Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 20 October 2014

"Bismillah" Membawa Berkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah baca basmalah (bismillah) hari ini? Alhamdulillah...Saya ingin berkongsi dengan anda suatu amalan yang mungkin sesetengah daripada kita menganggapnya ia sebagai perkara remeh dan biasa. Tetapi tahukah anda bahawa bacaan Basmalah ini ada rahsia yang tersembunyi di sebaliknya?

Bila masa nak baca 'bismillah' ni? Bukan masa nak ngaji dan masa nak makan saja ke? Ok, teruskan bersama saya untuk kupasan selanjutnya.


Sesungguhnya, dalam bacaan basmalah (iaitu bismillah) ada keberkatannya. Malah pada permulaan surah-surah yang terdapat dalam al-Quran didahului dengan ucapan bismillah. Justeru sudah selayaknya kita mengikut petunjuk al-Quran kerana al-Quran ialah imam dan ikutan kita.


Ingat ya, sesuatu amal perbuatan yang kita lakukan tanpa mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Esa adalah sesuatu yang sangat merugikan dan sia-sia.

Sheikh Ahmad Mustafa al-Maraghiy menyebut dalam tafsirnya berkaitan bacaan bismillah:
"Allah s.w.t. memulakan al-Quran dengan basmalah sebagai petunjuk supaya para hamba-Nya memulakan setiap pekerjaan mereka dengan ucapan basmalah sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang berkamsud: "Setiap perbuatan baik dan penting yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. pasti ia terputus (iaitu kurang keberkatannya).

Apa yang anda rasa sekarang ini? Banyak perkara baik yang kita terlepas untuk ucap basmalah kan?
Masih ada ruang waktu lagi untuk kita berubah. Jadi, sentiasalah beringat dengan ucapan basmalah ni ya...


Oleh itu, mulakan segala urusan yang baik dan bermanfaat dengan membaca bismillah. Contohnya apabila hendak makan, mohonlah agar makanan yang dimakan itu membawa keberkatan pada tubuh sama ada jasmani atau rohani.

Mudah-mudahan dengan keberkatan tersebut tubuh badan menjadi sihat, jasmani dan rohani menjadi kuat untuk beribadat kepada Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. menyebut nama Allah sebelum makan, sebagaimana yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Umar bin Abi Salmah r.a., Baginda berkata kepadaku yang bermaksud: "Sebutlah nama Allah, dan makanlah dengan tangan kanan".


Bila sebut pasal tangan kanan ni, apa-apa perbuatan baik dan suci yang kita lakukan semuanya dilakukan dengan tangan kanan manakala perbuatan yang dimulakan dengan tangan kiri adalah untuk perkara-perkara yang tidak suci seperti kita beristinjak. Haaa....perasan tak tu?

Rahsia Keberkatan

Apakah keberkatan di sebalik menyebut nama Allah s.w.t?. Ia bukanlah suatu rahsia lagi andai kita orang yang pandai mencari hikmah di sebaliknya.

Antara rahsia keberkatan ucapan bismillah ini dijelaskan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, daripada Wahshy bin Harb r.a., para sahabat Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi kami tidak berasa kenyang."

Lalu Nabi s.a.w. bertanya: "Mungkinkah kamu makan sendirian?" Kemudian mereka menjawab: "Benar."


Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud: "Berkumpullah kalian ketika makan dan sebutlah nama Allah, nescaya kamu semua mendapat keberkatan dalam makanan tersebut."

Makanan yang sedikit tetapi sekiranya berkat, pasti mencukupi untuk ramai orang. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadith riwayat Muslim, maksudnya: "Orang kafir makan dalam tujuh usus (banyak), sedangkan orang Mukmin makan dalam satu usus (sedikit)."


Perbezaan antara orang Mukmin dengan kafir ialah orang Mukmin menyebut nama Allah ketika permulaan makan sehingga keberkatan menyertainya. Kesan berkat makanan tersebut adalah seseorang akan berasa kenyang, kuat dan sihat.

Di antara rahsia yang amat luar biasa ketika menyebut nama Allah ialah segala amal yang dilakukan itu dapat menjauhkan kita daripada sesuatu yang membahayakan dan memberi kesan yang tidak elok dalam kehidupan kita. Masya Allah, sungguh mudah untuk mendapat keberkatan daripada-Nya kan?

Bagaimana pula sekiranya kita terlupa membaca Basmalah?

Menurut Imam Nawawi rhm. dalam kitab al-Azkar:"Para ulama bersepakat agar disunatkan menyebut nama Allah ketika permulaan makan. Namun apabila seseorang itu lupa untuk menyebut nama Allah pada permulaan waktu makan, sama ada sengaja, lupa, terpaksa atau tidak mampu mengucapkannya kerana terdapat halangan lain, dan dia teringat ketika sedang makan, maka disunatkan baginya untuk menyebut nama Allah s.w.t. dengan mengucapkan:

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ Ø£َÙˆَّÙ„ُÙ‡ُ ÙˆَآخِرُÙ‡ُ

Maksudnya: "Dengan menyebut nama Allah awalnya dan akhirnya."

Hal ini sebagaimana yang terdapat dalam hadith riwayat Abu Daud daripada Umayyah bin Mahshiy al-Shahabi r.a., beliau berkataa: "Ketika Rasulullah duduk, terdapat seseorang yang makan tanpa menyebut nama Allah sehingga hampir habis makanannya, iaitu hanya tinggal satu suapan sahaja. Ketika dia mengangkat tangannya untuk dimasukkan ke dalam mulut, dia membaca 
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ Ø£َÙˆَّÙ„ُÙ‡ُ ÙˆَآخِرُÙ‡ُ Kemudian Nabi s.a.w. ketawa dan bersabda, maksudnya: "Syaitan itu makan bersama-samanya, tetapi ketika dia menyebut nama Allah maka syaitan itu memuntahkan apa yang ada di dalam perutnya."

Sebenarnya, bukan ketika hendak makan saja kita perlu mengucapkan bismillah tetapi juga ketika hendak minum. Para ulama berkata: "Dan disunatkan menyebut nama Allah secara jahar iaitu tidak perlahan agar dapat mengingatkan orang lain untuk menyebut nama Allah dalam perkara tersebut."

Jampi dengan Bismillah

Selain mengucapkan bismillah ketika makan, Rasulullah s.a.w. juga pernah menyebut bismillah dalam ruqyah atau jampi baginda untuk menyembuhkan penyakit. Antaranya ialah doa daripada hadith riwayat Muslim, terdapat seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Letakkan tnganmu di tempat sakit, lalu bacalah bismillah tiga kali diikuti dengan doa berikut tujuh kali iaitu:

Ø£َعُوذُ بِاللَّÙ‡ِ ÙˆَÙ‚ُدْرَتِÙ‡ِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّÙ…َا Ø£َجِدُ ÙˆَØ£ُØ­َاذِرُ

Maksudnya: "Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku dapati dan aku takuti".

Perlu diingat, bahawa jampi di sini tidak membawa kepada kata-kata atau bacaan yang bertentangan dengan Islam tetapi menggunakan perkataan bismillah dan nama Allah.

Demikianlah hebatnya ungkapan بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ ini dalam membantu tugasan kita seharian. Ucapkanlah ia di tempat-tempat yang sesuai dan baik agar apa juga yang kita lakukan akan mendapat pahala dan keberkatan daripada Yang Maha Esa.

Begitu juga sekiranya anda seorang ahli perniagaan, guru, peguam, doktor hatta seorang suri rumah sekalipun mulakanlah langkah anda dengan bismillah dan tawakal kepada Allah s.w.t. 
Mudah-mudahan Allah permudahkan semua yang dihajati dengan senang sekali. In Shaa Allah...


Ingin mencari sesuatu pekerjaan mengikut sunnah Rasulullah?
Ingin mendapatkan pendapatan tambahan untuk diri dan keluarga?
Ingin menjadi seorang yang ingin kembali ke pangkal jalan?

Saya sedia membantu anda....

Azu Naurah
012 6705753 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel