Hari ini diriku mendapat gelaran 'DOKTOR'. Wowww!! Hebat sangat tu, padahal diriku ini hanyalah seorang pendidik....hehehe. Doktor pun doktorlah.... Walau apapun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi info Shaklee demi manfaat bersama sampai bila-bila.

Saya rasa terpanggil untuk mengupas isu berkenaan doktor dan produk Shaklee. Melalui pembacaan dan penilaian saya tentang tajuk ini, saya mula terfikir bahawa adakah dengan kehadiran produk Shaklee ini akan menyebabkan para doktor di luar sana tergugat?
Anda boleh jawab sendiri persoalan ini sekiranya anda berfikir dan melihatnya dengan mata hati. Saya kupas tajuk ini berdasarkan pengalaman seorang doktor yang telah berusaha dengan sebaik-baiknya untuk mengubati penyakit suami dan ibu yang tercinta. Beliau tidak mahu ramai pesakit yang 'bocor' usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit dan malah ada yang menderita kerana kegagalan buah pinggang.Ya Allah, risau pula jadinya nak telan ubat-ubatan ni.
Sehinggalah satu hari beliau mendapat rezeki dipertemukan dengan seseorang yang memperkenalkannya Shaklee. Pada mulanya beliau rasa ingin menolak kerana Shaklee ini merupakan bisnes MLM tapi disebabkan beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui tentang keperluan nutrisi akhirnya beliau mula mencari maklumat dan info dengan bersungguh-sungguh.
Saya suka dengan pendirian beliau, walaupun bergelar doktor perubatan beliau memilih untuk bersikap terbuka dan menerima ilmu yang tidak dimilikinya selama ini. Katanya terlalu sedikit subjek nutrisi di ajar di sekolah perubatan dulu dan kebanyakannya lebih banyak mempelajari tentang ubat.
Allah Maha Besar, sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Apa yang kita tidak tahu itu tidak semestinya tidak bagus dan jangan sesekali perlekeh pengetahuan orang lain. Buka minda seluas-luasnya dan jangan taksub kerana kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan....itu pesan beliau. Haaa....sentap ke sentap?
Dengan semangat dan kesabaran yang tinggi, beliau berusaha untuk mencari fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee kerana bimbang jika ada steroid. Apakah yang dimaksudkan dengan steroid? Steroid ialah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan merencat sistem imun atau pertahanan seseorang.
Melalui pembacaan dan kajian beliau sendiri, Alhamdulillah ternyata Shaklee merupakan produk nutrisi yang terbaik. Katanya juga, 'bukan senang nak percaya tambahan pula biasanya doktor memang dilatih untuk melihat bukti berasaskan ubat.
Sekiranya anda mencari asal usul Shaklee, saya yakin anda juga tidak ragu-ragu untuk memilih produk makanan tambahan ini. Tambahan pula Shaklee mempunyai banyak 'back-up science studies'.

Menurut beliau lagi, banyak persoalan yang sering bermain di minda sesiapa sahaja yang baru mengenali produk nutrisi. Antara persoalan yang sering bermain di minda beliau ialah “takkan la suplemen lagi power dari ubat, kalau macamtu kenapa tak ajar masa kat medical school dulu?, kenapa government tak supply?”
No comments:
Post a Comment