Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Sunday 12 October 2014

Kenapa Anda Perlukan Lecithin?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda pembaca-pembaca blog azunaurah yang dihormati semua.

Bila sebut pasal lecithin, ramai ke yang tahu pasal benda ni? Untuk apa kita ambil lecithin ni? Kalau tak ambil tak boleh ke?

Jadi, perkara pertama yang anda semua perlu tahu ialah apa sebenarnya lecithin ni. Ok jom kita berkenalan dulu dengan si dia ni ya....hehe..

Lecithin ni bentuknya seperti gel lembut atau dalam bahasa Inggeris 'soft gel'. Ia diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, fosforus dan lemak tak tepu.



Apakah Keistimewaan Lecithin?

Wah! bila bahagian keistimewaan tu ramai je yang nak tahu kan..

* Menyerap vitamin yang larut lemak - Ia membantu tubuh  dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak

* Melindungi Hati - Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak, juga membantu memulihkan hati

* Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

* Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

* Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

* Memperbaiki alergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dematitis, demam alergi

* Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

* Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

* Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

* Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

* Mengurangkan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.


Alhamdulillah, sudah hampir setahun saya mengambil lecithin dan mengamalkannya. Saya juga seorang yang mudah sembelit dan setelah mengambil lecithin secara konsisten dengan jumlah air yang mencukupi masalah sembelit saya sudah tiada lagi.

Tekanan darah saya juga pernah naik sewaktu mengandungkan anak yang pertama. Masa tu saya belum kenal lagi dengan dunia suplemen ni. Semuanya bergantung penuh dengan ubat-ubatan. Alhamdulillah, saya bukanlah penghidap penyakit darah tinggi tapi disebabkan tidak menjaga pemakanan jadi mudah saja tekanan darah naik secara mendadak.


Untuk anda yang sedang mengandung atau merancang untuk mengandung, buatlah persediaan awal dengan menjaga kesihatan agar anda dan bayi anda sentiasa sihat.

Cara pengambilan lecithin yang saya amalkan ialah 3 biji sebelum atau selepas makan tengahari dan 3 biji lagi sebelum atau selepas makan malam. Maknanya 6 biji untuk sehari.

Jom sama-sama amalkan pengambilan lecithin!! Semoga hidup kita lebih sihat dan cergas.

Azu Naurah
012 6705753
azunaurah@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel