Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Saturday 20 September 2014

Tip-tip Memupuk dan Membina Keyakinan Diri

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog azunaurah semua. Petang ini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang keyakinan. Tidak semua orang memiliki anugerah ini secara semulajadi. Tetapi anda tidak perlu risau, kita boleh pupuk keyakinan diri ini sedikit demi sedikit hingga BERJAYA in shaa Allah.

Dengan Allah....
*Bergantung hanya pada Allah. Ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah.

*Jaga solat lima waktu....(SANGAT PENTING), tingkatkan kefahaman dan kekhusyukannya. Orang yang menjaga solat akan terasa dijaga Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia ialah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong." (Surah al-Hajj 22: 78)

*Sentiasa merasa berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubat atas kesilapan sama ada yang besar atau kecil, yang sengaja atau tidak disengajakan. Yakin Allah menerima taubat kita. Allah berfirman yang bermaksud: "Tidaklah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat daripada hamba-hambaNya." (Surah at-Taubah 9:104)

*Baca al-Quran dan bertadabbur dengannya. Lazimkan juga membaca kitab-kitab dan buku-buku yang mengambil roh al-Quran sebagai dasar tulisannya. Buku akan mencorakkan pemikiran.

*Berzikir dengan wirid-wirid tertentu secara konsisten (istiqamah). Zikrullah itu sebagai perisai kepada bencana dan keburukan yang akan menimpa dalam kehidupan.

Dengan Diri Sendiri....

*Percaya pada diri. Katakan anda boleh. Anda adalah khaira ummah (sebaik-baik umat) dan sebaik-baik ciptaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (Surah al-tin 95:4)

*Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif dan baik. Buang rasa malu yang tidak bertempat.

*Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kelemahan dan kekurangan yang ada. Pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda inginkan dalam hidup ini.

*Sentiasa bersedia. Jangan bertangguh-tangguh daripada mencuba dan melakukan sesuatu yang anda belum tahu atau mahir atau belum berani melakukannya.

*Hargai Diri. Hargailah setiap anugerah yang Allah anugerahkan dan berterima kasih kepada Allah.

*Tabah dan cekal menghadapi sebarang halangan atau musibah.



Dengan Orang Lain...

*Pilih kawan dan komuniti (masyarakat) yang boleh membina keyakinan anda.

*Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda. Kata hukama', "Siapa kita lima tahun akan datang akan ditentukan oleh buku apa yang kita baca dan dengan siapa yang kita bergaul pada hari ini"

*Cari role model (qudwah hasanah) sebagai contoh ikutan. Dan sebaik-baik role model ialah para nabi.

*Maafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf jika bersalah. Ini akan memberi kita rasa harmoni dan ceria untuk bergaul dengan orang lain. Dan inilah juga yang akan membina sikap yakin diri ketika berhubung sesama manusia.

*Bergaul dengan teman-teman dan individu yang mempunyai keyakinan tinggi dan sentiasa mendorong kita untuk maju.

*Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah mahir. Ini satu tindakan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaliknya cukuplah memastikan bahawa pencapaian peribadi anda lebih baik dari sehari ke sehari.

Yakin Dengan Apa?

*Rukun iman.
-Percaya kepada Allah
-Percaya kepada malaikat
-Percaya kepada kitab
-Percaya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan
-Percaya kepada kiamat
-Percaya kepada qada' dan qadar

*Agama Islam sebagai satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah s.w.t.
*Yakin bahawa al-Quran dan sunnah adalah sumber panduan hidup dan solusi kepada setiap masalah yang berlaku.
*Yakin dengan diri sendiri bahawa kita mampu memainkan peranan kita sebagai hamba dan khalifah sebaiknya.
*Yakin dengan doa yang dipanjatkan, bahawa Allah akan memakbulkannya.
*Yakin kita umat yang terbaik.
*Yakin bahawa kebahagiaan hakiki adalah di akhirat

Semoga ilmu ini dapat menjadi bekalan berpanjangan untuk kita semua di akhirat nanti.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel