Pagi ini saya ingin kongsi bersama anda tentang minuman tenaga pilihan atlet dan angkasawan masa kini. Wah, Nampak esksklusif kan!...Tapi tak perlu risau, minuman ini sesuai di minum oleh sesiapa sahaja dan manfaat sangat baik untuk diri anda dan keluarga.
Jom kita terokai Perbezaan Shaklee...
Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Perforance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.
Performance juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Ini kerana minuman ini telah membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.
Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.
Memang sesuai sangat untuk kita yang sememangnya sangat aktif dalam dalam sukan dan pelbagai lagi aktiviti lasak. Alhamdulillah saya memang sukakan rasanya yang sangat berbeza daripada minuman tenaga berkarbonat yang lain.
Apa pula keistimewaan dan kelebihan Performance Drink?
Manfaat Utamanya adalah:
- Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
- Membekal Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus khusus dan eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan trorika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
- Mencegah penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda. Phewwwiitt...awet muda mestila orang suka.
- Mengekalkan paras gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah di mana ia sangat penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
Perfromance drink ni kalau mix dengan cinch tea..sedap..rasa ice lemon tea..letak ais ketul..lega tekak
ReplyDelete