Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Friday 24 October 2014

Golongan Yang Diharamkan Wangian Syurga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua khalifah Allah yang masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Salam Maal Hijrah 1436!. Semoga tahun baru ini menjadi titik tolak kepada permulaan hidup kita yang lebih bermakna.


Tahukah anda, hanya orang yang tertentu sahaja dapat mencium wangian syurga?
Siapakah golongan itu?

Ya, seperti yang kita telah ketahui para syuhada' adalah golongan yang dapat menghidu bau syurga meskipun wangian itu didapatinya daripada jarak yang jauh.

Ibn Hajar menukilkan di dalam kitab Fath al-Bari bahawa, "Sesiapa yang mendapati wangian syurga dari jarak yang lebih jauh, itu petanda bahawa darjatnya lebih tinggi."

Selain para syuhada', siapakah lagi yang berpeluang untuk menikmati wangian syurga ini?
Tidak lain dan tidak bukan tentulah para muqarrabin, iaitu orang yang sangat dekat dengan Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya: "Adapun jika dia termasuk dalam golongan al-muqarrabin, maka dia memperoleh kerehatan, wangian dan syurga yang penuh kenikmatan".
(Surah al-Waqi'ah 56:88-89)

Allahu akbar! beruntungnya jika kita termasuk di dalam golongan tersebut kan?...mudah-mudahan, In Shaa Allah....



Baik, siapakah pula golongan yang diharamkan wangian syurga? Tentu ramai yang nak tahu, termasuklah saya dan mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan ini.

Siapakah mereka ini?
Mereka adalah orang yang benar-benar rugi sahaja yang diharamkan daripadanya, iaitu orang yang sangat hina dan rendah darjatnya di sisi Allah s.w.t. disebabkan dosa yang mereka lakukan. Maka mereka menjadi lebih hina daripada haiwan.

Rasulullah s.a.w. menceritakan berkenaan golongan ini dalam beberapa hadithnya. Salah satunya ialah wanita-wanita yang telah dicabut rasa malu dari hati mereka sehingga rela mendedahkan aurat di hadapan awam.

Apabila menyebut sifat-sifat ahli neraka, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan lenggang lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium wangiannya. Padahal wangian syurga boleh dihidu daripada perjalanan sejauh begini dan begini (sangat jauh)." (Riwayat Muslim)

Seterusnya ialah para pengkhianat yang tidak menghormati perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan orang bukan Islam di dalam sesebuah negeri.

Daripada Abu Bakrah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membunuh ahli zimmi bukan pada masanya, maka ia tidak akan dapat hidu wangian syurga. Padahal wangian itu dapat dihidu dari jarak 70 tahun  perjalanan." (Riwayat al-Nasa'i dan Abu Daud)


Begitu juga penuntut ilmu agama yang tidak menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, malah menggunakannya untuk meraih kemasyhuran dan harta dunia.

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang menunut ilmu yang diharapkan redha Allah padanya, namun ia mempelajarinya untuk mendapatkan keuntungan dunia, maka ia tidak akan dapat menghidu bau wangian syurga." (Riwayat Abu Daud))

Semua sifat ini sangat dibenci Allah s.w.t. Sesiapa yang memiliki salah satu daripada sifat-sifat tersebut, maka dia akan dijauhkan dari syurga sehingga wangian bau syurga pun tidak dapat dihidunya.


Semoga Allah menjauhkan kita daripada semua sifat tercela ini dan memasukkan kita semua ke dalam syurga-Nya bersama-sama orang yang kita cintai. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa dan mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya. Amin ya Rab al-'alamin.




Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel