Set Kesihatan Optimum Shaklee

Set Kesihatan Optimum Shaklee membantu anda untuk menjalankan tugas harian dengan lebih aktif dan berkualiti. Jagalah kesihatan anda hari ini untuk menjamin masa depan yang bahagia.

Set Menyusu Shaklee

Menyusukan bayi memang saat yang indah. Tanda kasih sayang ibu dan anak. Hinggakan Allah s.w.t ada menyebut tentang penyusuan badan di dalam al quran. Dapatkan set penyusuan lengkap Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Slim Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Set kurus Shaklee bukan saja menolong menurunkan berat badan malah menambahkan susu badan.

Set Kesihatan Kanak - Kanak

Set kesihatan kanak-kanak membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak, kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Set Kecantikan & Rawatan Kulit

Set kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untuk menyelesaikan masalah pada wajah samada kulit normal atau bermasalah. Terbahagi kepada dua iaitu NutriWhite & Enfuselle.

Monday 6 October 2014

Keajaiban Bersedekah....indahnya jalan ke syurga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat azunaurah semua. Petang ini saya ingin kongsikan bersama anda suatu nikmat yang Allah telah janjikan dan ia benar-benar membuatkan diri saya insaf sehingga tidak mampu untuk kita pertikaikan kehebatanNya.

Ceritanya bermula begini, ia berlaku di satu bulan yang penuh dengan ujian dan cabaran yang terpaksa saya tempuhi bersama suami dan anak-anak. Wang saku kami sekeluarga hanya tinggal cukup-cukup saja di tangan untuk sampai ke hujung bulan.

Pada satu hari, saya mendapat order set slimming Shaklee daripada seorang kenalan Fb. Hati saya sangat gembira kerana saya dapat tambah wang saku kami untuk bulan tersebut yang sudah di paras hidung. Kemudian, saya mendapat mesej daripada saudara terdekat saya yang memerlukan bantuan. Setelah berfikir panjang dan berbincang bersama suami, saya pun membantunya dengan sedikit simpanan yang ada. Saya redha dan teruskan usaha untuk mendapatkan wang saku setiap hari, namun usaha saya pada bulan tersebut tidak mendatangkan hasil yang banyak.

Solat dhuha dan amalan-amalan sunat saya teruskan setiap hari dan saya tetap yakin dan cuba memujuk hati saya yang sedang kegelisahan ini. Tidak lama selepas itu, seminggu sebelum hujung bulan, kami sekeluarga diuji lagi dengan kedua-dua tayar depan kereta kami pecah dan terpaksa diganti kerana saya dan suami tidak dapat untuk pergi kerja bersama-sama memandangkan laluan dan masa kerja kami yang berbeza.

Dengan berat hati saya akur dan terima saja ketentuan ini dan tetap tekadkan hati bahawa satu hari nanti pasti Allah akan bantu kami sekeluarga. Wang saku kami yang takat paras hidung itu jugalah yang suami akan gunakan untuk pergi ke kelas pada hujung minggu sebelum gaji masuk. Perit memang perit tetapi itulah laluan yang terpaksa saya lalui.

Akhirnya, untuk dijadikan cerita...wang saku yang saya ada pada paras hidung itu lebih daripada cukup dan sehingga bulan ini masih ada lagi bersama saya. Syukur yang tidak terhingga walaupun ujian demi ujian terpaksa saya tempuhi bersama keluarga.

Apa yang saya nukilkan ini bukanlah bertujuan untuk membuka ruang-ruang riak dan takbur di dalam diri tetapi untuk sama-sama mengajak anda merenung dan berfikir bahawa Allah sesekali tidak pernah memungkiri janjiNya. Setiap sedekah yang saya hulurkan setiap hari, saya iringkan dengan doa agar Allah mencukupkan rezeki buat kami sekeluarga. Lihat, benarlah janji Allah bahawa Dia tidak akan mengurangkan rezeki hambaNya dengan bersedekah.

Subahanallah.....Alhamdulillah......Allahuakbar...

Azu Naurah
012 6705753

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Business Related about Shaklee

Oprah Dedicates Her To Shaklee

Shaklee US Tidak Sumbang Israel