Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Sunday 14 September 2014

Pengorbanan Ibu Bapa

{ Pengorbanan yang tidak berkesudahan }


Setelah menyelami sedalam-dalamnya  erti pengorbanan yang sebenar, kita sebenarnya tidak dapat membalas jasa mereka yang tidak terhingga banyaknya kepada kita.

Saya ingin berkongsi sedikit tentang pengorbanan mak dan abah kepada saya. (ini hanya sedikit, sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan...mungkin di lain waktu)

Sewaktu saya tingkatan 5, saya membuat permintaan kepada mak dan abah. Andainya saya mendapat keputusan cemerlang, saya tak mahu hadiah...tapi tolong hantar saya belajar di sini...(lokasi dirahsiakan).

Alhamdulillah, saya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Hati berbunga riang dan saya ulang permintaan saya kepada mak tentang hadiah SPM tersebut. Mak dengan bersungguh mengiakan apa yang saya pinta.

Saya tahu, bukan mudah dan bukan sedikit untuk menghantar saya menyambung pelajaran dan memulakan pengajian. Saya tidak tahu di mana mak mendapatkan wang, cuma seingat saya semua simpanannya dikeluarkan untuk menampung kos perbelanjaan tersebut.

Di bawah saya masih ada 3 orang lagi yang belajar dan seorang lagi kakak saya juga sedang menyambung pelajaran. Felda dulu bukan seperti Felda sekarang, kalau tak harapkan abah yang bersengkang mata mengait kelapa sawit dari pagi hingga tengahari dan kadang-kadang sambung ke petang, mana mungkin abah ada simpanan buat anak-anaknya.

Alhamdulillah, kini 10 tahun telah berlalu daripada alam pengajian. Namun saya tidak dapat lupakan wajah gembira mereka melihat saya berjaya di dalam pelajaran hingga mendapat segulung ijazah.

Kini tibalah masa saya untuk membantu mereka mencapai impian mereka yang masih lagi tertangguh. Semoga Allah perkenankan segala usaha dan doa yang kami pohon demi mendapat redha-Nya.

#Shaklee Effect

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel