Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Wednesday 15 October 2014

ESP - Soya Terbaik

Selamat sejahtera. Sempena bulan yang penuh keceriaan dan keharmonian kepada diri saya dan anda juga, hari ini saya ingin berikan info yang perlu anda tahu tentang kebaikan soya.

Soya yang bagaimana adalah soya yang terbaik? Macam-macam kenyataan yang dikeluarkan tentang soya. Kesian soya..hehe. Tapi sejauhmana kita mengambil tahu tentang keistimewaan dan keburukan pengambilan soya?

Jom kita berkenalan dahulu dengan protein sebab soya mengandungi protein yang tinggi. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.

Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh daripada diet harian dikenali sebagai asid amino perlu.

Oh baru tahu, pentingnya protein untuk badan kita. Saya yakin dan percaya anda juga pasti sukakannya. Nak tahu tak, dulu masa mengandungkan anak saya yang pertama, saya minum berkotak-kotak soya. Tapi bukan ESP tau, Alhamdulillah tak jadi apa-apa. Sekarang ni bila dah tahu tentang soya yang berada di pasaran, saya hanya pastikan minum soya Shaklee je atau nama glamournya ESP (Energizing Soy Protein).


Ok, saya akan jelaskan satu persatu tentang ESP soya non GMO  dan soya GMO...
Untuk pengetahuan anda semua, soya yang Shaklee gunakan adalah soya non GMO sebab itu saya pilih ESP.


Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an. Saya belum lahir lagi masa tu... Tapi ESP dah wujud. Bagusnya Dr Shaklee ni kan... ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi pernah dihasilkan.

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non GMO” (non genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Shaklee menggunakan proses persijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP) untuk memastikan kacang soya yang digunakan adalah bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh tahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino perlu yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kiralah tua mahupon muda....beruntunglah sesiapa yang mengamalkan minum ESP ni....

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP bukan macam tu tau!! ESP dicuci dengan air yang bertapis untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Walau ia rasa manis, tapi bukan manisnya itu kerana gula. Dan ia memang selamat dan sesuai untuk pengidap kencing manis. Bila anda dah rasa, pasti akan rasai sendiri perbezaan manis gula dan manis semulajadi soya.


Kalau anda perasan sekarang ini jenama-jenama soya di pasaran sudah mula meletakkan label 'less sugar'. Ini memang bagus, tapi adakah soya yang di pasaran sekarang adalah soya yang terbaik penghasilannya?

Tahukah anda apakah yang dikatakan indeks glisemik? Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Juga untuk memberikan badan kekal dengan tenaga yang berpanjangan.

Saya memang penggemar tegar ESP. Bertin-tin ESP berada di rumah saya. Patutlah saya punyai tenaga yang luar biasa...hahaha...eh, bukan kuasa tau, tapi TENAGA!

Untuk makluman anda semua, satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric, dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Memang patut pun ESP terlajak laku dan laris di Malaysia...Mana mahu cari lagi melainkan di dalam ESP keluaran Shaklee? Oppsss...banyak-banyakkan bersabar ye. Saya tahu anda dah nak pergi bancuh ESP tu, tapi tunggu sekejap. Ada rahsia saya nak bagi tahu anda semua. PSSSTTT....diam-diam tau!!

Inilah rahsia ESP. Kalau nak kongsi dengan orang lain pun boleh, lagi bagus dan dapat pahala sebab kongsi ilmu...hahaha...Baca perlahan-lahan sehingga meresap dalam jiwa ya...

Manfaat ESP

1. Awet muda-phewwwitt! semua orang nak kelihatan muda. Itu sudah tentu. ESP membantu kita mencapai impian dan tujuan ini kerana dalam ESP ada protein.


2. Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis, dan sakit jantung. Mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada sebarang penyakit yang berbahaya.

3. Baik untuk prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus, dan pembesaran prostat.

4. Kulit remaja- Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. Wahhh, Ini yang saya mahu!!...

5. Pembekal tenaga- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan. Alhamdulillah, migrain saya tidak seteruk dahulu.

6. Membaiki pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. Saya amalkan ESP dan Zinc Complex untuk masalah keguguran rambut. Cubalah!!...



7. Membaiki memori- meningkatkan kualiti memori, vialiti, dorongan seksual dan rangsangan.

8. Membanyakkan susu ibu- Sumber utama susu ibu adalah protein. Dan ESP adalah protein terbaik untuk dibekalkan kepada ibu yang menyusu. Oh tidak!!! anak saya yang dah hampir 2 tahun tak mahu BERCERAI susu.....

9. Kesihatan ibu mengandung dan janin- Janin membesar dengan cepat. Tisu-tisu memerlukan protein untuk berkembang. Bila si ibu mengambil ESP dalam diet harian, ibu juga membekalkan kebaikan dan membantu perkembangan janin dengan lebih baik. In Shaa Allah, pasti baby GEBU...

10. Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana miliki indeks glisemik yang rendah

11. Sangat mudah dihadamkan. Dan tidak membebankan sistem penghadaman.

Sebenarnya banyakkkk lagi. Saya teruja sangat untuk ceritakan semua kebaikan ESP. Satu tin tahan 2 bulan dan anda akan menikmati banyak kebaikan dan keistimewaan daripada ESP ini.

Soya GMO yang anda perlu FAHAM!

Kita masuk tajuk baru pula ya. Nanti kalau orang tanya apa beza dengan soya yang lain, harga lebih MURAH!...Haa masa inilah anda perlu beritahu orang lain bahawa soya GMO ini ada kesan pengambilannya kepada diri kita.

GMO (Genetically Modified Organism) adalah tumbuhan atau haiwan yang telah dimodifikasi atau diubahsuai secara genetik menggunakan teknologi kejuruteraan genetik. Soya adalah makanan yang mempunyai banyak kebaikan namun begitu disebabkan wujudnya soya yang diubahsuai secara genetik adakah soya masih memberikan kebaikan kepada kita?

Kenapa wujudnya soya GMO?

Soya GMO terjadi kerana pengeluar/pengusaha ingin memenuhi permintaan pengguna terhadap produk soya. Pengeluar/pengusaha soya ingin meningkatkan penghasilan soya pada kos yang minimum. Selain itu, soya GMO juga didapati dapat mengurangkan masalah sepanjang penanaman soya seperti masalah jangkitan penyakit. Selain itu soya GMO dihasilkan bagi menambah baik kandungan di dalam soya tersebut. Nak tahu, dulu saya minum soya sebab nak bagi anak dalam perut tu putih melepak...hahaha...eh, tapi anak pertama saya lahir memang putih pun...


Kenapa soya GMO tidak selamat untuk dimakan?
Pengambilan soya GMO meningkatkan risiko untuk mendapat reaksi alahan. Di UK, alahan terhadap soya meningkat sebanyak 50% selepas soya GMO diperkenalkan di pasaran. Soya GMO memperlahankan proses penghadaman protein di dalam soya tersebut. Soya GMO menurunkan paras enzim penghadaman.

Keadaan ini membawa kepada alahan terhadap pelbagai makanan. Selain itu soya GMO juga adalah toksin, Ini menyebabkan gangguan kepada fungsi hati. Soya GMO juga mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita. Di samping itu, soya GMO menganggu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, ibu mengandung perlu berhati-hati dalam mengambil produk soya sepanjang tempoh kehamilan.


Sedarkah kita, pengubahsuaian genetik ini bukan sahaja berlaku ke atas soya tapi ianya juga berlaku kepada kebanyakan hasil pertanian pada hari ini? Fikir-fikirkan.
Mungkinkah juga dengan mengambil soya GMO akan menyebabkan penyakit kanser? Renung-renungkanlah ya..

Mesti anda nak tahu cara minum ESP kan?
Ia boleh dibancuh dengan apa-apa minuman yang bersuhu bilik atau suam-suam kuku ataupun sejuk. Jangan sesekali minum ESP bersama minuman panas ataupun teh dan kopi. Setiap hari boleh ambil 3-6 sudu besar ESP. In shaa Allah saya akan kongsikan RESIPI TERBAIK ESP kepada anda semua.

Memang balik rumah kejap lagi ni rasa nak serbu dapur terus dapatkan ESP...punyalah kemaruk dan angau dengan ESP...

Ingin menjadi ahli dan mendapatkan manfaat join bisnes bersama saya dengan 4,5 atau 6 angka?
Ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA dengan setiap pembelian produk-produk Shaklee?
Ingin mengubah hidup anda untuk menjadi warga yang kaya dan berjaya?

Azu Naurah
012 670-5753
azunaurah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel