Cuba anda renung-renungkan? Siapakah yang memberi anda perasaan kecewa dan gundah gulana yang akhirnya membuatkan diri anda tertekan dan jiwa menjadi kacau?
Semua itu adalah ujian untuk kita terus mendekatkan diri kepada Pencipta kita. Dialah Allah Yang Maha Esa. Tiada sesuatu pun perkara yang diuji olehNya tanpa hikmah dan pengajaran. Caranya sangat mudah, Dia hanya meminta kita kembali ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiNya. Tetapi kebanyakan daripada kita lalai dan leka dengan keindahan dan kesibukan dunia yang sementara.
Selagi ruang masih ada dan pintu taubat masih terbuka, carilah Dia kerana di situ anda akan temui cintaNya yang hakiki. Usahlah bersedih dengan rajuk yang panjang. Ingatlah firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Ankabut ayat 2-3:

Maksudnya: Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, "dan mereka tidak diuji?

Maksudnya: Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
Doa 1
Menurut Anas bin Malik, apabila Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan sebarang kesusahan, Baginda akan membaca doa berikut:
Maksudnya: "Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Maha Kekal, dengan rahmat-Mu aku memohon permohonan. Perbaikilah keadaanku seluruhnya dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata."
(Riwayat al-Nasa'i)
Doa 2
Daripada Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. akan membaca doa berikut apabila ditimpa kerisauan dan kesulitan:
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Doa 3
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan suatu kesusahan yang besar, Baginda akan mengangkat kepala ke langit dan berdoa:
Doa 4
Daripada Abu Bakar r.a bahawa Rasulullah s.a.w membacakan doa apabila ditimpa kesusahan seperti berikut:
Maksudnya: "Ya Allah aku mengharapkan rahmat-Mu. Wahai Tuhanku, perbaikkanlah seluruh keadaan diriku, dan janganlah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Tiada Tuhan melainkan Engkau."
(Riwayat Abu Daud)
Semoga perkongsian ini menjadi amal yang berpnjangan buat kita semua. Mudah-mudahan tiada sesalan untuk kita di akhirat kelak mengenangkan perkara yang telah berlaku semasa di dunia. Dunia jambatan akhirat, dunia di tangan dan akhirat di hati.
Azu Naurah
0126705753
No comments:
Post a Comment