oleh itu jika kita inginkan anak-anak dapat menguasainya dengan pantas, sebagai ibubapa bimbinglah mereka sepanjang cuti ini. Belilah buku persiapan ke tahun 1 atau buku aktiviti tahun 1 untuk kita membimbing mereka.
  • Hantarlah mereka mengaji al-quran di kampung atau di taman kita. Umur 4 atau 5 tahun adalah masa terbaik kita menghantar mereka mengaji. Jika umur telah menjangkau 6 tahun masih belum menghantar mereka mengaji. Cari-carilah guru mengaji sekarang. Adalah lebih baik lagi jika kita sendiri yang mengajarnya.
  • Hantarlah anak ke sekolah agama. Ada seorang bapa menyatakan kepada saya. Pelajaran anaknya agak merosot kerana terlalu penat kerana perlu ke sekolah petang. Tahun berikutnya dia memberhentikan persekolahan agamanya. Kesudahannya pelajaran anaknya makin merosot. Jadi menghantar anak ke sekolah agama bukanlah alasan prestasi pembelajaran anak menurun.
  • Pastikan kenderaan untuk menghantar dan mengambil anak-anak kita. Jika memilih van di luar pastikan ia berlesen dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPM.

Terdapat pelbagai situasi dan ragam anak-anak di tahun 1 sekadar pengalaman saya.

1. Menangis di hari pertama persekolahan.
2. Tidak mengkut jadual waktu.
3. Mengoyakkan buku tulis.
4. Bergaduh dengan rakan.
5. Tidak berani menjawab soalan guru.
6. Kehilangan buku teks, buku tulis dan alatulis.
7. Kehilangan wang saku sekolah.
8. Memberikan barang sendiri kepada rakan.
9. Kerap mengasah pensel.
10.Kencing di dalam kelas.


Teringat zaman saya kanak-kanak sekolah rendah, emak saya selalu menyediakan keperluan makanan untuk meningkatkan IQ saya dan adik beradik saya yang lain tidak kiralah minum air yasin atau vitamin untuk kecerdasan minda. Haaa...nak tahu pil apa yang emak saya bagi pada saya? ermmm....masa tu glamour dengan E***O.

Saya masih ingat lagi, saya tak berapa suka rasanya tapi telan sajalah nanti mak marah...hehe. Kadang-kadang ada juga mak belikan minyak ikan S****t E******n. Saya tahu, harganya mahal. Walaupun tak mampu tapi mak usaha juga untuk beli dan makan vitamin tersebut selang seli mengikut hari.

Kini, saya juga meneruskan usaha untuk memberikan makanan minda yang terbaik untuk anak saya. Ada 3 makanan tambahan yang saya sediakan untuk anak-anak saya iaitu Meal Shake, Omega dan Chewable Vita C. Sebelum saya bawa Zulfa untuk mendaftar Tahun 1, saya bancuhkan Meal Shake bersama susu tepung kemudian saya berikannya Omega dan Chewable Vitamin C.

Harapan saya, semoga anak-anak saya membesar dengan sihat, bijak dan cemerlang untuk menjadi GENERASI TERBILANG pada masa hadapan....Aamiin...

Selamat menghantar anak di tahun 1 di sekolah nanti. Jika anak kita menangis kenanglah waktu kita seusia mereka....pasti anda tersenyum saat-saat manis itu...:)

Salam mesra,
Azu Naurah
012 6705753

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel