Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Thursday 9 October 2014

Makan Suplemen Shaklee Bertambah Sakit?

Assalamualaikum pembaca-pembaca setia blog azunaurah. Semoga kalian semua dirahmati Allah sentiasa.

Hari ini saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan kepada anda yang mempunyai keraguan dan tertanya-tanya mengapakah makanan tambahan boleh menyebabkan sakit yang sedia ada bertambah sakit.

Dua hari yang penuh bermakna di dalam grup wasap dan telegram saya berbincang tentang krisis pemulihan selepas mengambil suplemen Shaklee ni. Pelbagai situasi yang timbul.

Sebelum itu, biar saya jelaskan kenapa ianya berlaku. Sesetengah orang akan melalui suatu fasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak.

Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, maka terjadilah krisis pemulihan ini.

Semasa fasa penyesuaian tubuh anda terhadap suplemen tersebut, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh suatu waktu dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Dulu sebelum tahu hal ini, saya juga mengalami 'healing crisis' atau krisis pemulihan yang agak teruk. Saya mulakan dengan mengambil alfalfa, vitamin C, B complex, Vitalea, Lecithin dan Omega. Kesan yang paling ketara selepas saya mengambil alfalfa dan vitamin C di mana ketika proses ini berlaku selsema saya semakin teruk dan kerap bersin. Begitu juga dengan pengambilan vitalea dan B complex, saya menjadi seorang yang sangat lesu, mengantuk dan tidak bermaya. Sementara pengambilan lecithin dan omega pula membantu meningkatkan metabolisma kerana saya mempunyai masalah proses pembuangan.

Sehari demi sehari saya laluinya dengan penuh kesabaran. Alhamdulillah, kini kehidupan saya berubah dan badan rasa lebih sihat dan bertenaga. Mudah-mudahan semua organ dapat berfungsi dengan baik...In Shaa Allah.


Berbicara kembali tentang krisis pemulihan ini, sebenarnya keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun banyaknya di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama.

Apakah bahan yang terkandung di dalam tubuh anda dan gejala yang tidak baik sebelum mengambil suplemen?

Segala sisa-sisa makanan yang mengandungi bahan kimia, lemak, pengambilan antibiotik dan ubat-ubatan, diet yang tidak seimbang, kurang tidur dan stress juga menyumbang kepada permasalahan ini.

Oleh itu, dengan pengambilan suplemen dietry dapat membantu mempertingkatkan sistem imun, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Sewaktu proses detoksifikasi ini, ada kemungkinan anda akan mengalami sakit kepala, pening, kelesuan, jerawat bertambah banyak, mengantuk, ketidakhadaman (perut kembung dan lapar), cirit birit, kahak berlebihan, air kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh-peluh dan lain-lain lagi.



Untuk pengetahuan anda semua, simptom-simptom ini berbeza antara individu dan kebiasaannya akan berlaku seminggu hingga dua minggu.

Cara yang paling baik dan selamat untuk melalui fasa ini adalah dengan cara minum air bersih dalam kuantiti yang banyak, rehat yang secukupnya dan makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

Laluilah fasa ini dengan kesabaran yang tinggi dan anggaplah ia mudah untuk ditempuhi. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan dapat membantu insan di luar sana untuk jadi lebih sihat.



'Badan Sihat, Otak Cerdas'

Sebarang kemusykilan, hubungi....

Azu Naurah
012 6705753
aunaurah@gmail.com





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel