Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Sunday 5 October 2014

Mencari Kekuatan Dalam Diri

Alhamdulillah, hari ini saya mengajak anda untuk berfikir dan mencungkil rahsia diri anda untuk mengetengahkan bakat anda serta mencari kekuatan diri. Ingat, hanya diri anda sendiri yang mengenal dan tahu bakat serta potensi dan kekuatan diri anda.

Kekuatan Fizikal

Fizikal yang sihat adalah anugerah Allah yang sangat hebat kerana tanpanya kudrat kita akan terbatas. Kekuatan fizikal ini boleh kita perolehi dengan melakukan kegiatan diawal pagi. Mengurus masa dengan berkualiti juga akan mempengaruhi kekuatan fizikal kita dan dalam masa yang sama emosi juga turut memberi impak kepada tugasan harian kita.

Kekuatan Fokus

Selalulah fokus kepada diri dan pencapaian anda. Jangan bandingkan diri anda dengan kejayaan orang lain. Anda akan berasa tertinggal dan tidak cemerlang, sedangkan sebenarnya anda sedang menuju kecemerlangan. Fokuskan diri anda terhadap perkara yang sedang anda lakukan dan ingin capai. Setiap orang mempunyai jalan yang berbeza untuk BERJAYA.

Kekuatan Kreativiti

Banyakkan membaca kisah perjuangan Rasulullah s.a.w, para nabi, sahabat, ulama' sert apejuang-pejuang silam dapat mempengaruhi aktiviti dan kreativiti seseorang. Dalam aspek perniagaan pula, ambillah tauladan daripada kisah  personaliti yang berjaya dalam bidang perniagaan dan mencipta nama di arena antarabangsa.

Melalui pembacaan ini, kita dapat mengembangkan kreativiti dan melakukan aktiviti yang menaikkan semangat. Ubah dan warnai hari-hari anda dengan tindakan, idea dan tanggapan baru. Dengan memiliki harapan yang tinggi, hidup anda akan berasa lebih bermakna.

Kekuatan Tanggungjawab

Dengan mencungkil sifat-sifat positif yang ada di dalam diri, pasti anda akan bertindak dengan sewajarnya untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, dengan memiliki sifat bertanggungjawab ini akan membuatkan anda mempunyai jiwa besar yang sentiasa peka dan tidak lalai dengan perkara-perkara negatif yang mengundang bahaya.

Kekuatan Perubahan

Yakinlah, untuk berjaya pastinya anda bersiap sedia untuk berubah kepada yang lebih baik. Oleh itu, pasanglah strategi dengan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku.

Dengan ini hidup anda akan lebih bernilai dan berkualiti hasil daripada perubahan yang anda lakukan.

Kekuatan Seni

Setiap insan dianugerahkan keistimewaan yang tersendiri. Dengan berpandukan kekuatan seni yang anda miliki ini, ia akan membantu anda sedikit sebanyak untuk mencapai kejayaan.

Sekiranya anda seorang yang pandai mengarang, karanglah sesuatu artikal yang boleh memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Begitu juga sekiranya anda seorang yang mempunyai minat dalam bidang fotografi, ambillah gambar-gambar yang dapat memberi kesan kepada orang lain untuk berfikir dan memberi ketenangan.

Sekian untuk perkongsian hari ini. Semoga tip-tip yang dikongsi ini dapat memberi panduan dan manfaat untuk anda menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam...

Azu Naurah
012 670 5753
azunaurah@gmail.com




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel