Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Saturday 27 September 2014

Muhasabah Diri...Untuk Apa Amalanmu?

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Pagi yang syahdu ini saya ingin membawa anda untuk merenung kembali tujuan hidup kita dalam beramal.

Sampai pada satu tahap, kita berasa pelik apabila ada orang berubah sikapnya. Diri yang dipenuhi sikap mahmudah bertukar 360 darjah ke arah sifat mazmumah.

"Aku dah berdoa siang malam masa aku 'baik' dulu, tapi hidupku tidak berubah. Aku masih bodoh seperti dahulu, tak pandai-pandai. Aku tidak kedekut untuk menderma di masjid, tapi aku masih tidak kaya. Pada asasnya, semua kebaikan aku seolah-olah tidak diketahui oleh Allah."

Cuba anda renungkan.....

Apabila ada orang yang berfikiran sedemikian, dirinya sudah berputus asa. Ya, dia berputus asa daripada rahmat Allah. Setiap perkara yang dilakukan mahu dipandang dan diketahui oleh Allah. Al-Basir dan al-'Alim yang selayaknya hanya untuk Allah tidak dihayati dengan benar. Dia mengambil jalan berputus asa bukan dengan cara menembak diri sendiri atau terjun dari bangunan tinggi. Tetapi protes putus asanya dizahirkan dengan 'rajuk' menghentikan amalan baiknya selama ini.

Andainya kita pernah berkeadaan begini.....cepat-cepatlah bertaubat dan beristighfar...

Mari kita koreksi amalan yang kita lakukan seharian, adakah mengharapkan balasan dan ganjaran atau keredhaan dan ikhlas kerana Allah? Hayati sunnah seorang hamba yang mengabdikan seluruh diri dan jiwanya buat Tuhannya. Jiwa hamba yang tulus dan lurus untuk mengecap nilai taqwa pasti tidak pernah berputus asa.

Sejauhmana kita mensyukuri nikmatNya? Ingatlah sahabat-sahabat, andai diri kita dijemput oleh Allah disaat dan ketika kita sudah tidak lagi beriman maka tunggulah masanya untuk kita terima azabnya. Na'uzubillahi min zalik.

Sementara nyawa dan jasad masih berfungsi, kembalilah ke pangkal jalan dengan bertaubat. Tidak ada insan lain yang mampu menolongmu melainkan dirimu sendiri perlu bangkit dan kembali ke jalanNya.

Diri ini bukanlah insan yang terbaik untuk berikan peringatan tetapi diri ini tidak mahu dipertanggungjawabkan atas kejahilan insan lain disebabkan ilmu yang tidak disebarkan.

Jom kita kembali kepada Pencipta kita dengan sebenar-benar taqwa!!....

والله أعلم بالصواب


ِAzu Naurah
0126705753
azunaurah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel