Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 19 May 2014

Set menyusu dan meal shake....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...terima kasih kepada pembaca blog saya....
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat di sisi Allah s.w.t.

Hari yang penuh keceriaan ni, saya nak kongsikan sedikit kisah dan pengalaman saya menyusukan ketiga-tiga anak saya secara fully Bf....(susu badan sepenuhnya)

Sedih dan terkilan juga, saya tidak dipertemukan dengan set menyusu seperti set menyusu Shaklee yang saya promote pada sahabat2 di luar sana. Alhamdulillah kini setelah anak saya yang ke 3, barulah saya berjumpa dengan set menyusu SHAKLEE dan terus serius untuk buat bisnes...

Seronok sangat dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang. Walaupun mempunyai pekerjaan yang tetap tapi hati saya sangat terpaut untuk berkongsi kebaikan dan kisah kejayaan bersama SHAKLEE.

Ok, berbalik kepada kisah saya menyusukan anak yang pertama. Pada mulanya setelah melahirkan puteri sulung yang diberi nama Zulfa Hanis Binti Lokman Nor Hakim, saya mula mencari alat mengepam susu sebab saya sekali-kali tidak akan beri susu formula pada anak saya sehingga saya mula bekerja setelah habis tempoh berpantang. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan set mengepam susu Spectra 3 dan saya masih lagi meneruskan penggunaannya untuk anak yang ketiga.

Rezeki Zulfa untuk menikmati susu saya terhenti seketika setelah berumur setahun kerana memberi laluan kepada adiknya yang sedang membesar di dalam kandungan saya. Hajat di hati ingin meneruskan penyusuan badan kepadanya sehingga adiknya lahir tapi hajat tidak kesampaian kerana Zulfa sudah selesa dan serasi dengan susu formula yang saya beri selepas berusia 1 tahun.

Teringat lagi saat untuk memisahkan sementara penyusuan badan dengannya. Sayu hati kerana kecetekan ilmu, saya memutuskan susu badan dengannya secara drastik....Maafkan ibu...along...

Setelah adiknya Muhammad Lutfi Hadi Bin Lokman Nor Hakim lahir tepat jam 2.00 pagi, saya sekali lagi bertekad untuk memberinya susu badan sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun. Alhamdulillah, Lutfi Hadi memang mendapat bekalan saya secukupnya selama tempoh 2 tahun.

Apabila cukup 2 tahun, badan saya mula terasa keletihan yang amat sangat kerana anak2 masih kecil dan sangat-sangat memerlukan perhatian. Sedikit demi sedikit saya mencuba pelbagai cara untuk memisahkan Lutfi Hadi daripada terus menyusu kerana saya disahkan mengandung anak yang ketiga. Lutfi Hadi belum pandai berkata-kata tetapi setiap patah yang saya katakan padanya, dia sangat faham dan tahu apa kehendak saya. Setiap kali ingin menyusu saya akan katakan padanya "sekejap je minum susu ye, tak boleh lama2". Dia mengangguk-anggukkan kepalanya dan berkata "em"....maksudnya ya la tu.

Akhirnya lama kelamaan Lutfi Hadi boleh menerima kenyataan dan diberi susu formula seperti kakaknya. Tibalah kisah anak yang ketiga, nama puteri saya yang ketiga diberi nama Nur Syuhada Nafisah Binti Lokman Nor Hakim. Seawal kandungan, semasa mengandungkannya, perut saya tidak besar dan nampak seperti tidak mengandung. Pada masa ini saya masih belum lagi dipertemukan dengan SHAKLEE. Saya hanya bergantung pada asid folic yang diberi oleh jururawat di klinik sahaja.

Saya memang anti dengan suplemen masa tu. Pada saya, makan suplemen ni menghabiskan duit sahaja dan tentunya membazir. Ubat kan ada. Itulah mentaliti saya seelum gembira bersama Shaklee seperti sekarang.
Berat Syuhada semasa lahir 3.1kg, Alhamdulillah beratnya tidaklah terlalu ringan dan tidaklah terlalu berat.
Semasa menyusukannya selepas 6 bulan, saya mulai rasa yang susu saya hasilkan semakin berkurangan setiap hari. Tapi untuk sedapkan hati, saya kata pada diri sendiri bahawa ini mungkin sebab tekanan dan bebanan kerja. Setiap kali masa mengepam susu, saya cepat letih dan terasa putus asa disebabkan susu yang dipam hasilnya tidak seberapa.

Terpaksa akur, Syuhada terpaksa saya campur beri susu badan dan susu formula selepas setahun. Saya join Shaklee bukan sebab kenal dengan set menyusu tapi sebab memang nak cari bisnes yang boleh buat saya jadi insan yang maju dalam hidup.

Kini semuanya telah berubah, anak2 saya membesar dengan susu ibu dan susu formula. Alhamdulillah walaupun begitu, Shaklee juga ada menghasilkan produk yang sesuai dengan kanak-kanak dan itulah yang saya berikan pada anak-anak saya tanpa henti sejak bulan Januari yang lepas sehingga sekarang. Hanya yang terbaik saya berikan pada mereka dan itulah aset berharga yang Allah anugerahkan buat saya dan suami. Saya tak pernah kira berapa rm yang saya laburkan untuk mereka, asalkan mereka membesar dalam keadaan sihat, cergas, ceria dan aktif sudah cukup membahagiakan saya dan suami.

Kini promosi meal shake beli 6 percuma 1.....
Saya harap anda di luar sana tidak berkira untuk berikan hanya yang terbaik untuk si manja. Mudah-mudahan mereka ini menjadi insan yang berguna untuk membantu perjuangan Islam suatu hari nanti.
In Shaa Allah.....






Saya sedia membantu anda untuk memberi konsultasi terbaik tentang produk Shaklee
Azu Naurah
012 6705753

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel