Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Sunday 14 September 2014

Pengorbanan Kita Terhadap Ibu Bapa

{ Apakah pengorbanan yang anda lakukan terhadap ibu dan bapa anda?}


Sedikit perkongsian untuk tatapan anda semua daripada saya. Sebenarnya pada saya, apalah sangat pengorbanan saya untuk mereka berbanding pengorbanan mereka kepada saya.

Cuba anda renungkan, kita mungkin sahaja dapat berkorban untuk mereka bilamana keadaan kita sedikit senang. Tetapi bayangkan mereka, ketika susah mahupun senang, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak tercinta. Biarpun penat lelah sangat terasa namun mereka tekad membesarkan kita sedaya upaya.

Adakah kita dapat membalas pengorbanan ini kesemuanya?

Tidak, sesekali tidak..jasa dan pengorbanan mereka kepada kita tetap tidak terbalas. Baiklah berbalik kepada pengorbanan yang saya lakukan terhadap mak dan abah tidaklah sebesar mana. Sebelum mengenali Shaklee, saya tidak banyak memberi atau menyumbang apa-apa keperluan untuk mak dan abah.

Alhamdulillah, kini saya dapat membantu membekalkan suplemen Shaklee kepada mereka bila-bila masa sahaja. Andainya sudah habis, saya akan bawa balik kampung dan beri kepada mereka. Mak dan abah pada mulanya sering bertanya suplemen ini berapa harganya. Dengan jujur saya memberitahu harganya yang sebenar. Nak tahu apakah reaksi mereka?

Ya, mereka terkejut tetapi saya cepat-cepat menenangkan mereka dengan berkata bahawa, Shaklee bagi BONUS tiap-tiap bulan. Terus berubah air muka mereka dan saya hanya tersenyum. Mak dan abah sudah mencapai umur warga emas tetapi masih belum ada rezeki untuk dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamu-Nya.

Saya berasa sangat bersalah, "kenapa aku tak dapat membantu mereka?" Dengan semangat untuk terus mencapai KEJAYAAN dalam semua impian yang dicita-citakan, saya tekad untuk terus berusaha dan berkorban untuk mereka. Saya tidak mahu menjadi anak yang tidak kenang budi, biarlah saya menjadi anak yang sangat-sangat berbakti kepada mereka.

Jadi, inilah usaha saya. Selagi hayat mereka dikandung badan, saya akan berusaha membantu mak dan abah saya agar mereka sentiasa sihat sebelum menunaikan haji pada masa akan datang.

Sekian, untuk itu sentiasalah mengingati pengorbanan mereka supaya hati kita tetap terus cekal membela nasib mereka dimasa hadapan.

#Shaklee Effect

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel